Rasakan Kelembutan Dalam Kebaikan Bersama Cadbury!

Cadbury Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kegembiraan, gelak tawa dan kebaikan menerusi siri rekaan istimewa Cadbury Dairy Milk Hugging Bars.

Kuala Lumpur, 6 Jun 2022 – Dengan berakhirnya kemeriahan musim perayaan dan keseronokan meluangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang setelah sekian lama terpisah, Cadbury Dairy Milk Malaysia mahu memberi inspirasi dan menggalakkan kita untuk kekal berkongsi kebaikan dan kemurahan hati. Pada Jun dan Julai 2022, Cadbury menyeru semua rakyat Malaysia untuk Rasakan Kelembutan Dalam Kebaikan menerusi #CadburyHuggingBar istimewa. Matlamat kami adalah untuk mendekati dan memberi impak kepada kehidupan rakyat Malaysia pada skala yang tidak pernah dicapai sebelum ini dan kami percaya ia tidak mustahil menerusi bantuan anda!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita telah membentuk dinding penghalang, secara literal dan metafora, untuk melindungi diri serta insan tersayang. Bagaimanapun, Cadbury percaya bahawa kini adalah masa untuk meruntuhkan dinding itu dan ia boleh dicapai menerusi kebaikan. Ini kerana kebaikan dan kemurahan hati jelas dilihat di sekeliling mahupun dalam diri kita. Inilah mengapa Cadbury Dairy Milk Malaysia melancarkan  #CadburyHuggingBar, satu siri rekaan istimewa bar coklat seberat 160g yang bermatlamat untuk menginspirasi semua rakyat Malaysia untuk Rasakan Kelembutan Dalam Kebaikan.

Pada Jun dan Julai 2022, rakyat Malaysia akan berpeluang menghantar satu Cadbury Dairy Milk Hugging Bar (160g) percuma kepada individu yang mereka ingini serta mengambil bahagian dalam Cabaran Dakapan (“The Hug Challenge”) di TikTok untuk merebut peluang memenangi bar coklat dan hadiah-hadiah eksklusif Cadbury! Untuk menghantar satu #CadburyHuggingBar percuma, anda hanya perlu: 

  1. Membeli sebarang dua produk Cadbury.
  2. Menghantar butiran dan bukti pembelian anda menerusi Whatsapp ke talian +601139687189.
  3. Menerima kod unik penebusan ganjaran Shopee untuk satu Cadbury Dairy Milk Hugging Bar (160g) percuma. 
  4. Hantarkan Cadbury Dairy Milk Hugging Bar itu kepada sebarang individu yang anda ingini!  

Cadbury Dairy Milk Malaysia komited untuk mendekati dan mewujudkan impak bermakna kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira usia, jantina atau bangsa menerusi kempen ini. Walaupun demikian, kami memerlukan bantuan anda untuk menguar-uarkan perkara ini dan berkongsi kebaikan serta kemurahan hati anda di seluruh negara. 

Selain itu, tidakkah kita semua menggemari cabaran di media sosial? Cadbury Dairy Milk Malaysia juga amat teruja untuk mengumumkan pelancaran Cabaran Dakapan (“The Hug Challenge”) di TikTok mulai 25 Jun 2022. Para peserta diajak untuk mempersembahkan beberapa aksi pelukan – apabila disempurnakan dengan baik, anda akan berpeluang untuk memenangi dua Cadbury Dairy Milk Hugging Bars (160g)  dan pelbagai hadiah menarik yang lain. 

Kini kita boleh merapatkan semula hubungan yang setelah beberapa tahun terpisah, dan tentunya tiada cara yang lebih baik daripada menerima pelukan (atau bar coklat enak!) daripada insan tersayang, bukan? 

Cadbury Dairy Milk Malaysia juga berganding tenaga bersama Lotus’s Malaysia dan Mydin untuk mengadakan beberapa siri inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat, selari dengan kempen #CadburyHuggingBar. Menerusi usaha ini, 50 sen akan disalurkan ke badan-badan amal terpilih bagi setiap dua produk Cadbury yang terjual di rangkaian Lotus’s atau Mydin. Secara khusus, produk Cadbury yang terjual di Lotus’s akan disalurkan ke Food Aid Foundation, manakala di Mydin, ia akan memanfaatkan program Prihatin Mydin. 

“Di Cadbury, kemurahan hati adalah DNA organisasi kami di seluruh dunia. Sejarahnya bermula pada tahun 1824 apabila pengasas syarikat ini, John Cadbury, percaya mereka yang berada di sekeliling kedainya di Birmingham, England boleh mendapat manfaat kesihatan segelas setengah susu menerusi setiap kepingan tebal coklat. Oleh demikian, daripada rangkaian produk coklat enak yang kami hasilkan hari ini sehingga ke cara kami menjalankan perniagaan, syarikat ini sentiasa berusaha untuk memberikan kebaikan kepada setiap individu,” kata Ketua Pemasaran Mondelez International, Malaysia dan Singapura serta Eksport AMEA, Arpan Sur.

“Kempen Hugging Bars yang diadakan tahun ini adalah kesinambungan inisiatif Kemurahan Hati Cadbury Dairy Milk Malaysia. Pada tahun 2019, kami telah bekerjasama dengan Epic Homes untuk membina kediaman untuk keluarga Orang Asli, sementara pada 2020, kami telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyediakan 360,000 hidangan kepada komuniti kurang bernasib baik. Pada tahun lalu, kami telah memulakan kempen Bendera Ungu (Purple Flag) yang membolehkan rakyat Malaysia mengibarkan bendera berwarna ungu sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan barangan keperluan lain bagi manfaat golongan yang memerlukan. Oleh itu, saya ingin menyampaikan mesej kepada semua rakyat Malaysia bahawa anda hanya memerlukan satu usaha kecil untuk memberikan impak yang besar terhadap kehidupan individu lain. Kemurahan hati anda benar-benar berupaya untuk Rasakan Kelembutan Dalam Kebaikan. Oleh itu, saya ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ini dan berkongsi kebaikan, kegembiraan dan senyuman bersama individu lain,” ujar Encik Arpan Sur. 

Kempen Cadbury Dairy Milk Hugging Bar dijalankan mulai hari ini hingga 31 Julai 2022. Pastikan anda sentiasa peka untuk mendapatkan rekaan istimewa Cadbury Dairy Milk 160g Hugging Bars, di semua platform e-dagangan, rangkaian Lotus’s dan Mydin serta pasar raya dan pasar raya besar lain di seluruh negara. 

Jangan lupa untuk berkongsi kebaikan menerusi kelembutan dengan #CadburyHuggingBar! 
Untuk maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, ikuti laman Facebook kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Rasakan Kelembutan Dalam Kebaikan Bersama Cadbury! – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts