Nantikan pengumuman tiket tambahan tidak lama lagi
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021: Tiket Coway Run 2021: Run for Your Region telahhabis dijual dalam masa 24 jam selepas pelancaran — membuktikan minat rakyat Malaysia terhadap gaya hidup sihat dan menandakan kejayaan besar dalam sejarah Coway Run! Larian maya ini dibuka untuk pendaftaran pada 21 Ogos, dan kesemua 10,000 tiket yang ditawarkan habis dibeli oleh pelari yang bersemangat untuk menyertai larian ini. Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket tidak perlu bimbang kerana tiket tambahan untuk acara ini akan disediakan tidak lama lagi.
“Untuk Coway Run tahun ini, kami meningkatkan pengeluaran tiket kami berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kami mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil masih dapat berhubung dengan satu sama lain secara selamat, walaupun di bawah perintah kawalan pergerakan. Kami menghargai sokongan luar biasa daripada orang ramai di seluruh Malaysia dan sangat berbesar hati untuk bersama dalam usaha membantu negara kita meningkatkan gaya hidup sihat seluruh rakyat. Kami akan menyediakan tiket tambahan dengan segera supaya lebih ramai orang boleh menyertai larian maya ini,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
Dianjurkan oleh Coway Malaysia, Coway Run 2021 ialah larian maya antara wilayah yang menggabungkan keseronokan, kehidupan yang sihat, dan semangat komuniti dalam satu acara yang menarik. Bermula dari 23 September sehingga 23 Oktober, larian selama sebulan ini membolehkan para peserta berlari di mana sahaja dan pada bila-bila masa — selagi mereka terus bersemangat untuk mencatatkan kilometer tersebut.
Larian tahun ini akan menyaksikan para peserta bekerjasama mengikut wilayah (Utara, Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur) untuk pertandingan persahabatan di seluruh negara. Di dalam pasukan mereka, pelari digalakkan untuk mengumpul sebanyak kilometer yang mungkin — pasukan dengan jarak purata tertinggi dari setiap orang akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Pertandingan antara wilayah ini memberi peluang terbaik untuk pelari menunjukkan semangat kesukanan dan keupayaan mereka mewakili negeri dan wilayah masing-masing sambil bersama-sama berkongsi pengalaman larian dengan peserta dari seluruh negara.
Untuk memastikan pelari terus bermotivasi sepanjang bulan, Coway Run 2021 telah meningkatkan pendekatan “berlandaskan permainan” untuk menambah keseronokan dan interaktiviti dalam larian para peserta. Sementara peserta boleh memilih untuk berlari di mana sahaja, mereka juga akan mendapat akses untuk peta “secara langsung” laluan mereka yang akan memaparkan perkembangan mereka secara visual. Di samping itu, pelari juga boleh mengumpulkan lencana pencapaian maya bagi setiap jarak 5KM yang dicapai.
Coway Run 2021 telah melipatgandakan komitmennya untuk melakukan aktiviti bermanfaat tahun ini, dengan tiga tujuan amal berbeza terkait dengan larian ini. Seperti tahun-tahun lepas, untuk setiap tiket yang dijual, Coway akan menyumbang RM10 kepada Happy Water Project, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membekalkan air bersih kepada masyarakat Orang Asli yang memerlukan di seluruh negara.
Larian maya ini juga telah menetapkan sasaran di seluruh negara untuk para peserta mencapai 200,000KM secara kolektif. Apabila para peserta mencapai kejayaan ini, Coway Malaysia akan menyumbang sejumlah RM200,000 kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – EcoKnights, MERCY Malaysia dan Reef Check Malaysia. Sumbangan ini pasti akan memberi inspirasi kepada pelari untuk bekerjasama dan memberikan usaha yang terbaik.
Akhir sekali, tahun ini juga akan menyaksikan unsur mesra alam diterapkan dalam jenis cenderahati yang akan diterima oleh pelari dalam kit larian mereka. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan para peserta dan mencetuskan pergerakan mesra alam, kebanyakan item daripada rangkaian cenderahati Coway Run 2021 (termasuk pingat) boleh dikitar semula atau diperbuat daripada bahan kitar semula.
Pelari yang luar biasa berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Pasukan wilayah yang menang akan diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah bonus dan memenangi pelbagai produk Coway yang eksklusif, sementara pelari individu teratas yang mencatatkan rekod kilometer tersendiri paling banyak akan menerima hadiah istimewa.
Coway Run 2021 menawarkan pelari yang baharu dan juga yang berpengalaman satu cara yang menyeronokkan untuk berhubung dengan pelari seangkatan, sambil berbakti kepada masyarakat.
Larian ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia atau pemastautin berusia 16 tahun ke atas, dan peserta mesti mendaftar dalam talian di laman web Coway Run 2021 sebelum 23 Oktober 2021. Untuk merekodkan jarak yang dilalui semasa larian secara automatik, peserta boleh menggunakan aplikasi percuma Strava dan selaraskan ke profil Coway Run mereka. Sebagai alternatif, mereka juga boleh memuat naik tangkapan skrin log mereka dalam aplikasi larian atau kecergasan lain yang disyorkan di laman web Coway Run secara manual, untuk menunjukkan KM yang dicapai dalam akaun Coway Run mereka.
Memandangkan sambutan dan penyertaan yang luar biasa, tiket tambahan akan dikeluarkan tidak lama lagi, bermula dari harga RM49 setiap satu. Setiap peserta akan menerima kit larian Coway Run bernilai lebih daripada RM300. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengambil bahagian dalam larian maya ini dan ikuti laman Facebook dan Instagram Coway Malaysia untuk perkembangan terkini!
Untuk maklumat lanjut mengenai larian ini dan berita penjualan tiket tambahan, sila layari: www.cowayrun.com.my