115 rakyat Malaysia menerima biasiswa berprestij Khazanah; membuka jalan kepada pemimpin masa depan Malaysia

Kuala Lumpur, 14 September 2023 – Bagi memajukan Malaysia sebagai negara berdaya saing dengan memupuk bakat tempatan yang berkemahiran, Yayasan Khazanah (YK) baru-baru ini telah menganugerahkan 115 pelajar Malaysia dengan biasiswa berprestijnya – iaitu kategori biasiswa Global, Watan, dan Lestari – pada majlis tahunan Hari Anugerah Yayasan Khazanah yang diadakan pada Khamis lalu. Majlis itu juga menjadi platform untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang para penerima biasiswa Khazanah sedia ada.

115 rakyat Malaysia menerima biasiswa berprestij Khazanah
Majlis Hari Anugerah YK 2023 dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Intan Zalila Mohd Yusof, Ketua Pegawai Program, Yayasan Hasanah, di mana beliau mengucapkan tahniah kepada para penerima biasiswa yang telah berjaya memperoleh biasiswa berprestij itu selepas proses saringan dan pemilihan yang ketat.

Satu ciri penting Program Biasiswa Khazanah adalah latihan kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang perlu dilalui oleh setiap pelajar untuk membantu menyediakan mereka untuk kerjaya masing-masing sambil memenuhi keperluan bakat negara. Sebagai tambahan kepada bantuan kewangan dan sokongan emosi yang berterusan, para siswazah juga diberi bantuan dalam penempatan pekerjaan di syarikat terkemuka. Penerima-penerima biasiswa akan dapat melangsungkan pembelajaran di universiti-universiti terkenal di dalam dan luar negara, untuk mengikuti pelbagai kursus termasuk Seni & Kemanusiaan, Kejuruteraan & Teknologi, Sains Hayat, Sains Semula Jadi dan Sains Sosial & Pengurusan. Melalui usaha ini, Yayasan Khazanah berazam melahirkan pemimpin yang berwawasan dan berkemahiran menyerlah di persada dunia.

115 rakyat Malaysia menerima biasiswa berprestij Khazanah; membuka jalan kepada pemimpin masa depan Malaysia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts