Nando’s Memperkenalkan Perisa Vusa XXHot Baharu!

Nando’s Malaysia lancar perisa paling menyengat. Jika sebelum ini Extra Hot, kini lebih pedas! Adakah anda bersedia dengan cabaran ini? 🔥🔥🔥

Kuala Lumpur, 26 Mei 2022 – Nando’s Malaysia melancarkan perisa edisi terhad serba baharu yang paling pedas dan menyengat dalam menunya. Kawan-kawan sekalian, ucapkan Hello kepada Vusa XXHot yang berada pada tahap tertinggi kepedasan PERi-ometer Nando’s yang anda kenal dan gemari sebelum ini. Ya, ia lagi pedas daripada Extra Hot dan ya, ia membawakan satu pengalaman rasa yang baharu!

Mulai sekarang hingga 4 September 2022, buat mereka yang berani dan ingin mengalami cabaran baharu boleh menikmati perisa Vusa XXHot bersama segenap hidangan Nando’s kegemaran anda.

Sejak tahun 1998, rakyat Malaysia menggemari Nando’s kerana hidangan ayam PERi-PERi yang enak dan menyengat, di samping keselesaan dan suasana penuh warna-warni dan meriangkan diinspirasikan kepelbagai budaya Afrika Selatan yang juga negara asal Nando’s.

Pada masa sama, Nando’s berkongsi rasa kasih sayang dengan peminat-peminatnya di Malaysia dengan sentiasa mempertingkatkan pengalaman menjamu selera di restoran-restorannya serta sentiasa menginovasi resipi-resipi kegemaran ramai. Itulah sebab mengapa perisa atau hidangan edisi terhad sentiasa berada di menu (dan ada kalanya menjadi sajian tetap Nando’s!). Pada Mei 2022, Nando’s Malaysia memperkenalkan perisa paling menyengatnya – Vusa XXhot. Ia kaya dengan rasa, pedas dan pastinya mencabar kepada mereka yang berani mencuba!

Dalam bahasa Zulu, Vusa membawa maksud “keseronokan dan api.” Oleh itu, penggemar-penggemar Nando’s tentunya dapat merasai pengalaman kedua-duanya apabila mencuba menu terbaharu ini.

Nando’s Memperkenalkan Perisa Vusa XXHot Baharu!
Wingettes And Drumettes with Chips

Vusa XXHot diperbuat menggunakan resipi tradisional yang memaparkan kombinasi cili padi Afrika, lemon dan bawang putih. (Bahan ringkas, kami jamin. Tiada magma yang ditambah untuk rasa hebat!). Anda dapat merasai kepedasan dan keenakan serta semangat keberanian rakyat Afrika dalam setiap gigitan!

“Kami amat berbangga dan gembira melihat rakyat Malaysia menggemari rasa enak ayam Nando’s. Sama ada ia pilihan Lemon & Herb, Extra Hot atau yang di antaranya, pasti terdapat sajian enak yang boleh dinikmati segenap usia di restoran Nando’s. Kali ini, kami berhasrat untuk menaikkan lagi kehebatan rasa menerusi Vusa XXHot yang juga perisa paling pedas dan menyengat. Kami tahu bahawa rakyat Malaysia amat menggemari hidangan yang pedas serta enak, oleh itu kami percaya perisa edisi terhad ini akan memberikan kekayaan rasa kepada pelanggan kami. Apa yang boleh saya sampaikan – Bersedia untuk merasai kehebatan rasa Vusa XXHot ini!,” kata Chai Hui Fung, Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia.

Nando’s Memperkenalkan Perisa Vusa XXHot Baharu!
Vusa Bundle – Quad Chicken with 2 Sides and Bottomless Soft Drinks

Jangan lepaskan peluang untuk menguji tahap kepedasanya! Rasai Vusa XXHot Meal, yang memaparkan ¼ ayam, dua hidangan sampingan dan satu minuman bottomless pada hanya RM27.90. Sebagai tambahan sajian itu, anda akan juga dapat menikmati Frozen Yogurt Bottomless pada harga RM2.90! (Hanya disediakan di restoran-restoran Nando’s terpilih). Yogurt itu tentunya cara paling enak untuk melegakan kehangatan yang dirasai 😏

Adakah anda ingin memenangi 50 hidangan daripada Nando’s? Ayuh sertai cabaran #VusaXXHot! Pada 11 Jun 2022, Nando’s Malaysia akan menganjurkan ekstravaganza media sosial bagi semua penggemar sajian pedas. Anda hanya perlu hadir (awal!) ke mana-mana restoran Nando’s untuk menikmati empat kepak dan drumet perisa Vusa XXHot dalam masa tiga minit ke bawah. Rakamkan aksi anda menyahut cabaran hangat penuh keenakan ini dan tag @NandosMY serta  #VusaXXHotDay di laman Facebook, Instagram atau TikTok anda.

Nando’s Memperkenalkan Perisa Vusa XXHot Baharu!
Vusa Crispy Cheese Burger with Chips – with Flag

Tiga video paling kreatif akan memenangi 50 baucar hidangan Nando’s setiap satu! Pastikan anda sentiasa mengikuti saluran media sosial Nando’s selepas #VusaXXHotDay kerana akan disediakan kompilasi video untuk meraikan kesemua peserta dan meraikan pemenang cabaran ini.

Vusa XX Hot Meal Nando’s kini boleh didapati di semua rangkaian restoran Nando’s sehingga 4 September 2022. Jika anda tidak berkesempatan untuk menyertai #VusaXXHotDay tetapi masih ingin merakamkan pengalaman menikmati hidangan tersebut, hanya tag @NandosMY di laman Instagram atau Tiktok anda agar semua dapat menyaksikannya juga!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com.my atau ikuti Nando’s Malaysia di www.facebook.com/NandosMY, https://www.instagram.com/nandosmy/ atau  https://www.tiktok.com/@nandosmy.

Nando’s Memperkenalkan Perisa Vusa XXHot Baharu! – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts