Ramai pelancong memilih penginapan yang lebih mewah untuk menyambut Tahun Baharu

MALAYSIA, 18 DISEMBER 2020 – Setelah hampir setahun pelaksanaan kawalan pergerakan, kini para pelancong memilih untuk memanjakan diri dengan penginapan lebih mewah untuk menyambut Tahun Baharu. Berdasarkan kepada data tempahan daripada platform percutian digital Agoda, hotel-hotel bertaraf 4 sehingga 5 bintang menjadi pilihan ramai di serata dunia untuk menyambut tahun 2021, meletakkan hotel-hotel bertaraf 1 sehingga 3.5 bintang ke tangga kedua, berbanding dengan tahun lepas.

Dengan pengecualian negara Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat (AS) yang lebih menggemari hotel-hotel bertaraf 1 sehingga 3.5 bintang, pilihan pelancong-pelancong dari pasaran lain adalah lebih selaras dengan trend antarabangsa. Pelancong-pelancong Korea dan Singapura mengekalkan pilihan utama mereka untuk hotel-hotel bertaraf 4 sehingga 5 bintang pada Malam Ambang Tahun Baru.

Tahun ini, para pelancong juga ingin bercuti jauh daripada bandar-bandar besar dan menjelajah destinasi yang lebih berkepelbagaian berbanding dengan tahun 2019. Destinasi dan bandar-bandar persisiran pantai seperti Miami Beach (AS), Langkawi (Malaysia), Quy Nhon (Vietnam), Yeosu-si (Korea), dan juga tempat-tempat yang terkenal dengan keindahan semula jadi seperti Cameron Highlands (Malaysia), Hua Lien (Taiwan), Laguna (Philippines) dan Sapa (Vietnam) telah melonjak naik ke dalam senarai 10 destinasi domestik pilihan ramai di dalam pasaran masing-masing sebagai tempat menginap “staycation” di Ambang Tahun Baharu.

“Walaupun banyak rancangan percutian yang tergendala di dalam tahun 2020, data Agoda telah menunjukkan bahawa hotel-hotel bertaraf 4 sehingga 5 bintang masih popular dalam tempahan Malam Ambang Tahun Baharu. Ini menandakan bahawa para pelancong ingin memanjakan diri mereka dan meraikan Tahun Baharu dengan optimistik dan bergaya. Data turut menunjukkan semangat para pelancong yang tidak terjejas oleh pandemik, dan juga meluangkan masa di Tahun Baharu untuk menjelajahi destinasi dometik yang jarang dikunjungi, menyokong komuniti pelancongan tempatan di destinasi tersebut,” kata Errol Cooke, Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga di Agoda.

Ambang Tahun Baru 2021 di Malaysia

  • Berbanding dengan Ambang Tahun Baru 2020, lebih ramai pelancong Malaysia menempah hotel-hotel bertaraf 4 sehingga 5 bintang sebagai pilihan utama tahun ini, menjatuhkan hotel-hotel bertaraf 1 sehingga 3.5 bintang ke anak tangga kedua.
  • Pulau Langkawi dan Cameron Highlands, yang terkenal dengan suasana yang damai, ladang teh dan kebun strawberi mengalahkan Ipoh dan Johor Bahru dalam senarai sepuluh destinasi domestik utama.

10 Destinasi Domestik Utama

 Ambang Tahun Baru 2020Ambang Tahun Baru 2021
1Kuala LumpurKuala Lumpur
2Pulau PinangLangkawi
3MelakaPulau Pinang
4Johor BahruKuching
5KuchingMelaka
6Kota KinabaluKota Kinabalu
7Port DicksonKuantan
8Genting HighlandCameron Highlands
9IpohPort Dickson
10KuantanGenting Highland
Ramai pelancong memilih penginapan yang lebih mewah untuk menyambut Tahun Baharu – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts