Kuala Lumpur, 14 September 2023 – Bagi memajukan Malaysia sebagai negara berdaya saing dengan memupuk bakat tempatan yang berkemahiran, Yayasan Khazanah (YK) baru-baru ini telah menganugerahkan 115 pelajar Malaysia dengan biasiswa berprestijnya – iaitu kategori biasiswa Global, Watan, dan Lestari – pada majlis tahunan Hari Anugerah Yayasan Khazanah yang diadakan pada Khamis lalu. Majlis itu juga menjadi platform untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang para penerima biasiswa Khazanah sedia ada.
Satu ciri penting Program Biasiswa Khazanah adalah latihan kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang perlu dilalui oleh setiap pelajar untuk membantu menyediakan mereka untuk kerjaya masing-masing sambil memenuhi keperluan bakat negara. Sebagai tambahan kepada bantuan kewangan dan sokongan emosi yang berterusan, para siswazah juga diberi bantuan dalam penempatan pekerjaan di syarikat terkemuka. Penerima-penerima biasiswa akan dapat melangsungkan pembelajaran di universiti-universiti terkenal di dalam dan luar negara, untuk mengikuti pelbagai kursus termasuk Seni & Kemanusiaan, Kejuruteraan & Teknologi, Sains Hayat, Sains Semula Jadi dan Sains Sosial & Pengurusan. Melalui usaha ini, Yayasan Khazanah berazam melahirkan pemimpin yang berwawasan dan berkemahiran menyerlah di persada dunia.