Paradigm Mall JB Diiktiraf Sebagai Pusat Beli-Belah Perdana Di Johor

Paradigm Mall JB mengalu-alukan ketibaan pengunjung antarabangsa untuk pengalaman percutian yang menyeronokkan April ini.

Johor Bahru, 31 Mac 2022– Paradigm Mall Johor Bahru (“Paradigm Mall JB”), salah sebuah pusat membeli-belah milik WCT Malls Management Sdn Bhd (“WCT Malls”) telah diiktiraf sebagai pusat membeli beli belah perdana di negeri ini sempena sambutan ulang tahunnya yang kelima.

Pengiktirafan ini sebagai penghargaan Kerajaan Negeri Johor terhadap usaha menarik perhatian para pelancong mengunjungi pusat membeli-belah berkenaan selain menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yang mengintegrasikan warisan budaya dan peruncitan moden.

Penghargaan itu disampaikan ketika majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Paradigm Mall JB dengan Johor Tourism Interchange (JTI) yang menyaksikan JTI dilantik sebagai Rakan Pemasaran Digital Paradigm Mall JB. MoU itu turut mengukuhkan komitmen mempromosikan industri peruncitan dan pelancongan, terutamanya dalam menganjurkan  aktiviti-aktiviti yang terkini, dan tarikan unik di Johor.

MoU berkenaan ditandatangani oleh wakil JTI, Mohd Fairuz Iskandar Abd Aziz, dan wakil Paradigm Mall JB, Selena Chua ketika berlangsungnya Festival Bangsa Johor di Paradigm Mall JB. Upacara ini  dirasmikan dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr Santhara J.P, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

Paradigm Mall JB, akan menggunakan peluang ini untuk mempamerkan keunikan budaya dan tarikan Johor untuk menarik pelancong tempatan, Singapura dan antarabangsa  melawat Johor, Ini membolehkan mereka menikmati pengalaman membeli-belah yang terbaik sambil menikmati pelbagai tawaran, pameran, persembahan dan aktiviti.

PARADIGM MALL JOHOR BAHRU SEBAGAI DESTINASI PILIHAN PELANCONG

Paradigm Mall JB bukan hanya terkenal kepada warga Johor, tetapi juga negara-negara jiran dan pelancong antarabangsa kerana kejayaan pihak pengurusan memperkenalkan hiasan perayaan yang turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Record, contohnya ‘Pokok Krismas Terbalik Terbesar Malaysia’ , ‘Ladang Nanas Terbesar Dalam Pusat Membeli-belah’ yang menampilkan Pekan Nanas di Johor, dan ‘Karakter Kartun  Terbesar’.

Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan WCT Malls berkata “Ini sememangnya detik yang bersejarah bagi kami dengan pengiktirafan Paradigm Mall JB sebagai Pusat Membeli-belah Perdana, yang tunggal dan satu-satunya di Johor. Kami berbesar hati apabila mengetahui bahawa segala usaha Paradigm Mall JB menyokong industri pelancongan Johor telah diiktiraf oleh kerajaan. Pasukan kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mengintegrasikan warisan dan budaya tempatan dalam menghias dan menyediakan aktiviti kepada pengunjung kami. Di samping pelbagai pilihan hiburan, fesyen, perkhidmatan dan restoran, kami akan sentiasa mencipta pengalaman yang menakjubkan untuk pelanggan kami dalam usaha untuk menjadinya salah sebuah destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di Johor.”

“Ia merupakan satu perkembangan yang menggalakkan sejak Paradigm Mall JB mula beroperasi lima  tahun lalu. Sebagai pusat beli-belah serantau yang terbesar di Johor, kami berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat Johor dan komuniti yang berdekatan, terutamanya warga Singapura dengan memperkenalkan tawaran yang menarik dan mengambil kira tingkah laku perbelanjaan dan permintaan pengguna. Kami akan terus berusaha menjadikan Paradigm Mall sebagai sebuah destinasi pilihan membeli-belah. Dengan pengiktirafan ini, pastinya ia merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi menandakan Ulang Tahun ke-5 kami”, ujar Selena.

Pemaju Johor Tourism Interchange, Ketua Pegawai Eksekutif Digital HDA, Mohd Fairuz Iskandar Abd Aziz, berkata “Penting sekali bagi agensi kerajaan dan syarikat untuk bekerjasama dalam mentransformasikan pelancongan Johor ke arah  meningkatkan semula daya tahan industri yang terjejas akibat COVID- 19. Dengan pembukaan semula sempadan tidak lama lagi, keutamaan kami adalah untuk mengalu-alukan kedatangan para pelancong ke Johor dengan promosi yang menarik daripada sektor perhotelan, runcit dan pelancongan.”

Berikutan pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April, Paradigm Mall JB bersedia mengalu-alukan kembali pelancong antarabangsa untuk menikmati pengalaman percutian yang menyeronokkan. Paradigm Mall JB telah menaik taraf kemudahannya dengan menggunakan teknologi sistem perbersihan udara nanoe X sebagai usaha mencegah penularan COVID-19 dan pengudaraan yang memberi keselesaan kepada para pengunjunnya. Dengan menggabungkan komponen seperti seni, hiburan dan tarikan dalam aktiviti yang dirancang, Paradigm Mall JB teruja untuk menjadi tuan rumah kepada pengunjung di dalam dan luar negara untuk menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka.

Paradigm Mall JB akan terus mengadakan pelbagai acara istimewa, kempen dan inisiatif yang menarik bagi manfaat negeri dan masyarakat Johor. Di samping itu, Paradigm Mall JB juga meneroka peluang-peluang kerjasama dengan kerajaan, organisasi dan pemain-pemain industri lain bagi mengembangkan industri pelancongan Johor.

Untuk maklumat lanjut berkenaan festival dan promosi pusat beli-belah, sila layari:-

Laman Web Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb/

Halaman Facebook Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB/

© 2023 BlackButterfly DesignArts