Kotex Menganugerahi 100 Wanita Hebat Dalam Anugerah Pertama ‘She Can Awards’

KUALA LUMPUR, OGOS 11, 2020 – Haruskah waktu haid pada setiap bulan menghalang impian anda? Lebih 100 tahun lalu, wanita yang bekerja sebagai jururawat perang menjahit pad kebersihan yang diperbuat dari pembalut selucotton Kimberly-Clark supaya mereka boleh terus bekerja di barisan hadapan pada ketika itu. Lahir dari keperluan untuk mencipta kemajuan meskipun menghadapi pelbagai cabaran, Kotex terus memperjuangkan kemajuan wanita selama 100 tahun. Hari ini, Kotex memperingati 100 tahun kemajuan dengan ‘She Can Awards’ yang pertama – satu inisiatif bagi memberi penghormatan dan meraikan wanita Malaysia dan perkembangan mereka setakat ini.

Anugerah ‘She Can Awards’ Kotex diwujudkan untuk meraikan perkembangan dan kemajuan 100 rakyat Malaysia dengan pengiktirafan dan peringatan istimewa. Anugerah ini memberi penghormatan kepada wanita-wanita ini yang telah memperjuangkan industri yang diceburi mereka dan turut membuka ruang untuk kemajuan wanita di Malaysia. Mengenal pasti wanita-wanita ini sebagai pahlawan tempatan, Kotex bakal menganugerahkan mereka dengan She Can Award kepada 100 wanita Malaysia dengan mengabadikan mereka dalam bentuk seni dan penceritaan dalam sebuah siri digital oleh jenama Kotex, berjudul She Universe yang menampilkan 100 perwira. Satu siri kolektif bagi mempamerkan pencapaian dan menghidupkan kisah mereka, She Universe akan menampilkan koleksi 100 wanita sebagai perwira wanita yang disertakan dengan kisah kejayaan masing-masing.

Kotex telah mengenal pasti pelbagai lapisan wanita berprestasi tinggi dari pelbagai bidang termasuk bidang akademik, hiburan, sukan, sains dan teknologi dan lain-lain. Wanita-wanita ini telah mencatat rekod baharu dan memberi aspirasi dalam mencapai perkara yang dahulunya dianggap mustahil – dari atlet Annie Choong, Atlet Olimpik Malaysia pertama pada tahun 1956, hingga Patricia Yapp, wanita pertama di dunia yang menjadi juruterbang pejuang yang berkelayakan pada tahun 2017. Ini adalah antara 100 orang perwira wanita Malaysia dengan 100 kisah hebat untuk diceritakan, semuanya disusun dalam She Universe, koleksi kisah perwira wanita pertama di Kotex.

“Selama 100 tahun yang lalu, kami sentiasa terdorong oleh semangat jenama Kotex untuk mencipta inovasi, menyesuaikan diri untuk keperluan wanita Kotex, dan memperkasa wanita untuk merealisasikan kemampuan dan potensi mereka. Anugerah ‘She Can Awards’ Kotex melambangkan kemajuan dan pemerkasaan yang berusaha untuk memotivasi wanita dalam setiap langkah tidak mengira waktu termasuk waktu haid pada setiap bulan – she can.

Bersama 100 wanita berprestasi tinggi, siri She Universe bertujuan untuk membawakan koleksi teladan wanita tempatan untuk membantu memberi inspirasi kepada gadis-gadis untuk berani bermimpi, dan tidak pernah berhenti berusaha untuk mencapai cita-cita mereka,” Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran untuk Kimberly-Clark Malaysia.

Dengan sejarah 100 tahun dalam  pemerkasaan wanita, termasuk dalam waktu peperangan, Kotex terus menjuarai inisiatif kemajuan wanita dengan inovasi produk dan inisiatif jenama Kotex seperti She Can Fund. She Can Fund Kotex adalah inisiatif yang dibentuk untuk memberi inspirasi kepada wanita dan membantu mereka mencapai hasrat mereka, bukan hanya untuk memperkayakan kehidupan mereka sendiri tetapi juga orang di sekeliling mereka.

Berpegang teguh pada nilai inovatifnya, Kotex kini memperkenalkan Kotex Soft and Smooth baharu yang lebih baik dan direka dengan perlindungan kebocoran 5-dalam-1 untuk memastikan wanita tidak risau sepanjang haid mereka. Kotex Soft and Smooth diilhamkan oleh keperluan wanita yang sentiasa berubah dan bertujuan untuk memastikan wanita dilindungi dan sentiasa selesa, mengingatkannya bahawa #SheCan dalam apa sahaja yang diceburi tidak mengira waktu termasuk waktu haid pada setiap bulan!  Sebagai bukti sebenar kepercayaan Kotex, Kotex Soft and Smooth juga hadir dalam bungkusan baharu yang menampilkan Simbol Kotex She di logo. Simbol Kotex She melambangkan kemajuan wanita dan bertujuan untuk memperjuangkan kekuatan dan keyakinan dalam setiap wanita. Kotex mengharapkan 100 tahun lagi untuk aspirasi #SheCan!

100 tahun kemajuan, 100 perwira wanita Malaysia, 100 kisah menarik untuk diceritakan. Nantikan siri She Universe yang bakal dilancarkan tidak lama lagi pada bulan September 2020 di laman media sosial Kotex. Ikuti Kotex sekarang di Instagram, @kotexmy dan di Facebook di Kotex Malaysia.

Kotex Menganugerahi 100 Wanita Hebat Dalam Anugerah Pertama ‘She Can Awards’
The Kotex She Can Initiative will provide sustained support for women and girls whose futures can be changed through access to period supplies, community education and an independent future. To learn more about the Kotex She Can Initiative, visit Kimberly-Clark.com/Kotex-She-Can-Initiative
© 2024 BlackButterfly DesignArts