501®: Angka yang Mengubah Segalanya

Meraikan Hari 501®, Levi’s melangkaui sempadan dan mendakap semangat kreatif Asia Tenggara menerusi kempen The Travelling 501®

Mulai tahun hadapan, Levi’s® akan memulakan sambutan ulang tahun ke-150 ikon global yang telah mencipta sejarah fesyen yang gemilang. Button fly, straight leg, Red Tab adalah teras rekaannya tetapi setiap tahun kita dapat melihat sentuhan baharu dan berbeza pada rekaan 501® agar seiring dengan trend budaya serta gaya semasa.

Tahun ini, rasai keselesaan yang diinspirasikan dari tahun 1990-an menerusi seluar jean 90-an Levi’s® 501®. Dengan rekaan yang lebih santai di bahagian cawat dan kaki, rekaan ini benar-benar menyerlahkan semangat 1990-an dengan gaya yang lebih longgar dan slouchy.

Untuk meraikan masa lalu, semasa dan depan ikon yang disayangi seluruh dunia ini – dan untuk membantu melancarkan gaya terkininya di Asia, 501® 90-an, Levi’s® telah berganding tenaga dengan lima individu berwawasan di Asia Tenggara yang menyerlahkan semangat Original 501®. Mereka memiliki perspektif yang amat unik untuk menerima perubahan yang diperlukan bagi mengilhamkan pertumbuhan dan evolusi peribadi.

Individu-individu berwawasan ini terdiri daripada artis dan pengilustrasi dari Indonesia, Diela Maharanie; model dan artis sulaman dari Malaysia, Sheena Liam; penyanyi rap dan pencipta lagu dari Singapura, Yung Raja; jurusolek terkemuka dari Thailand yang juga aktivis sutera Thai, Pearypie serta model, pelakon dan insan kreatif dari Filipina, Issa Pressman.

Untuk menyerlahkan suara dan semangat Asia Tenggara, setiap individu terbabit akan memberikan sentuhan gaya mereka sendiri terhadap sepasang seluar jean Original 501® yang akan mengembara ke lima buah negara asal setiap individu sebelum berakhir pada acara kemuncak Hari 501® yang akan berlangsung di Thailand. Di sini, orang ramai berpeluang untuk melihat karya terakhir pada seluar berkenaan.

Levi’s is celebrating the 149th anniversary of the brand’s iconic 501® jeans.

“Seluar jean Original 501® merupakan satu ikon sebenar dan telah berada di pasaran selama hampir 150 tahun. Ia merupakan sepasang seluar asas yang boleh didapati di hampir setiap almari di seluruh dunia. Jean ikonik ini merupakan kanvas kosong terbaik bagi menyerlahkan gaya dan ekspresi diri, yang juga merupakan inspirasi di sebalik usaha Travelling 501®. Di Levi’s®, kreativiti dan keaslian merupakan teras jenama ini. Sehubungan itu, kami amat gembira untuk bekerjasama dengan lima individu berwawasan yang telah merintis jalan di negara masing-masing. Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya mereka pada seluar 501® yang disediakan!” kata Herve Bullot, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik Timur Levi Strauss & Co.

Bermula sebagai sejenis pakaian tahan lasak, jean 501® telah menjadi salah satu item pakaian paling ikonik menjelang pertengahan abad ke-20. Merupakan simbol keremajaan yang memberontak, gaya kasual pilihan serta kanvas bagi ekspresi diri yang kreatif – jean Original 501® adalah rekaan sempurna bagi menyerlahkan kepribadian si pemakai. Paling utama, ia merupakan pemangkin yang mendorong pemilihan pakaian. Ia membantu kita memahami bahawa satu item mampu membentuk gaya signature individu.

The Travelling 501® menyerlahkan semangat rekaan asli 501®. Sama ada diwarnai ataupun dengan rekaan khusus, gaya faded dan slim 80-an, ripped-up dan baggy umpama gaya grunge 90-an mahupun “meminjam” dad-style, Levi’s® 501® melangkaui trend dan memberikan simbol cool bergaya yang mudah merentasi generasi. Kempen The Travelling 501® juga memberi gambaran dan penekanan bahawa gaya jean ikonik ini turut merentasi sempadan.

Di Malaysia, Sheena Liam berkongsi sentuhan kreatif beliau terhadap kempen The Travelling 501® dengan menyerlahkan seni sulaman signature beliau. Berpeluang untuk mengembara di seluruh dunia selepas memenangi musim kedua program Asia’s Next Top Model, Sheena gemar menyulam sebagai cara ekspresi dirinya sementara menunggu penerbangan. Menetap di Pulau Pinang, karya beliau meneroka peranan diri dan rambut dalam keanggunan wanita. Berbekalkan jarum dan benang, Sheena menjalin seninya pada seluar jean Levi’s® 501® yang juga sebagai kanvas sulaman, sekali gus menyerlahkan kecintaan beliau terhadap dunia fesyen dan seni serta meraikan ekspresi dirinya bersempena Hari 501®.

“Menerusi denim, nostalgia boleh menjadi sumber keselesaan dan gaya. Sepasang jean kegemaran yang sering dipakai suatu ketika dahulu adalah elemen yang ingin kami serlahkan pada jean 501® 90-an baharu. Ia menampilkan gaya vintaj tetapi dengan suntikan moden serta segar yang bersesuaian dengan trend hari ini. Rekaan terbaharu ini diilhamkan daripada trend 501® yang digayakan pada tahun 1990-an dengan rekaan yang lebih santai, potongan midrise dan baggy yang mencukupi di bahagian kaki – menampakkan gaya yang bersahaja, mudah dan cool,” kata Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk Levi Strauss & Co.

Sejak tahun 1873, rekaan 501® Levi’s® tidak lapuk ditelan zaman. Rekaan ini akan tetap utuh di masa depan. Rekaan 501® Levi’s® baharu didapati di Malaysia mulai 11 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini dan mendapatkan berita-berita terkini, layari laman levi.com.my dan ikuti Instagram @levismy

501®: Angka yang Mengubah Segalanya – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts