Thailand, Indonesia dan Jepun merupakan antara destinasi utama yang dilawati berulang kali oleh pengguna Agoda
Malaysia, 27 Ogos 2024 – Ternyata percutian ke Thailand adalah tidak mencukupi untuk hanya dilawati sekali sahaja untuk kebanyakan kita. Senarai destinasi percutian yang dilawati berulang kali oleh Agoda mendedahkan bahawa 79% pelancong Malaysia akan kembali bercuti ke destinasi kegemaran mereka. Senarai yang dihasilkan berdasarkan tinjauan yang dijalankan di platform Agoda awal bulan ini menunjukkan bahawa Thailand, Indonesia, dan Jepun mendapat tempat teratas sebagai tempat tumpuan utama yang dilawati berulang kali, diikuti oleh Korea Selatan dan Taiwan.
Apabila ditanya tentang tujuan lawatan berulang kali mereka, responden Malaysia menyatakan bahawa makanan merupakan sebab utama, diikuti dengan mengembara, bercuti dengan keluarga dan rakan, serta untuk kesejahteraan diri.
74% pelancong telah melawat destinasi kegemaran mereka antara 1 hingga 3 kali dalam masa sedekad yang lalu, dan ini menjadikannya sebagai kelompok terbesar untuk pelawat berulang. Malahan 14% pelancong telah melawat destinasi kegemaran mereka sebanyak sepuluh kali dan ke atas.
Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, “Walaupun terdapat ramai pelancong yang suka menjelajahi tempat-tempat baru di serata dunia, ada juga yang merasa lebih seronok untuk melawat kembali ke destinasi percutian kegemaran mereka. Tinjauan Agoda telah menunjukkan bahawa, bagi pelancong Malaysia, negara Thailand, Indonesia dan Jepun adalah bukan sekadar sebuah destinasi, tetapi ia adalah suatu pengalaman indah yang tidak cukup untuk dinikmati hanya sekali. Agoda berbangga untuk menjadikan percutian anda lebih mudah dengan menawarkan pelbagai jenis penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan, tanpa mengira ia adalah untuk kali pertama atau yang kesepuluh.”
Apabila ditanya tentang sebab yang membuatkan Thailand, Indonesia dan Jepun begitu menarik, hampir separuh daripada responden Malaysia memilih Kemudahan Perjalanan (49%) sebagai sebab utama. Makanan tempatan (46%) berada di tempat kedua, diikuti dengan lokasi yang strategik (35%), keselamatan dan kebersihan (34%) dan pengalaman lalu yang positif (30%).
Sebab Pelancong Kembali (Berdasarkan tinjauan oleh Agoda) |
Kemudahan Perjalanan (49%) |
Makanan Tempatan (46%) |
Lokasi Yang Strategik (35%) |
Keselamatan dan Kebersihan (34%) |
Pengalaman lalu yang positif (30%) |
Melalui perspektif pelancong Asia, tinjauan tersebut menunjukkan bahawa destinasi Jepun, Thailand dan Vietnam adalah tidak cukup untuk dilawati hanya sekali sahaja oleh pelancong Asia. 44% pelancong Asia menyenaraikan Kemudahan Perjalanan sebagai sebab utama untuk kembali ke destinasi kegemaran mereka. Faktor pendorong ini juga penting bagi pelancong Malaysia, yang mana (49%) telah meletakkan kemudahan perjalanan sebagai keutamaan apabila melawat semula destinasi percutian pilihan mereka.