Menangi hadiah hebat seperti telefon pintar 5G terkini, PS5, baucar beli-belah dan banyak lagi
Kuala Lumpur, 6 April 2023 – Raya tahun ini, Yoodo menjanjikan lebih keriangan daripada sebelumnya! Yoodo, perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital kembali untuk menyebarkan keriangan dengan kempen Roda Riang Raya Yoodo yang berakhir pada 31 Mei 2023.
Menangi 100% hadiah terjamin seperti baucar beli-belah Lazada, Starbucks dan foodpanda, data Yoodo percuma, langganan portal berita, cuti inap, percutian glamping dan banyak lagi dengan setiap putaran! Lebih menarik lagi, setiap putaran melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah hadiah utama, jadi semakin banyak putaran anda, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama yang terdiri daripada beberapa unit iPhone 14, Samsung Galaxy M23 5G dan PlayStation 5. Sekarang, Yoodo menawarkan percubaan 5G untuk kedua-dua peranti iOS dan Android, jadi rebut peluang ini untuk bergaya dengan peranti 5G terkini pada Raya ini!
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata “Kami begitu teruja untuk memperkenalkan kempen Roda Riang Raya Yoodo supaya Yoodo-ers dapat terus berhubung dengan orang tersayang semasa musim perayaan ini dan pada masa yang sama, memenangi hadiah menarik yang dijamin. Di Yoodo, kami mementingkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, dan sambutan Raya akan menjadi lebih diingati dan istimewa tahun ini dengan hadiah-hadiah hebat untuk dimenangi.”
Kempen Roda Riang Raya Yoodo disusun untuk pelanggan baharu dan pengguna sedia ada. Bagi pelanggan baharu yang mendaftar untuk pelan bernilai minimum RM35, mereka akan mendapat satu kod putaran secara automatik dan dengan pembelian minimum RM15 pada mana-mana produk booster , mereka akan mendapat kod putaran tambahan.
Sementara itu, bagi pengguna sedia ada dengan pelan semasa yang kurang daripada RM35, mereka hanya perlu memperbaharui pelan mereka sekurang-kurangnya RM35 atau lebih, dan membeli produk booster untuk mendapat satu kod putaran. Semua pembelian produk booster mestilah dalam satu resit dan kitaran bil yang sama untuk layak membawa pulang ganjaran ini. Produk booster termasuk: Booster Data / Panggilan / SMS atau produk Add-on, Power Pass, RLH dan IDD.
Yoodo akan menambahkan keceriaan dan gaya kepada perayaan Hari Raya anda tahun ini. Pastikan anda menandakan kalendar anda dan bersedia untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang dijamin 100% pada musim perayaan ini! Apa tunggu lagi! Sertai kempen Raya ini dan anda mungkin menjadi salah seorang daripada ramai pemenang bertuah. Sila nantikan pengumuman pemenang hadiah utama pada 8 Jun 2023.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Roda Riang Raya Yoodo, sila layari www.yoodo.com.my/raya2023 atau dapatkan berita dan kemas kini terkini di @yoodomy di Facebook dan @yoodomy di Instagram.