100 Cawangan Dan Semakin Bertambah: Dunkin’ Buka Cawangan Malaysia Terbesar Di KKIA Sabah

Penggemar kopi dan donut seluruh negara bakal menikmati pilihan lebih inovatif di semua cawangan DUNKIN’ di Malaysia untuk memulakan hari dan memulihkan tenaga

Kota Kinabalu, 15 Mac 2023 – Perhatian kepada semua penggemar kopi dan donut di negeri di bawah bayu! Dalam usaha terbaharunya untuk mencergaskan dunia, DUNKIN’ – jenama yang sudah lama tersemat di hati dan minda rakyat Malaysia sejak 1987 – kini “terbang” ke mercu lebih tinggi pada 2023 dengan membuka cawangan Malaysia ke-100 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Sabah.

Pembukaan penting ini juga menandakan satu detik bersejarah kerana kafe gaya hidup DUNKIN’ seluas 1,800 kaki persegi ini, yang terletak di kaki lima Balai Ketibaan di Aras 1 KKIA, bakal menjadi cawangan DUNKIN’ terbesar di Malaysia, menawarkan juadah lazat dalam suasana ceria dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 88 pelanggan yang menjanjikan pengalaman menjamu selera yang selesa untuk rakan dan keluarga serta suasana menyegarkan bagi pengembara yang letih, cawangan baharu ini bukan sahaja menawarkan sajian kegemaran ramai DUNKIN’ seperti  Kopi Ais tandatangan DUNKIN, dan Caramel Macchiato Ais yang terkenal, tetapi juga menjadi cawangan DUNKIN’ pertama di negara ini untuk menawarkan pengalaman lebih khusus dengan menghidangkan pelbagai pilihan kopi yang baharu.  Antaranya termasuk Frozen Espresso (kopi pekat beku) dan Frozen Flavoured Latte (susu berperisa beku) dengan kelazatan perisa yang tidak terhingga seperti Salted Caramel dan Hazelnut Mocha, serta pelbagai minuman lain. Tawaran terbaharu ini juga bakal diperkenalkan di cawangan DUNKIN’ terpilih di Malaysia, dan juga cawangan baharu yang akan dibuka.

Dunkin’ Buka Cawangan Malaysia Terbesar Di KKIA Sabah

Perkembangan terkini ini adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula global DUNKIN’ yang bermula pada 2018, dengan tumpuan berpandukan kopi, berasaskan minat yang semakin bertambah terhadap minuman tersebut di Malaysia, dengan peningkatan empat kali ganda sejak proses penjenamaan semula bermula. Sehubungan itu, jenama antarabangsa ini telah merangka hala tuju baharu, dengan menu yang berasaskan minuman, terutamanya kopi, dengan membawakan produk yang inovatif seperti kopi berasaskan espresso,  dan memperkenalkan pelbagai jenis minuman espresso beku, selain minuman tanpa kafeina seperti Fruity Frosty of Mango dan Strawberry Slushy.

“Pembukaan cawangan terbaharu ini di KKIA menandakan mercu jaya terbesar bagi DUNKIN’ sejak kami melaksanakan penjenamaan semula di dalam negara pada 2019, yang telah diperluaskan secara beransur kepada lebih banyak cawangan di seluruh negara, di Malaysia Timur dan Barat. Inisiatif ini ialah lanjutan daripada hala tuju baharu kami yang memberi tumpuan terhadap kopi, lantas mencetus transformasi yang membabitkan pendekatan gaya kafe yang mesra dan selesa sambil mengetengahkan budaya kopi DUNKIN’ serta tawaran espresso adunan tersendiri yang baharu,” kata Peter Yu, Pengarah Urusan Golden Donuts Sdn. Bhd., pengendali cawangan DUNKIN’ di Malaysia.

Walaupun tumpuan diberikan kepada kopi pada masa depan, DUNKIN’ juga tetap mengekalkan donutnya yang terkenal dan sentiasa diminati sebagai nadi dan teras warisan jenama tersebut. Justeru, para peminat DUNKIN’ boleh menantikan pilihan donut baharu yang menyegarkan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya, termasuk Kurma Choco-cake, Ketupat, dan Bintang Ceria, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif  Ramadhan Raya Bersama DUNKIN’.

Sempena dengan pembukaan cawangan baharu di KKIA, DUNKIN’ akan menyediakan tawaran tiada tandingan yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menikmati pilihan kopi istimewa  DUNKIN’.  Mereka yang bangun awal boleh mencuba tawaran Morning Coffee specials (Kopi Pagi istimewa) seperti kopi panas atau ais, Americano atau latte pada separuh harga biasa dari waktu kedai dibuka sehingga jam 11:59 pagi. Mereka yang suka minum kopi sebelah petang boleh memulihkan tenaga menerusi tawaran istimewa Espresso adunan tersendiri, termasuk Iced Caramel Macchiato, Iced Mocha Latte dan Iced Salted Caramel Latte pada harga hanya RM10 bagi setiap cawan saiz sederhana dari jam 1 tengah hari hingga 7 malam. Kedua-dua tawaran adalah sah dari 16hingga 20 Mac 2023 di semua cawangan DUNKIN’ di Malaysia, termasuk cawangan terbaharu di KKIA (kecuali cawangan DUNKIN’ di lapangan terbang lain dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya [PICC]).

Selain daripada pembukaan cawangan DUNKIN’ di KKIA, pencinta kopi dan donut di seluruh negara boleh mendapatkan sajian kegemaran mereka di lebih banyak cawangan DUNKIN’ yang dijangka dibuka pada tahun ini di lokasi perdana, termasuk tempat-tempat tumpuan ramai di Lembah Klang, termasuk Pavilion Damansara, Damansara Heights dan The Exchange TRX.

Tunggu apa lagi? Kunjungi cawangan DUNKIN’ berhampiran dan pulihkan tenaga anda! Maklumat lanjut boleh didapati di www.dunkindonuts.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts