Sajikan hidangan yang lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga
Kebanyakan daripada kita memiliki pelbagai jenis alatan dapur, dan setiap satu alat tersebut memerlukan penjagaan yang sewajarnya. Namun, anda mungkin terlepas pandang sejenis alat ini yang biasa anda gunakan, iaitu span penyental dapur anda.
Mudah untuk digunakan dan versatil, walaupun ia sentiasa berada dalam jangkauan anda, bilakah kali terakhir anda memberikannya perhatian yang setimpal? Anda harus mengubah persepsi sedia ada kerana span penyental anda mungkin mengandungi pelbagai jenis pencemaran yang anda tidak duga. Menurut sebuah kajian komprehensif yang diterbitkan di dalam jurnal Scientific Reports, 14 span penyental dapur kediaman serta mikrob yang menghuni span tersebut diselidik, dan kajian ini membuktikan bahawa span dapur bertanggungjawab sebagai sumber pencemaran yang serius.[1]
Diperkatakan lazimnya, span dapur mengandungi lebih banyak kuman berbanding tandas anda sendiri. Ia sememangnya benar. Penyelidik dari Universiti Furtwangen mendapati secebis span yang bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteria mencecah 54 bilion, sejumlah kecil daripadanya mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.
Sehubungan itu, penggunaan dan penjagaan span penyental yang betul untuk perkakas dapur anda dapat membantu menjaga kebersihan dapur, mengelakkan pinggan mangkuk anda daripada pencemaran bakteria, dan menjamin kesihatan keluarga anda. Dengan tiga idea berikut, anda boleh mempraktikkan tabiat penjagaan yang lebih baik.
Keringkan Span Anda
Keracunan makanan biasanya disebabkan oleh proses pengendalian makanan mentah yang tidak betul serta kontaminasi silang yang boleh berkait dengan span dapur anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, bilas dan peras span anda selepas setiap kali ia digunakan dan bersihkan kotoran yang dapat dilihat pada span tersebut — lebih kering, lebih baik.
Kemudian, simpan span dapur anda di tempat yang kering. Kebanyakan individu tidak berbuat demikian, mereka biasanya meletakkan span tersebut di dalam bekas sabun yang dipenuhi air. Pada masa yang sama, jika anda hanya meletakkannya di atas kaunter dapur, ia masih akan mengambil masa yang lama untuk menjadi kering dan terus memangkin pembiakan bakteria. Anda juga disaran untuk tidak meletakkan span yang lembap dalam ruang yang tertutup seperti di dalam baldi atau di bawah singki.
Untuk memudahkan proses penjagaan ini, anda boleh menggunakan span dapur yang didatangkan dengan alat pemegang. Dengan cara berkenaan, span yang basah boleh dikeringkan dengan mudah, lantas mengurangkan kadar pembiakan bakteria. Tambahan lagi, ia juga dapat membuat dapur anda kelihatan lebih teratur serta menjimatkan ruang.
Oleh itu, 3M telah memperkenalkan produk span penyentalnya yang terbaharu, Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge dengan alat pemegang (Handy Sponge Holder) yang tersendiri. Span tersebut hadir bersama alat pemegang berpelekap yang mudah untuk digunakan serta dapat membantu mengeringkan dan meningkatkan tahap kebersihan span penyental anda.
Orang ramai perlu ingat bahawa bakteria dapat membiak dalam persekitaran yang lembap; jadi, dengan memastikan span serta kawasan singki tersebut kering, anda dapat mengekang pertumbuhan bakteria.
Gunakan Span yang Betul
Jika anda sering memasak, maka anda tidak dapat mengelakkan diri daripada tugas mencuci peralatan dapur. Tahap kebersihan peralatan dapur anda bergantung kepada cara anda mengendalikan tugas pembersihan tersebut. Sekiranya tidak dibuat dengan betul, maka pembiakan bakteria boleh berlaku dengan pantas.
Kita juga sedia tahu bahawa bukan mudah untuk menghapuskan kotoran degil daripada perkakas dapur yang tertentu. Oleh itu, anda boleh menggunakan span penyental yang lebih lasak untuk membuang kotoran degil dengan cepat dan mudah. Sama ada anda perlu mencuci mesin ketuhar, periuk belanga, ataupun dapur memasak, span berkenaan boleh digunakan bersama sabun pencuci untuk tugasan pembersihan anda.
Produk span penyental yang lasak, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge dirumus untuk mengguna pakai jaringan gentian yang tumpat dan seragam serta jumlah partikel pembersih yang tinggi agar span tersebut dapat mencuci tiga kali lebih baik dan tahan tiga kali lebih lama berbanding span penyental yang biasa.
Bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa sesetengah perkakas dapur sepatutnya tidak disental dengan kuat, contohnya kuali tidak melekat, perkakas plastik dan kaca, serta set cawan kegemaran anda. Span penyental yang lasak boleh meninggalkan kesan-kesan calar di atas permukaan perkakas berkenaan dan ruangan kecil yang terhasil daripada kesan calaran tersebut boleh menjurus kepada pembiakan bakteria.
Bagi perkakas seperti ini, span penyental yang lembut dan bersifat anti-calar lebih ideal untuk digunakan tanpa mencela dan mencalarkan perkakas anda. Ini adalah kerana permukaan lembut pada span penyental ini mengurangkan risiko wujudnya ruang pembiakan bakteria.
Gantikan Span Anda Secara Berkala
Kadar penggunaan span penyental menentukan berapa kerap anda harus menggantikannya, jangan tunggu sehingga ia mula berbau.
Jika anda sering memasak di rumah dan membasuh periuk belanga serta pinggan mangkuk anda dengan span yang sama, jangan lupa untuk menggantikan span tersebut sekali setiap tiga hingga empat minggu. Sebaliknya, jika anda biasanya makan di luar, ataupun anda memiliki mesin pencuci pinggan di rumah, anda masih perlu menggantikan span berkenaan, namun anda boleh berbuat demikian sekali setiap sebulan.
Penggantian yang dibuat secara kerap mungkin dianggap membazir – sebenarnya tidak. Walaupun bukan selalu span tersebut digunakan, ia masih berpeluang untuk menjadi lembap dan kotor, terutamanya kerana ia terletak berhampiran dengan singki. Ini bermakna span anda masih boleh membiak bakteria – dan anda mungkin mahu mempertimbangkan semula sama ada pinggan mangkuk anda wajar dibersihkan dengan span tersebut, walaupun jika ia hanya digunakan sekali sekala.
Tambahan lagi, bakteria yang terkandung dalam span dapur anda bukan mudah untuk dihapuskan; sama ada anda cuba membersihkannya dengan produk pembersihan komersial, atau memanaskannya dengan mesin ketuhar, atau dengan merendamnya dalam air panas. Walaupun kaedah berkenaan boleh mengurangkan jumlah bakteria yang terkandung secara signifikan, ia sama sekali tidak dapat membunuh kesemua bakteria berkenaan.[2] Untuk pengetahuan anda, jangka hayat span tersebut juga akan menjadi lebih pendek jika ia didedahkan kepada suhu yang tinggi.
Anda boleh memanfaatkan pesanan yang dikongsikan ini untuk pembelian span penyental anda yang seterusnya. Dengan span yang betul serta penjagaan yang sesuai, anda dapat menjamin tahap kebersihan dapur anda, serta juadah yang disediakan dari dapur tersebut.
Jika anda ingin membeli span penyental yang terbaik untuk dapur anda, berikut adalah antara produk yang disarankan: Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge with Handy Sponge Holder, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge, Scotch-Brite™ Delicate Care Scrub Sponge dan Scotch-Brite™ Non-Scratch Scrub Sponge.
Sempena lebaran Aidilfitri yang
bakal tiba, 3M Malaysia sedang mempromosikan produk terbaharunya, Scotch-Brite™
Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge with Handy Sponge Holder hanya pada harga
RM 9.90 untuk tiga unit span. Pek isi semula 4 unit span Scotch-Brite™ Heavy
Duty Easy Grip Scouring Sponge juga boleh didapati dengan harga RM 9.90.
Dapatkan span penyental dapur Scotch-Brite™ anda hari ini di AEON, AEON Big,
Giant, Tesco, Jaya Grocer, Village Grocer, Parkson, HomePro, Ace Hardware,
Tunas Manja, dan Econsave.
[1] Cardinale, M., Kaiser, D., Lueders, T., Schnell, S. and Egert, M. (2017). Microbiome analysis and confocal microscopy of used kitchen sponges reveal massive colonization by Acinetobacter, Moraxella and Chryseobacterium species. Scientific Reports. [Dalam talian] Terdapat di: https://www.nature.com/articles/s41598-017-06055-9#MOESM2 [Diakses pada 8 Mei 2019].