Uniphore Umum Pembiayaan Siri E Bernilai $400 Juta untuk Menampung Pertumbuhan Giat serta Permintaan Global bagi Pengautomasian Perbualan dalam Perusahaan; Penilaian Melonjak kepada $2.5 Bilion

Kuala Lumpur, 18 Februari 2022 – Uniphore, peneraju dalam automasi perbualan hari ini telah mengumumkan pusingan pembiayaan Siri E olehnya yang bernilai $400 juta. Pusingan pembiayaan tersebut, yang telah membawa dana terkumpul Uniphore menjengah lebih setengah bilion ($610 juta) dikepalai oleh NEA dan telah menaikkan nilai syarikat ini kepada $2.5 bilion. March Capital dan para pelabur Uniphore yang sedia ada di samping entiti-entiti baharu juga akan mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan tersebut.

Pusingan pembiayaan Uniphore yang terbaharu ini merupakan yang paling besar setakat ini dan ia akan dimanfaatkan untuk memperluaskan lagi teknologi Uniphore serta kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran menerusi kemajuan dalam AI suara, visi komputer dan emosi tonal, termasuk mengembangkan sayap perniagaannya secara global, khususnya di benua Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.

Pasaran bagi pengautomasian perbualan perusahaan telah giat berkembang sejak beberapa tahun yang lalu berlatarkan syarikat-syarikat yang sedar akan impak interaksi positif yang dijalin dengan pelanggan ke atas imej jenama mereka serta terhadap kesetiaan pelanggan. Sehubungan itu, banyak perniagaan yang sedang mengalihkan perhatian ke arah kecerdasan buatan serta automasi untuk menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar, dan Uniphore menerajui industri ini dengan inovasinya.

“Memahami perbualan serta data dan cerapan yang diperoleh daripadanya adalah mustahak bagi setiap perniagaan,” ujar Umesh Sachdev, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, Uniphore. “Enjin automasi perbualan kami membawakan solusi yang hebat lagi inovatif untuk membantu perusahaan bukan sahaja menjamin kelangsungan operasi mereka, malah turut berupaya untuk terus berkembang. Detik ini benar-benar mengujakan bagi industri ini serta di Uniphore, dengan teras pelanggan kami yang sedang berkembang pesat di samping bakat-bakat berkaliber yang menyertai pasukan pengurusan dan lembaga pengarah kami. Saya berhasrat untuk melihat kerjasama dijalin dengan entiti-entiti perniagaan di seluruh dunia untuk membantu memacu kejayaan mereka pada tahun 2022.”

Pertumbuhan pesat Uniphore juga telah membuka ruang bagi penambahan ahli pasukannya. Pengumuman telah dibuat hari ini bagi pelantikan Hilarie Koplow-McAdams, Rakan Usaha Niaga, NEA, sebagai Lembaga Pengarah Uniphore. Puan Koplow-McAdams merupakan eksekutif perisian dan perkhidmatan perusahaan dengan pengalaman berusia tiga dekad lamanya melibatkan syarikat-syarikat dalam fasa pertumbuhan dan yang telah matang. Untuk memperkukuhkan lagi pasukan kepimpinan Uniphore, Syarikat ini juga baru sahaja melantik Balaji Raghavan sebagai Ketua Pegawai Teknologi, Andrew Dahlkemper sebagai Ketua Pegawai Insan, dan Vinod Muthukrishnan sebagai Naib Presiden Kanan, Platform Pembangun.

 

Di samping dua pengambilalihan berskala besar – Emotion Research Lab untuk meningkatkan keupayaan dalam AI emosi, serta Jacada, bagi keupayaan kod rendah/tanpa kod yang diperkayakan – Uniphore juga telah meraikan pencapaian signifikan yang lain pada tahun 2021, ia termasuk:

“Bila kami lihat teknologi Uniphore dan kemajuan luar biasa yang telah dicapai oleh syarikat ini sejak beberapa tahun yang lalu, kami berasa sangat teruja dengan hala tuju produknya dan berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan terbaharu ini,” sebut Hilarie Koplow-McAdams, Rakan Usaha Niaga, NEA. “Sementara kita terus beroperasi dalam rangka kerja virtual yang semakin berleluasa, teknologi seperti yang dibangunkan oleh Uniphore adalah mustahak bagi organisasi yang ingin mencungkil daya saing mereka serta memacu perniagaan mereka ke aras yang lebih tinggi.”

© 2024 BlackButterfly DesignArts