Cheras, Kuala Lumpur – Seiring dengan slogan MEERACLE Leading The Way, pada 26 Oktober 2020, MEERACLE telah mengumumkan Scha Al-Yahya sebagai DUTA MEERACLE. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih giat dijalankan, ia tidak menghalang jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang telah bertapak sejak 5 tahun lalu ini untuk mempromosikan duta mereka di platform-platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Demi menghormati dan
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak MEERACLE mengambil langkah untuk mengumumkan duta baru mereka melalui laman media sosial walaupun telah membuat perancangan selama berbulan untuk mengadakan majlis pengumuman duta di sebuah hotel terkemuka, dan ia disambut positif oleh netizen.
Artis tanah air yang lebih dikenali sebagai seorang ikon fesyen yang terkemuka ini juga sangat menitik beratkan penjagaan kulit dan menjadikan beliau figura terbaik sebagai wajah MEERACLE.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MEERACLE , Puan Sharifah Itasha Ja malullai , pencarian duta baharu MEERACLE telah dirancang seca ra teliti dan syarikat kecantikan ini telah lama mencari duta dalam kalangan ikon wani ta dan bersesuaian untuk membawa jenama MEERACLE. “Sejujurnya pada saya , Scha Al-Yahya, memenuhi semua kriteria sebagai DUTA dan WAJAH MEERACLE. Beliau dihormati di dalam industri seni dan seorang yang sangat mementingkan penampilan, pelantikan Scha Al-Yahya sebagai duta kepada MEERACLE adalah sangat tepat.”
Memetik petikan kata daripada duta baharu MEERACLE , Scha Al-yahya berkongsi kenapa beliau memilih MEERACLE sebagai produk tempatan yang pertama memenangi hati Scha. “Pada Scha MEERACLE adalah satu brand yang sangat besar di dalam pasaran kecantikan , dan melihat perkembangan MEERACLE selama 5 tahun ini, Scha tidak teragak-agak apabila MEERACLE ingin melantik Scha sebagai duta. Malah Scha berbangga dapat berkerjasama dengan satu jenama yang sangat besar seperti MEERACLE , dan produk -produk yang dihasilkan MEERACLE memang sangat berkualiti dan menepati cita rasa Scha”
Produk MEERACLE yang akan dibawa oleh Scha Al-yahya terdiri daripada 5 produk penjagaan kulit iaitu dua hero produk MEERACLE, Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser dan juga produk keluaran terbaharu MEERACLE yang baru dilancarkan pada awal Februari tahun ini iaitu MEERACLE Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub.
Mementingkan hidrat pada kulit, koleksi Under The Sea mempunyai kandungan yang bagus untuk kulit wajah seperti Niacinamide dan bahan-bahan berasaskan kehidupan laut seperti Algae dan Laminaria Digitata. Menurut Scha Al-Yahya, selaku duta MEERACLE, selain mementingkan penjagaan kulit yang lengkap, beliau juga sangat memandang berat tentang kualiti dan kandungan yang terdapat didalam produk-produk kecantikan
Untuk sesiapa yang ingin menemu bual Scha Al-Yahya dan MEERACLE, sila hubungi Cik Bella bella@meeracle.com.my atau di talian 018-2524467 untuk keterangan lanjut. www.meeracle.com.my