‘3M™ Nexcare Daily Hijab Mask’ dirumus khas untuk pemakai hijab sementara produk ‘3M™ Nexcare Carbon Mask’ pula menyasarkan individu yang sering meluangkan masa di kawasan bandar
KUALA LUMPUR, 17 Januari 2019 – Syarikat sains global, 3M Malaysia yang terkemuka dengan inovasi dan rangkaian solusinya yang canggih telah memperkenalkan dua produk topeng muka yang baharu – 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask untuk manfaat warga Malaysia. 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask didatangkan tali pengikat yang boleh disarungkan pada bahagian belakang kepala dan ia sesuai untuk digunakan oleh orang ramai, terutamanya golongan wanita yang memakai hijab. Sementara 3M™ Nexcare Carbon Mask pula mempunyai lapisan karbon aktif yang melindungi pengguna daripada partikel bersaiz besar, habuk dan bauan.
Kedua-dua topeng muka ini boleh dimanfaatkan oleh warga Malaysia, termasuk penumpang bas atau komuter yang meluangkan 15 hingga 25 minit atau lebih, saban hari untuk menunggu ketibaan bas. Waktu yang diluangkan untuk menunggu juga bermaksud para komuter terdedah kepada gas ekzos berbahaya yang dikeluarkan oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Cuba fikirkan – jika anda perlu menaiki bas dua kali setiap hari, dan anda meluangkan 10 minit di setiap perhentian bas, ia bermakna anda terdedah kepada udara yang berbahaya selama 20 minit setiap hari. Jika angka ini dinilai dalam tempoh sebulan, ia menunjukkan bahawa anda berdiri selama 7 jam di perhentian bas, sambil menghidu udara yang berbahaya! Walaupun kita tidak dapat mengelakkan pendedahan kepada udara yang tercemar dengan sepenuhnya, namun kita masih boleh meminimumkan tahap pendedahan tersebut dengan memakai topeng muka.
Di sebahagian besar negara-negara Asia, sudah menjadi kebiasaan bagi individu yang dijangkiti dengan penyakit untuk memakai topeng muka agar mereka dapat mengelakkan daripada menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain. Demam selesema contohnya, mudah untuk dijangkiti kerana apabila anda batuk, bersin atau menghembus hidung, terdapat jutaan virus sekecil zarah yang dirembes ke udara – dan boleh dihidu oleh orang sekeliling. Ia merupakan kaedah transmisi yang pantas dan efisien. Dengan memakai topeng muka, anda dapat mengelakkan rembesan kelembapan yang dipenuhi virus beralih jauh dari anda.
“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask kepada warga Malaysia kerana ia dapat memenuhi keperluan wanita yang memakai hijab serta bagi mereka yang sering meluangkan masa di kawasan bandar yang sibuk. Pemilihan topeng muka yang betul merupakan satu perkara yang mustahak – pastikan topeng muka yang anda gunakan mengandungi bahan penapisan atau salutan yang dapat menapis gas atau partikel habuk yang merupakan antara komponen pencemaran udara. Kebanyakan individu, terutamanya para komuter tidak mengambil inisiatif untuk melindungi diri mereka daripada bahaya pencemaran. Lantas, ia menunjukkan betapa pentingnya topeng muka kesihatan seperti ini disesuaikan untuk kegunaan berdasarkan kondisi dan keperluan pengguna, dan atas dasar inilah kedua-dua topeng muka baharu kami boleh dipraktikkan,” ujar En. Parameswaran, Pengarah Urusan 3M Malaysia.
Memperkenalkan 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask
3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dirumus khas untuk wanita Muslim yang memakai hijab. Oleh kerana telinga pengguna dilitupi oleh hijab yang dipakai, ia menyukarkan pemakaian topeng muka yang konvensional memandangkan pengikat topeng tersebut hanya boleh disarung pada bahagian telinga. Dengan itu, 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask merupakan solusi yang terbaik kepada masalah ini kerana ia membolehkan pengguna menyarung tali pengikat topeng ini di sekeliling kepala mereka dengan mudah.
Tambahan lagi, 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask juga mempunyai tiga lapisan penapis yang memberi perlindungan terhadap partikel makro dan habuk dengan tahap keefisienan setinggi 95%. Tiga lapisan penapis tersebut merangkumi lapisan dalaman yang selesa untuk dikenakan pada bahagian kulit, serta lapisan penapis dalam bentuk gentian rawak yang dapat memerangkap partikel dan habuk, dan lapisan luaran dalam bentuk gentian yang lazim untuk menapis udara dan partikel bersaiz besar.
Topeng muka lut udara (breathable) yang ringan ini ideal untuk digunakan ketika anda berada berdekatan atau bersentuhan dengan bayi, berulang-alik menggunakan pengangkutan awam, atau apabila anda dijangkiti dengan demam atau batuk.
Memperkenalkan 3M™ Nexcare Carbon Mask
3M™ Nexcare Carbon Mask ditujukan kepada para komuter dalam kawasan bandar yang sering terdedah kepada kontaminasi seperti habuk, pencemaran yang berpunca daripada kenderaan dan bauan. Ia mempunyai penapis yang terdiri daripada empat lapisan yang meliputi lapisan karbon aktif di samping lapisan dalaman, lapisan penapis dan lapisan luaran pada topeng tersebut yang mampu menapis dengan kadar keefisienan setinggi 95%.
Lapisan karbon aktif ini bukan sahaja membantu menapis bau daripada emisi ekzos kenderaan bermotor, ia juga sesuai untuk digunakan oleh semua orang, terutamanya bagi mereka yang sering terdedah kepada persekitaran yang tercemar seperti pengguna motosikal, komuter LRT, serta staf yang bekerja di hospital atau kilang. Tambahan lagi, ia juga boleh digunakan jika anda perlu mengunjungi kawasan yang berhabuk ataupun perkarangan bandar yang sibuk.
“Di 3M Malaysia, rangkaian produk kami dibangunkan dengan teknologi yang tercanggih demi manfaat orang awam, dan topeng muka 3M™ Nexcare juga tidak terkecuali kerana ia didatangkan dengan teknologi penapisan yang intensif agar anda dapat menikmati udara yang lebih bersih dalam persekitaran yang terbuka. Sebagai syarikat sains global yang tidak pernah lekang untuk menginovasi, kami juga komited untuk menawarkan orang ramai produk dan solusi yang berkualiti agar kami dapat membantu menambah baik kehidupan seharian mereka dan kami berharap kedua-dua topeng muka tersebut dapat meningkatkan tahap kesihatan komuniti ini,” jelas Param. 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask boleh didapati di farmasi yang terkemuka seperti Guardian, AEON Wellness, Healthlane, BIG Pharmacy dan banyak lagi. Kedua-dua topeng muka ini juga boleh didapati di 99 Speedmart, Ace Hardware, dan Mr. DIY. 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dijual pada harga RM4.50 dengan 6 helaian dalam setiap pek, dan 3M™ Nexcare Carbon Mask dijual pada harga RM4.50 dengan 3 helaian dalam setiap pek.