Peluang Memenangi Kenderaan Baru dan Memenuhi Impian Mereka Yang Kurang Bernasib Baik Ada di MOP KLIA Sepang Bulan Ini
SEPANG, 17 Disember 2020 – Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah barangan Outlet Mall yang berasal dari Jepun ini memberi harapan kepada para pengunjung dan mereka yang kurang bernasib sempena Krismas dengan menyediakan hadiah-hadiah menarik serta pelbagai keriangan termasuk pembukaan outlet Coach yang baru.
MOP KLIA membuat impian menjadi kenyataan pada sambutan Krismas ini apabila dua unit Toyota Vios, dua unit Honda Beat dan satu unit Vespa disediakan sebagai hadiah-hadiah untuk peraduan ‘Belanja dan Menang’. Untuk menyertai peraduan ini, para pengunjung harus berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam maksimum dua resit berasingan. Peraduan ini berakhir pada 10 Januari 2020. Mulai 18 Disember, para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ‘Putar dan Menang’ pada hari minggu dan juga pada cuti umum serta sehari sebelum sambutan Krismas dan Tahun Baru.
Golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan apabila MOP KLIA menyediakan peluang memenuhi senarai impian anak-anak daripada House of Joy (Children’s Home). House of Joy (Children’s Home) yang terletak di Puchong ini menempatkan seramai 50 anak-anak berumur dari 3 hingga 18 tahun. Pengunjung yang berhasrat memenuhi impian anak-anak ini boleh memilih kad impian, lakukan pembelian di MOP KLIA, kepilkan nama anak tersebut pada hadiah yang dibeli dan letakkan di Kaunter Informasi.
“2020 bukanlah tahun yang memberansangkan bagi ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. MOP KLIA berharap aktiviti -aktiviti kecil sempena Krismas ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka. Kami berharap para pengunjung kami akan turut berasa tenang dan ceria semasa membeli-
belah di sini pada musim perayaan Krismas ini,” kata TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd.
MOP KLIA akan melanjutkan waktu operasinya sehingga jam 12 tengah malam bermula pada 18 hingga 20 Disember 2020 disertai diskaun-diskaun tambahan. Tawaran hebat untuk pembelian saat-saat akhir di samping diskaun sepanjang tahun turut diberikan. Ganjaran lain yang ditawarkan kepada pelanggan termasuklah pulangan wang tunai untuk pembelian minimum RM200 dalam maksimum dua resit berasingan bermula pada 24 hingga 27 Disember 2020 untuk 1,000 pelanggan pertama pada hari tersebut dan juga pada 31 Disember hingga 3 Januari 2021 untuk 500 pelanggan pertama pada hari tersebut.
Tidak ketinggalan juga Kempen Pulangan Tunai Jenama Mewah yang berlangsung hanya dua hari (22 – 23 Disember 2020) dengan pulangan wang tunai sehingga RM200 untuk 500 pelanggan pertama yang layak pada hari tersebut serta penebusan baucar hadiah untuk pembelian seterusnya apabila pelanggan berbelanja dengan jumlah minimum RM1,000 dalam maksimum dua resit berasingan di mana-mana outlet jenama mewah di MOP KLIA.
Coach yang dijadualkan untuk pembukaan pada 22 Disember turut menawarkan hadiah untuk pembelian sempena hari pembukaannya. Untuk setiap pembelian berjumlah RM1,200, pelanggan akan mendapat hadiah ikhlas Coach Holiday Ceramic.
MOP KLIA yang terletak di lokasi yang strategik iaitu hanya 8 minit dari KLIA dan klia2 dan lebih kurang 45 minit dari pusat bandar KL. Gedung beli belah ini dihubungkan dengan pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan NKVE. Untuk sampai ke MOP KLIA juga mudah dengan tersedianya khidmat pengangkutan awam yang mencukupi.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baharu, promosi dan acara di MOP KLIA, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA.