KUALA LUMPUR, Nov 2020 – Warganegara Malaysia kini mampu memiliki kenderaan Mazda idaman menerusi pengalaman pembelian automobil eksklusif dan baru dengan bantuan Jerayawara Digital Mazda 2020 (Mazda Virtual Roadshow 2020) yang dibawakan oleh Carlist.my, laman automotif utama Malaysia.
Seiring dengan sambutan 100 tahun Mazda, Mazda dan Carlist.my telah bekerjasama untuk menghidupkan acara maya ini untuk memberi nafas baru kepada pengalaman pembelian atas talian untuk kenderaan serta menaiktaraf status Mazda sebagai pelopor dalam industri pembuatan kenderaan dan sektor pengalaman pembelian kenderaan atas talian.
Menurut Jonathan Adams, Ketua Pegawai Pemasaran iCar Asia, “Di iCar Asia, kami berusaha untuk membawakan pengalaman baru dan inovatif kepada penjual dan pembeli kereta dan acara maya ini adalah bukti kejayaan kami dalam mencapai matlamat tersebut.”
“Oleh kerana pergerakan pengguna untuk membeli dan mengunjungi pengedar terbatas, kami mengambil inisiatif untuk mengatur acara maya ini untuk membolehkan pembeli mendapatkan kenderaan idaman dengan mudah dan selesa. Melihat kejayaan acara maya Mobil123 kami di
Indonesia bulan lalu, saya yakin Jerayawara Digital Mazda 2020 akan menyusul kejayaan ini serta peroleh sambutan hebat dari seluruh warganegara ”.
Pengedar rasmi Mazda di Malaysia, Bermaz Motor Sdn Bhd, turut menambah bahawa acara maya selama 10 hari ini bakal memberikan pengalaman membeli-belah digital rangkaian kereta baru berkualiti tinggi Mazda dengan selamat. Pelanggan bebas melayari model kenderaan
idaman dari pelbagai sudut termasuk ciri-ciri canggih serta kemajuan teknologi inovatif terkini yang terlibat dalam pembuatan kereta Mazda.
Jerayawara Digital Mazda 2020 yang dibawakan oleh Carlist.my akan berlangsung dari 7 hingga 16 November dan bakal mempamerkan pelbagai model termasuk Mazda 2, Mazda 3, Mazda 6, Mazda CX-30, Mazda CX-5, Mazda CX-8 dan Mazda CX-9. Sejajar dengan semangat sambutan 100 Tahun Mazda, pembeli akan berpeluang memenangi pelbagai tawaran dan
promosi hebat untuk jangka masa terhad seperti pemanjangan tempoh jaminan dan liputan penyelenggaraan, pengecualian cukai jualan, pemberian hadiah eksklusif, kad hadiah Starbucks, kad hadiah Lazada, mesin kopi Nespresso Essenza Plus dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar sesi anda, sila ikuti laman di bawah :
https://www.carlist.my/virtual/mazda/2020