300 Penduduk Komuniti DUN Sungai Tua Terima Sumbangan Box of Hope Air Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-5

300 Penduduk Komuniti DUN Sungai Tua Terima Sumbangan Box of Hope Air Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-5

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2024 – Bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-5, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengagihkan sumbangan bekalan makanan asas kepada 300 penduduk komuniti DUN Sungai Tua, Batu Caves, Selangor menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Box of Hope yang berlangsung di Dewan Rakyat Batu Caves, Selangor baru-baru ini. Penyerahan sumbangan Box of Hope yang berupa bantuan makanan asas seperti beras, minyak, gula, barangan kering tepung dan makanan asas lain tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali.

YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam ucapannya berkata, “Langkah proaktif Air Selangor menerusi inisiatif CSR Sesama Mara, yang merangkumi pelbagai program seperti penyerahan Box of Hope kepada komuniti B40 pada hari ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah ia merupakan satu contoh jelas bagaimana kerajaan negeri bersama syarikat milik negeri terus komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan. Saya berharap program ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi pada masa hadapan” tambah beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali turut berkongsi, “Sejak program Box of Hope Air Selangor diperkenalkan pada Jun 2020, sebanyak 6,035 kotak Box of Hope telah diagihkan kepada komuniti B40. Sumbangan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada penerima bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka.”

300 Penduduk Komuniti DUN Sungai Tua Terima Sumbangan Box of Hope Air Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-5
300 Penduduk Komuniti DUN Sungai Tua Terima Sumbangan Box of Hope Air Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-5

Program Box of Hope ini merupakan sebahagian daripada inisiatif CSR Air Selangor, Sesama Mara yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Program ini membuktikan bahawa Air Selangor bukan sekadar komited dalam menyediakan perkhidmatan air, tetapi juga untuk membantu dan menyumbang kepada masyarakat menerusi inisiatif CSR Sesama Mara kami,” tambah Adam Saffian.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Selangor Football Club (SFC) yang juga merupakan rakan strategik Air Selangor, dalam penganjuran klinik bola sepak bersama-sama dengan 50 orang kanak kanak berumur 7 hingga 12 tahun sebagai pendedahan awal kepada sukan bola sepak.

300 Penduduk Komuniti DUN Sungai Tua Terima Sumbangan Box of Hope Air Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-5

Orang ramai juga berpeluang menyemak kelayakan dan memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE), satu program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor di ruang pameran yang disediakan ketika majlis tersebut berlangsung.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada program Box of Hope dalam bentuk pembelian fizikal boleh mengunjungi lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Bagi sumbangan secara digital, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/. Untuk mengetahui lebih langjut mengenai inisiatif CSR Sesama Mara, sila layari https://www.airselangor.com/sesamamara/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts