10,000 PESERTA BERSATU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT SEMPENA IJM LAND HALF MARATHON 2023

IJM Land menyatukan komuniti setelah tiga tahun menyepi sambil memberi sumbangan kepada badan amal untuk masa depan yang lebih cerah.

Seremban, 8 Ogos 2023 – Setelah tiga tahun menyepi, IJM Land, pemaju hartanah terkemuka, kini kembali mencatatkan kejayaan dengan acara IJM Land Half Marathon 2023 yang telah menyatukan 10,000 peserta di Dataran Centrio, Seremban 2. Acara tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat malah ia juga telah meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat dengan memberi sumbangan kepada pertubuhan amal kebajikan.

Diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah dan YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Caretaker Exco, IJM Land Half Marathon yang kini melangsungkan edisinya yang ke-9, terbukti semakin maju sejak penubuhannya pada 2012 di mana ia semakin terkenal sebagai platform yang memupuk semangat setiakawan sambil memberi kembali kepada masyarakat.

10,000 PESERTA BERSATU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT SEMPENA IJM LAND HALF MARATHON 2023

“Selaras dengan slogan kami, ‘Run Together, Bond Stronger’, kami amat berbangga dengan kejayaan Half Marathon tahun ini! Kejayaan ini melambangkan perpaduan dan semangat masyarakat kita. Kami bersyukur atas sokongan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi daripada para peserta acara serta penaja dan rakan kongsi kami, walaupun kami telah lama menyepi,” kata Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad.

IJM Land Half Marathon 2023 menawarkan pelbagai kategori termasuk 21KM (Half Marathon) dan 12KM untuk wanita dan lelaki berumur 19 tahun dan ke atas, untuk remaja perempuan dan lelaki berumur 13 tahun dan ke atas, serta 5KM Fun Run untuk individu berumur 19 tahun dan ke atas.

Selain menjadi platform untuk kecemerlangan sukan, IJM Land Half Marathon juga merupakan platform yang menitikberatkan amal kebajikan. Acara tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada dua badan amal iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA) dengan jumlah sumbangan sebanyak RM40,000. Di samping itu, Pertubuhan Artritis Negeri Sembilan (PANS) turut menerima sumbangan berjumlah RM10,600.

“Kami komited untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Dana yang dikumpul telah memberi kesan yang positif kepada mereka yang memerlukan dan kami bertekad untuk meneruskan usaha dan komitmen kami untuk tahun-tahun yang akan datang,” tambah Encik Chai.

Acara Half Marathon ini juga telah menampilkan pelbagai aktiviti sampingan yang menghiburkan seisi keluarga. Para hadirin dapat menikmati keenakan popcorn, ais krim, gula kapas, dan aneka minuman yang menyegarkan termasuk Nestle Milo, minuman isotonik, Yakult Ace, dan Teh Kombucha. Permainan interaktif, pemeriksaan kesihatan, dan urutan sukan juga ditawarkan di reruai Penaja dan Rakan Kongsi. Apa yang menyeronokkan lagi suasana ialah pemberian hadiah cabutan bertuah yang bernilai hingga RM25,000, termasuk peranti tercanggih seperti iPhone 14 Pro Max dan Macbook kepada peserta.

Sebagai sambutan awal untuk ulang tahun ke-10 IJM Land Half Marathon tahun depan, pingat penamat bagi tahun 2023 menampilkan reka bentuk bermagnet yang melambangkan perpaduan dan kesinambungan, di mana para pemenang dapat menggabungkan pingat penamat tahun ini dengan pingat penamat yang akan diterima pada tahun 2024.

Di samping itu, IJM Land Half Marathon telah memperkenalkan peraduan serba baharu, ‘Students RUN TOGETHER’ Contest, yang menyahut permintaan guru-guru sekolah untuk menginspirasi para pelajar Tingkatan 1 hingga 4 untuk menyertai acara sukan sambil menjalinkan ikatan berkekalan dalam masyarakat berikutan cabaran yang terpaksa mereka hadapi waktu pandemik di mana mereka tidak berpeluang untuk menyertai apa-apa acara seperti Half Marathon ini.

IJM Land Half Marathon 2023 turut disokong oleh Penaja Platinum Allianz, Penaja Emas TDK, Penaja Perak Sunway Multicare, Pakaian Rasmi Spin, Kenderaan Rasmi BMW Millennium Welt Seremban,  Rakan Media Sin Chew Daily dan The China Press, Rakan Perubatan Columbia Asia Hospital Seremban, Rakan Acara dan Teknikal Score, dan Rakan Kongsi Mydin, Nestle Milo, Yakult, Eprotape, KL Kinetic, Spoon Health, McDonald’s, N8 Nutrition dan SWM Environment, yang meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar dengan komuniti.

Untuk maklumat lanjut tentang IJM Land Half Marathon, sila layari https://seremban2.ijmland.com/

© 2023 BlackButterfly DesignArts