Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the squirrly-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121
Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19 | RAMARAMA

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19

Keselamatan dan kesihatan kakitangan sentiasa diutamakan, Spritzer menginisiatif dapatkan vaksinasi

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2021Spritzer Malaysia (“Spritzer” atau “Syarikat”), pengeluar air mineral semulajadi paling laris di Malaysia, mengajak Rakyat Malaysia supaya mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 bagi melindungi diri mereka dan melindungi semua daripada dijangkiti varian baharu pandemik ini yang mudah berjangkit dan lebih berbahaya. Kini cuma separuh daripada penduduk negara ini yang mendaftarkan diri.

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19

Sejak pandemik ini bermula pada 2020, Syarikat telah bekerja rapat dengan petugas barisan hadapan seperti pasukan perubatan, pasukan polis, tentera dan agensi-agensi penguatkuasaan untuk memberi sokongan dari segi membekalkan air botol di seluruh negara. Memandangkan betapa seriusnya pandemik ini, Spritzer secara berterusan telah menyumbang air botol kepada beberapa pusat vaksinasi COVID-19 bagi menyokong petugas barisan hadapan, sukarelawan dan mereka yang pergi untuk divaksin, bagi memastikan keperluan paling asas mereka dijaga dengan baik. Di samping inisiatif-inisiatif itu, Spritzer juga menyokong pasukan Jabatan Pertahanan Awam yang ditugaskan mengebumikan mangsa Covid-19 di Lembah Klang.

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19

Spritzer memahami pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dan agensi penguatkuasaan semasa melaksanakan tanggungjawab mereka, terutama semasa cuaca yang sukar, sementara kadar jangkitan yang melonjak naik baru-baru ini. Tambah merumitkan di mana sistem penjagaan kesihatan negara berlaku kekurangan katil ICU dan pasukan perubatan yang teramat letih.

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19

Memandangkan kebanyakan kakitangan Spritzer belum memperolehi temujanji untuk vaksinasi, Syarikat telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan vaksin sebagai respon mengutamakan keselamatan dan kesihatan mereka. Berharap program vaksinasi ini akan bermula pada bulan ini.

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19

Spritzer berharap semua orang dapat melakukan peranan masing-masing di dalam melawan pandemik ini dengan mematuhi prosedur standard operasi seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan.

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Ambil Vaksinaksi Covid-19
© 2024 BlackButterfly DesignArts