Pengeluar teh dari Sri Lanka, Dilmah Tea, menampilkan revolusi konsep serba baharu berasaskan teh untuk dinikmati rakyat Malaysia.
Dilmah Tea, jenama teh dipelopori oleh keluarga yang pertama seumpamanya yang dibangunkan oleh pengeluar teh, baru-baru ini menganjurkan Hari Penghargaan Teh dan memperkenalkan konsep serba baharu bagi minuman teh Dilmah kepada para profesional daripada industri hospitaliti, serta pengguna dan penggemar teh di Malaysia.
Berpaksikan tema “Crafting a 21st Century Luxury Tea Experience” (Rasai Pengalaman Teh Mewah Abad ke-21), Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal, terus didorong untuk menjaga asal-usul dan kesegaran teh mereka, serta memperkukuhkannya dengan inovasi-inovasi teh yang baharu. Teh Dilmah tidak asing lagi di Malaysia dan telah menjadi kebiasaan untuk seisi rumah di negara ini sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu. Dengan membawa pengalaman minum petang yang menjangkaui secawan teh yang biasa, Dilmah menunjukkan pelbagai kegunaan rangkaian teh premiumnya yang enak digandingkan dengan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak dan sate ayam.
“Dari bentuk bumi, tanahnya, sehinggalah ke daun teh, kami mempercayai tenaga alam semula jadi dapat mempengaruhi setiap rasa dalam teh yang kami hasilkan di Dilmah. Kami menghormati, memelihara dan menghayati alam semula jadi dan membawa sentuhannya dalam setiap bancuhan teh untuk memastikan setiap teguk akan dapat dinikmati oleh seisi keluarga. Kami sangat gembira dapat kembali ke Malaysia untuk menganjurkan Hari Penghargaan Teh ini dan kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang kualiti dan keaslian secawan teh Dilmah,” kata Dilhan C. Fernando, Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.
Antara pilihan rangkaian teh premium ini termasuk:
Seorang pakar pembancuh turut hadir untuk menampilkan beberapa resipi koktel dan mocktail baharu, masing-masing dengan rasa unik tersendiri. Dilmah turut berinovasi dengan meneroka pelbagai cara teh boleh dinikmati sebagai pencuci mulut! Teh boleh dicampur dengan coklat dan pencuci mulut biasa, atau ia juga lazat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh. Di acara itu juga, sesi gandingan makanan ini turut menggandingkan teh t-series Dilmah dengan pencuci mulut yang lazat seperti fudge coklat, biskut dan aiskrim krim, serta pai epal.
“Rakyat Malaysia sudah biasa dengan budaya meminum teh, sama ada sebagai sebuah aktiviti sosial atau tradisi keluarga. Di Dilmah, kami ingin terus menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia dengan memperkenalkan cara baharu untuk menghargai, menikmati dan meraikan teh,” tambah Fernando.
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Dilmah, sila layari: