200 Sukarelawan Muda Menyambut Ramadan Tema Cultural Exchange

Pulau Pinang, 7 April 2023 – Ramadan dan aktiviti berasaskan agama pasti diadakan oleh seluruh umat Islam. Tahun ini, pada 7 dan 8 April 2023 ini YOSH MyFundAction cawangan Perak membawa konsep Cultural Exchange dalam program Fajar Sejuta Pemuda (FSP) bertempat di Masjid At-Taqwa, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ramadan lalu, sebanyak 20,000 pek makanan berbuka puasa berjaya diedarkan oleh sukarelawan YOSH kepada masyarakat sekitar Perlis, Perak, Penang dan Kedah. Fadhilatun Nisa, pengurus projek tahun lepas, walaupun sedang sibuk kerana tahun akhir pengajian di UTP, mendapat keputusan cemerlang 4.0 flat, alhamdulillah rezeki berkat memberi semula kepada masyarakat katanya.

Manakala, tahun ini, lebih 200 sukarelawan dianggarkan akan terlibat yang rata-ratanya adalah daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, pelajar MRSM Kepala Batas dan YOSH daripada Perlis, Perak, Kedah dan Penang.

Kelainan FSP kali ini adalah aktiviti yang berkonsep mengajak orang bukan Islam mengenali keindahan Islam. Selain merasai suasana orang Islam berpuasa pada bulan Ramadan, aktiviti yang mereka boleh sertai antaranya seperti lawatan ke Islamic Booth, memasak 1000 bubur lambuk dan mengikuti edaran Al-Quran percuma dan kepada masyarakat semasa 2 hari program FSP ini berlangsung.

Penulisan khat, pemakaian muslim, makanan sunnah dan kenali al-Quran antara perkara yang akan ditonjolkan di Islamic Booth. Manakala masyarakat yang akan disantuni pula selain orang umum, barisan hadapan juga menjadi sasaran penganjur.

YOSH MyFundAction amat mengalu-alukan sokongan dan kesudian mana-mana syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan sekiranya ingin berkolaborasi dan bekerjasama bagi menjayakan program Fajar Sejuta Pemuda konsep Cultural Exchange ini.

Rakyat Malaysia yang ingin turut serta menjayakan projek edaran makanan Special Iftar for Ummah (SIFU) ini boleh terus ke butiran berikut;

Maybank
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) cawangan Utara
5582 9362 6427
Rujukan: SIFUperak

Sebarang maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan Cik Siti Masrifah Mohd Halim, Pegawai Perhubungan Awam MyFundAction Perak di [email protected] atau di talian +60139106014.

© 2023 BlackButterfly DesignArts