6 Disember 2021 – Jika anda ingin memiliki kulit yang berseri, sudah tiba masanya untuk memperkenalkan serum booster ke dalam rejim penjagaan kulit harian anda. Serum booster boleh dianggap sebagai penyelesaian ampuh untuk menyelesaikan masalah kulit tertentu. Tidak seperti serum biasa, serum booster membantu anda memperoleh hasil dengan lebih cepat kerana ia mempunyai bahan-bahan kepekatan dalam jumlah lebih besar. Serum mempunyai tekstur yang lebih ringan, jadi ia boleh menyerap bahan aktif dengan cepat ke dalam kulit. Ia bertindak sebagai senjata rahsia untuk merawat masalah kulit seperti kekeringan, kusam, garis halus, jeragat dan masalah kulit yang lain.
Bertujuan untuk membantu wanita mencapai kulit yang cantik dan sempurna, Hada Labo, jenama penjagaan kulit inspirasi Jepun, telah memperkenalkan H.A. Supreme Booster Serum baharu.
Hada Labo Booster Serum disertakan dengan 4 jenis Asid Hyaluronik (H.A.) premium dan bahan pekat untuk membantu anda meningkatkan fungsi produk penjagaan kulit anda dalam memerangi bintik gelap, garis halus dan cela. Melalui kajian yang dijalankan oleh Hada Labo, ia terbuktibahawa serum booster ini mampu mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48%, meredakan kerengsaan kulit hanya dalam 5 minit dan memberikan penghidratan dalam 24 jam pada kulit.
Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ditawarkan dalam tiga varian iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum (Produk Wira), H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum dan H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum untuk menangani masalah kulit yang berbeza. Ia bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum (RM89, 30ml)
Serum booster kulit yang mencerahkan ini diperkaya dengan formula Suntikan Pemutihan yang berkesan (5% Niacinamide, Vitamin B12 dan Asid Hyaluronic) untuk memberikan penghidratan yang mendalam dan mencerahkan warna kulit. Ia termasuk ciri-ciri berikut:-
H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum (RM89, 30ml)
Jika kulit anda mengalami dehidrasi, ini pastinya serum booster anda. Seperti namanya, H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk menguatkan penghalang pelindung kulit, mengekalkan kulit terhidrat dengan baik dan liang pori kelihatan lebih kecil.
Diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronik bersama Ceramide, varian serum booster oleh Hada Labo ini memberikan kelembapan yang kuat pada kulit dan membina penghalang pelindung kulit untuk mengelakkan kehilangan lembapan. Ia memberikan penghidratan dalam 24 jam pada kulit. Apabila digunakan, teksturnya yang ringan menyerap dengan cepat dan meresap jauh ke dalam lapisan kulit.
H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum (RM89, 30ml)
Diperkaya dengan 20,000ppm Cica Complex dan 4 jenis Hyaluronic Acid, serum booster ini membantu melega dan menenangkan kulit yang mudah berjerawat serta merengsa dalam hanya 5 minit, sambil memberikan kelembapan yang secukupnya pada kulit. Apabila digunakan, teksturnya yang ringan menyerap dengan cepat ke dalam kulit, menjadikan kulit berasa tenang dan terhidrat.
Cara penggunaan: Langkah 1: Sapu selepas losen Hada Labo (siang dan malam) Langkah 2: Sapukan jumlah booster serum sebesar kacang ke pipi, dahi, hidung dan dagu Langkah 3: Tepuk perlahan dan ratakan serum ke muka sehingga menyerap |
Temui dan bangkitkan semula potensi kecantikan kulit anda dengan Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum. Serum booster oleh Hada Labo ini boleh didapati bermula Disember 2021 di semua farmasi terkemuka serta di Shopee.com.my dan Lazada.com.my
Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:
“SEMPURNA X SEDERHANA”
Untuk kemuncak kesempurnaan dan kesederhanaan
Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo mengadaptasi falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan “sempurna” bagi memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan, pewarna, wangian dan minyak mineral dihapuskan.
Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain…