
squirrly-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121Tandakan kalendar anda untuk menyaksikan aksi epik adiwira kegemaran ramai, di sebalik tabir filem dan ciri-ciri istimewa dalam siaran di AXN Asia.
Tidak puas menonton aksi hebat filem SPIDER-MAN™: NO WAY HOME™? Kami dengar keinginan anda! KC Global Media dengan bangganya mengumumkan kemunculan pertama SPIDER-MAN™: NO WAY HOME™ yang akan ditayangkan pada Ahad 17 Julai, jam 9:45 malam di saluran AXN Asia (Astro Ch 701 dan TM Net Ch 453), saluran hiburan umum Bahasa Inggeris yang terkemuka!
Peminat filem SPIDER-MAN™ dan MARVEL™ boleh sekali lagi menikmati pengembaraan yang paling menarik dimana adiwira mesra jiran kegemaran ramai membuka topeng buat pertama kalinya dalam sejarah sinematik SPIDER-MAN™. Saksikan pendedahan identiti dan putaran plot terbesar dalam siri filem SPIDER-MAN™ yang paling epik ini apabila Peter Parker (dibintangi Tom Holland) secara tidak dijangka mendedahkan kewujudan multiverse sambil mencuba untuk merahsiakan semula identitinya sebagai SPIDER-MAN™.
Apa yang lebih teruja lagi, AXN Asia akan menampilkan beberapa ciri khas dalam siaran di halaman Facebook mereka mulai 12 Julai untuk peminat SPIDER-MAN™!
Para peminat dijemput menonton AXN Asia di saluran Astro Ch 701 dan TM Net Ch 453 pada 17 Julai, jam 9.15 malam untuk menonton karya retrospektif khas selama 30 minit yang meraikan 20 tahun tayangan SPIDER-MAN™ di panggung sebagai pendahulu kepada SPIDER-MAN ™: NO WAY HOME™ dan untuk mengimbau kembali detik “Spidey-Tingle” kegemaran mereka!
Untuk maklumat lanjut mengenai AXN Asia, sila layari http://axn-asia.com/