5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

Daripada penyelesaian tidur mampu milik hingga kepada koleksi untuk para permain permainan digital, inilah masanya untuk memberikan rumah anda nafas baharu dengan pelbagai tawaran baharu IKEA!

Batu Kawan, 12 September – IKEA Malaysia menyambut satu lembaran baharu dengan menumpukan fokus pada aspek kemampumilikan pada tahun 2025. Dengan adanya koleksi baharu, penyelesaian lestari, dan paling penting ‘Harga Baharu Lebih Rendah’, terdapat pelbagai perkembangan terkini daripada IKEA untuk semua.

Ingin mengubah suai atau memperbaharui rumah anda? Inilah peluang terbaik anda! Berikut adalah lima perkembangan utama yang anda nanti-nantikan dari IKEA tahun ini.

‘Harga Baharu Lebih Rendah’ untuk produk kegemaran anda

Bagi menepati janji untuk mempermudah lebih ramai orang memiliki kelengkapan rumah yang bermutu tinggi, IKEA telah memperkenalkan ‘Harga Baharu Lebih Rendah’ untuk lebih 2,000 produk popularnya! Sama ada anda memerlukan penyelesaian storan yang bergaya ataupun ingin memperbaharui ruang anda, ini semua boleh dipermudah mengikut kemampuan anda.

5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

Tidur Lena dengan Festival Tidur IKEA

5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

Sepanjang bulan September, gedung IKEA di seluruh negara akan menjadi destinasi inspirasi untuk segalanya yang berkaitan dengan tidur. Sertai kemeriahan di Festival Tidur IKEA dari 7 hingga 29 September. Terokai enam elemen penting untuk tidur yang nyenyak dan manfaat-manfaat tidur berkualiti melalui bengkel yang menyeronokkan, halwa telinga yang menenangkan jiwa oleh artis-artis tempatan, serta pelbagai aktiviti hebat bersama dengan barisan pempengaruh kegemaran anda! Jangan terlepas pertandingan tidur siang kami yang berlangsung pada 21 September, serta peluang untuk menikmati sarapan percuma apabila anda tampil dengan pakaian tidur kegemaran anda!

5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

Alami Keajaiban Hutan Bersama dengan SKOGSDUVA

Ubah rutin harian kepada detik berharga bersama-sama keluarga dengan rangkaian produk menarik daripada koleksi SKOGSDUVA serba baharu pada Oktober akan datang ini! Biarkan anda menerawang dalam imaginasi dengan bantal yang seakan-akan tongkol kayu, ambal plush bagai padang rumput menghjiau, jubah mandi yang mengubah anda kepada seekor lynx, dan banyak lagi! Waktu tidur anda kini sudah pasti tidak lagi seperti dahulu!

5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

BRÄNNBOLL Tingkatkan pengalaman permainan digital anda

Dicipta khas untuk pemain permainan digital amatur, BRÄNNBOLL menyatukan gaya dan fungsi bagi memperhebat pengalaman permainan digital!  Daripada kerusi rendah yang selesa hingga kepada aksesori dan ciri storan pintar yang membantu menyusun ruang anda, malam permainan digital bersama dengan keluarga dan rakan pasti akan menjadi lebih meriah! Koleksi BRÄNNBOLL bakal dilancarkan pada Disember ini. Jangan lupa tandakan kalendar anda dan nikmati musim cuti ini dengan pengalaman permainan digital yang menakjubkan!

Aroma dan Citarasa Baharu yang Merangsang Selera

Kunjungan ke IKEA tidak sah tanpa singgah di Restoran Sweden. Pada September ini, anda boleh menantikan pelbagai makanan baharu yang enak-enak belaka. Setia pada komitmen terhadap kemampumilikan, IKEA memperkenalkan lebih lagi pilihan yang mesra dompet bagi seisi keluarga. Kini, ahli IKEA Family boleh menikmati Weekdays Family Combo Meal yang eksklusif pada cuma RM 39.90! Dengan harga yang begitu berpatutan, anda kini mampu menikmati hidangan lazat bersama keluarga tersayang tanpa membebankan dompet anda!

Selain itu, IKEA juga memperkenalkan dua lagi hidangan baharu untuk menggamit selera anda: Beef Ribs with Soy Sauce dengan rasa yang kaya, dan Chicken Wings in Gochujang Sauce (6 ketul) yang pedas lagi lazat! Dengan semua tambahan hebat ini, IKEA memastikan ada sesuatu untuk semua orang pada musim ini.

5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

Tunggu apa lagi? Kunjungi IKEA hari ini untuk lebih inspirasi tentang kehidupan di rumah! Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu, layari IKEA.my.

© 2024 BlackButterfly DesignArts