Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa

Jenama telefon pintar ini melantik Jam Hsiao dan Neelofa sebagai duta rasmi Reno2

15 October, 2019, Kuala Lumpur, Malaysia – OPPO, jenama peneraju telefon pintar terkemuka di dunia, hari ini melancarkan Siri Reno2 baharu di Malaysia bertempat di Nexus Connexion. Menambahkan lagi keterujaan pada majlis pelancaran ini, OPPO telah melantik bintang terkemuka seorang penyanyi dan pelakon, Jam Hsiao dan selebriti Malaysia, Neelofa sebagai duta rasmi Reno2.

Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa

Bagi penyanyi, pelakon dan pencuri hati, Jam Hsiao, Reno2 menyediakannya dengan saluran untuk berkreativiti tidak kira di mana sahaja. “Reno2 amat sesuai dengan gaya hidup pantas saya yang membolehkan saya mengambil gambar dan merekod video dalam masa nyata dengan kejelasan dan definisi yang tinggi. Antara ciri yang paling saya kagumi mengenai Reno2 ini adalah teknologi kuad kameranya. Ini membolehkan saya untuk mengklik pengimejan berkualiti ultra tinggi sama ada dalam bentuk landskap atau potret, cahaya siang atau cahaya rendah, jauh atau dekat.” komen Jam Hsiao. Beliau juga turut berkongsi mengenai Mod Video Stabil Ultra Reno2 ini, dengan keupayaan yang tinggi untuk merekod video yang jelas dan stabil, walaupun semasa melakukan gerakan dan tindakan. “Reno2 ini membolehkan saya untuk merasai perspektif baharu yang lebih segar dengan menawarkan saya satu dunia baharu dalam fotografi dan videografi, jauh dari gaya yang tidak konvensional.”

Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa

Dengan tapak peminat yang besar di Malaysia, Neelofa adalah seorang personaliti yang amat dikenali tidak kira di dalam industri hiburan mahupun industri fesyen. Sebagai individu yang amat menggemari perjalanan dan pengembaraan, serta tidak takut untuk mencuba sesuatu pengalaman yang baharu, bagi Neelofa, Reno2 adalah satu pendekatan yang baharu dalam menangkap detik-detik indah dan menghargainya buat selama-lamanya. “Saya sentiasa menjadi peminat Siri Reno, tetapi Reno2 telah melangkau ke peringkat seterusnya yang lebih tinggi. Dari rupa dan reka bentuk telefon kepada ciri-cirinya, Reno2 telah membuka banyak kemungkinan baharu untuk saya. Setiap kali saya melakukan perjalanan dan saya melihat imej atau pemandangan yang menarik perhatian saya, apa yang hanya perlu saya lakukan adalah mengeluarkan Reno2 saya. Digabungkan bersama-sama teknologi kuad kamera baharunya dan mod video ultra stabil, Reno2 dapat mengunci intipati foto dan video yang saya cuba tangkap – sama ada pemandangan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di jalanan, gambaran air terjun yang mengalir perlahan, atau bunga yang beralun ketika tiupan angin lembut.” kata Neelofa ketika majlis perasmian tersebut.

Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa

Mempunyai ciri-ciri yang pasti akan memberikan para pengguna telefon pintar pengalaman yang menakjubkan dalam fotografi telefon pintar, videografi, permainan, melayari dan banyak lagi, Reno2 akan memperkasakan kreativiti dan mengubah perspektif rakyat Malaysia yang sentiasa mencari pemikiran kreativiti yang tidak dijangka.

Teknologi Kamera Canggih Membebaskan Kreativiti Para Pengguna

OPPO sentiasa berdedikasi untuk melangkaui sempadan fotografi telefon mudah alih. Reno2 akan dilengkapi dengan empat kamera yang menyediakan sistem pengimejan panjang fokus penuh; menawarkan 5x Zum Hibrid, lensa Sudut Ultra Lebar dan banyak lagi. Tiga lensa panjang fokus pelbagai berfungsi bersama-sama untuk mencipta kesan 5x Zum Hibrid yang unik dari sudut ultra lebar ke telefoto, yang juga menggabungkan teknologi imej untuk memastikan peralihan zum yang sempurna dan lancar. Ini bermakna pengimejan yang berkualiti ultra tinggi dan sempurna dalam senario jarak jauh, seperti ketika memberikan penyampaian di mana maklumat teks perlu dilihat, atau ketika berada di konsert apabila pengguna ingin menangkap gambar artis di atas pentas yang lebih jelas. Ciri kanta sudut ultra lebar memberikan perspektif 116° yang mengagumkan, di mana ianya membawakan lebih banyak imej dan tema foto yang berbeza. Para pengguna kini boleh menangkap landskap yang luas dan tidak terbatas tidak kira pada waktu siang atau malam, malahan juga di ruangan yang kecil atau terkurung, memperlihatkan prestasi luar biasa telefon bimbit tanpa mengira apa jua jenis subjek atau keadaan persekitaran.

Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa

Dengan lensa utama 48MP yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optik, aperture F1.7, dan sensor 1/2-inci bersama-sama dengan teknologi Quad Bayer, Reno2 dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam cahaya rendah. Mod Gelap Ultra Siri Reno2 ini merangkumi keseluruhan pemandangan malam yang pelbagai melalui NPU yang berkuasa tinggi, dan algoritma OPPO yang diperhalusi. Walaupun tahap cahaya mengukur di bawah 1 lux, ia meningkatkan foto anda melangkaui mata kasar melalui perkakasan rangkaian pengurangan hingar AI yang dioptimumkan. Sementara itu, pelarasan perisian pendedahan dinamik juga menjamin kecerahan gambar yang optimum yang membolehkan anda untuk mendedahkan objek pada waktu malam dengan penggunaan NPU mempercepat pemprosesan gambar terbina dalam. Walaupun mata kasar manusia tidak dapat menembusi kegelapan, kini dengan Reno2 para pengguna dapat menangkap gambar pemandangan yang menakjubkan seperti pemandangan kunang-kunang pada waktu malam dan juga makan malam yang dihiasi lilin.

Tetapi hanya dengan satu gambar tidak dapat menceritakan keseluruhan jalan cerita, dan dengan pengrekodan video yang semakin meningkat dari para pengguna media sosial, OPPO kini memberikan lebih perhatian kepada Videografi berbanding sebelum ini. Teknologi Mod Video Ultra Stabil peneraju industri OPPO ini meningkatkan kestabilan video, membolehkan para pengguna mengambil video yang stabil semasa berlari, bermain ski, papan luncur, berbasikal dan banyak lagi. Ia dicapai melalu peranti mengukur IMU dengan kadar pensampelan yang tinggi dan sensor lekapan, dilengkapi dengan Penstabilan Imej Elektronik dan Penstabilan Imej Optik. Ini mengimbangkan tangkapan gambar bergoyang para pengguna dengan lebih tepat, dan bersama-sama dengan kadar bingkai 60fps, meningkatkan penstabilan imej, kelancaran dan kualiti imej secara keseluruhan.

Reka bentuk citarasa pengguna menggabungkan fungsi dan gaya

Reno2 juga dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.5”, resolusi 2400×1800, dan nisbah skrin ke badan sebanyak 93.1%, diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-6 yang tahan lama. Reno2 F dicirikan dengan skrin AMOLED 6.5” yang lebih kecil, dengan resolusi 2340×1080, dan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.1%, diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-5 yang diperkuatkan. Reno2 dilengkapi dengan skrin AMOLED Sunlight yang dipertingkatkan, yang menawarkan kecerahan yang mencukupi walaupun dalam persekitaran luar yang terang sambil memanjangkan hayat perkhidmatan skrin sebanyak 50% dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 6%. Reno2 juga dilengkapi dengan kamera terangkat sirip ikan yu, yang menyokong tangkapan cahaya belakang ultra jelas dan Mod Kecantikan AI serba baharu manakala Reno2 F dilengkapi dengan kamera depan terangkat 16MP yang menampilkan Cahaya Atmosfera.

Siri Reno2 mempunyai ciri bentuk yang sempurna, hanya dengan sekeping badan yang direka melengkung, dan dengan menggunakan teknologi tiga lapisan pelucutan, OPPO telah mencapai rupa yang lebih berkilat dan kepelbagaian warna di mana warna-warna yang berbeza ditunjukkan dari setiap sudut pandangan yang berbeza. Penciptaan estetika yang berbeza-beza dan dinamik ini berbeza dengan Siri Reno, yang memberikan reka bentuk yang lebih tersusun dan statik. Kedua-duanya dilengkapi dengan kamera belakang yang kekal tersembunyi di bawah penutup belakang, di mana ianya diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-5 yang tahan lama.

Cara warna Siri OPPO Reno2 “Twilight Mist” mengambil pengaruh dari keindahan alam yang memukau. Menggunakan teknik pembuatan yang canggih, warna-warna dalam bergabung dengan warna neon terperinci lalu menghasilkan warna yang anggun dan iris yang bergerak dalam cahaya yang berbeza. Untuk Luminous Black, kawasan pemancaran cahaya menggunakan proses berbalik tekstur nano yang tidak seimbang, yang mencapai kesan pencahayaan apabila dilihat dari sudut tertentu. Penggunaan proses Ribbon Transfer 2.0 menghasilkan kesan kecerunan warna yang unik yang ditapis melalui tekstur yang diterangi, di mana ianya sesuatu yang eksklusif untuk Siri OPPO Reno2. Kesan pencahayaan yang beransur-ansur menyebabkan tahap kecerahan warna hitam berubah apabila dilihat dari sudut yang berbeza, yang menyerupai kepelbagaian kedalaman air dan mewakili keindahan misteri laut dalam.

Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa

Perkakasan dan perisian canggih yang memberikan prestasi yang luar biasa

Siri Reno2 dikuasakan oleh ColorOS 6.1, menggunakan versi terkini Android Pie 9.0, yang memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan lebih menarik. Ia menyediakan pengalaman visual serba baharu, termasuk rekaan kertas dinding yang disesuaikan dengan reka bentuk luaran telefon. Warna kecerunan yang ringan, elegan dan tanpa sempadan digunakan untuk menggantikan blok warna kawasan yang digunakan sebelumnya, dan gerak isyarat baharu untuk menguruskan navigasi membuatkan telefon lebih selesa untuk digunakan walau hanya dengan satu tangan sahaja.

Siri Reno2 ini menawarkan pengalaman permainan yang lengkap, dengan ciri-ciri yang dioptimumkan seperti Touch Boost 2.0, Frame Boost 2.0 dan Game Space. Touch Boost 2.0 membantu para pengguna mengelakkan kesulitan umum menjalankan tajuk tegar manakala Frame Boost 2.0 menganalisis status prestasi mudah alih supaya kadar bingkai dan kestabilan akan diselaraskan bagi mengutamakan pengalaman permainan kelas pertama. Frame Boost 2.0 juga akan memperuntukkan sumber untuk mengelakkan penggunaan kuasa yang terlalu banyak dan juga mengelakkan pemanasan telefon. Tambahan lagi, Game Space menguruskan aplikasi permainan secara kolektif untuk memberikan para pengguna pengalaman permainan tanpa gangguan dan lebih menyeluruh. Secara keseluruhan, Siri Reno2 mempunyai pensijilan prestasi permainan lima bintang dari TUV Rheinland, yang menguji keseluruhan prestasi permainan sesebuah telefon dari skrin, jangka hayat bateri, prestasi dan kekuatan isyarat.

Selain itu, OPPO juga telah menumpukan pada kandungan video untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh bersama-sama dengan skrin berkualiti tinggi Siri Reno2, Dolby Atmos® dan Hi-Res Audio.

Siri OPPO Reno2 juga dikuasakan dengan teknologi Pengecasan Pantas VOOC 3.0 yang pantas dan selamat. Ini menggunakan algoritma VFC baharu, yang ketara memendekkan 10% terakhir masa pengecasan dengan menggandakan partikel kelajuan pengecasan. Pengecasan Pantas VOOC 3.0 digabungkan dengan bateri Siri Reno2 4,000mAh (Typ) untuk memberikan para pengguna bateri yang lebih tahan lama.

Harga dan jualan Siri OPPO Reno2

Harga bagi OPPO Reno2 adalah RM2,299 manakala harga bagi Reno2 F adalah RM1,599. Para pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 25 Oktober di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Senheng, senQ dan DirectD. Para pelanggan pra-pesanan akan menerima satu tahun Jaminan Perlindungan Skrin OPPO dan beg eksklusif OPPO Reno dengan jumlah keseluruhan bernilai RM318.

OPPO Reno2 akan mula dijual bermula 26 Oktober di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; rakan telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Senheng, senQ dan DirectD. Pelanggan OPPO dan AEON kini dapat memiliki OPPO Reno2 baru pada kadar faedah 0% dengan kredit AEON sehingga 12 bulan untuk ansuran, tiada deposit dan kad kredit diperlukan.

Mengenai OPPO

OPPO adalah jenama peneraju peranti pintar global terkemuka. Sejak melancarkan telefon pintar pertamanya – “Smiley Face” pada tahun 2008, OPPO sentiasa mengejar untuk memberikan kepuasan estetika dan teknologi inovatif tanpa henti. Hari ini, OPPO memberikan pengguna pelbagai pilihan telefon pintar yang diterajui oleh Siri Find dan Siri Reno, system operasi ColorOS, serta perkhidmatan internet seperti OPPO Cloud dan OPPO+. OPPO beroperasi di lebih 40 buah negara dan rantau dengan 6 institusi penyelidikan dan 4 pusat R&D seluruh dunia serta pusat rekabentuk antarabangsa yang terletak di London. OPPO mempunyai lebih dari 40,000 orang pekerja yang berdedikasi dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada para pengguna di seluruh dunia.

Majlis Pelancaran Siri OPPO Reno2 di Malaysia yang Gilang Gemilang Dengan Duta Jam Hsiao dan Neelofa – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts