10 Bakeri Sekitar Negeri Selangor Yang Pasti Menepati Selera Anda!

Dapatkan Pelbagai Menu Roti Yang Lazat Dihantar secara Terus ke Lokasi Anda!

Walau di ambang pandemik Covid-19, masih terdapat banyak permintaan untuk makanan yang lazat dan menyelerakan bagi dijadikan santapan di rumah. Untuk kali ini, Tourism Selangor akan berkongsi dengan anda, senarai lokasi bakeri di sekitar Negeri Selangor yang menawarkan jualan kek pelbagai jenis, roti, serta pastri yang enak! Bakeri dalam senarai ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lokasi anda untuk anda nikmati produk mereka sambil menjaga keselamatan diri dengan kekal berada di rumah.

Paling digemari oleh pencinta pastri tempatan, Andra by Gula Cakery pastinya salah satu bakeri yang mesti dikunjungi di Negeri Selangor. Bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri yang enak, lokasi ini juga menampilkan dekorasi yang menarik. Selain menyediakan makanan utama seperti spageti, bolognese, aglio olio dan lasagna. Kafe yang terletak di bandar kontena, Ardence Labs Setia Alam ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam untuk pembungkusan (take-away), pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran. Bakeri ini juga aktif mempromosikan produk mereka seperti menawarkan pakej diskaun dan ganjaran penghantaran percuma di laman media sosial mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.gulacakery.com/ atau hubungi+6010-2164284

Bakeri yang dimulakan dengan perniagaan kecil dim sum, kini memiliki sebanyak 8 cawangan di sekitar Negeri Selangor termasuk di Klang, Seri Kembangan, Puchong dan lain-lain. Diasaskan oleh pemilik yang berasal dari Confucius generasi yang ke-72, produk khas bakeri ini adalah tat telur selain menyediakan pastri barat dan juga pastri oriental.

Ketika popularitinya semakin meningkat, pada waktu yang sama, kedai ini juga aktif dalam memperluas inovasi kuih dan pastri mereka. Semua produk sedia untuk ditempah untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran tetapi bergantung juga kepada stok yang ada di mana anda boleh menyemak stok tersebut melalui laman sesawang rasmi mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tk2you.com/ atau hubungi +603-8959 2923

Terletak di Damansara Kim, Petaling Jaya, bakeri ini menghasilkan pelbagai jenis roti dan pastri segar setiap hari dengan ragi (leaven) yang berusia 200 tahun. Selain menawarkan roti sourdough, kedai yang menghargai cara asas membakar roti juga menawarkan jenis pastri yang lain termasuk Gluten Free Brownies, Cream Puff, Scones dan juga minuman seperti kopi dan juga Kombucha! Bakeri ini juga menyediakan perkhidmatan pra-pesanan (pre-order) dan pengambilan sendiri (pick-up). Anda juga boleh memesan dari bakeri ini melalui sebarang servis penghantaran pilihan anda. Pastikan anda membuat pesanan yang baik dengan notis 1 hari dan sebelum jam 4 petang kerana ini adalah jam terakhir sebelum pesanan dibuka untuk hari berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  https://www.universalbakehouse.my/ atau hubungi+ 601133327581

Kobo Bakery adalah sebuah bakeri yang menghasilkan roti menggunakan teknik yang khusus dari penasihat tukang roti terbaik dunia dari Taiwan. Bakeri ini juga menggunakan pemeraman yeast buatan sendiri yang semula jadi untuk semua produk roti dan pastri mereka bagi mengeluarkan rasa dan tekstur yang unik. Kedai ini juga mempunyai cawangan di kawasan Lembah Klang termasuk Shah Alam, Taipan dan Ara Damansara. Bagi membuat tempahan, anda boleh muat turun aplikasi telefon bimbit yang dicipta khas untuk pelanggan mereka untuk membuat pemilihan dan pembelian secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  https://kobobakery.com/ atau hubungi+60380660878

Bonjour! Anda berminat untuk menikmati roti ala-ala di Paris? Bagi peminat pastri Paris, anda boleh cuba kunjungi bakeri yang terletak di Teluk Panglima Garang ini. Marc Et Farid hanya menggunakan bahan berkualiti untuk menghasilkan produk mereka.

Bakeri ini juga memfokuskan kepada penghasilan pastri ala Perancis seperti kek dan tat termasuk tat lemon, tat praline coklat dan banyak lagi. Bagi yang ingin mencuba produk mereka, bolehlah membuat pesanan melalui laman atas talian Beepit yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 11.30pm hingga 6pm.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60125758048

Terletak di Gombak, Selaseh Dua yang diasaskan oleh tukang roti tempatan yang dikenali sebagai Cik Kiah, menyediakan pelbagai jenis roti dan pastri yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Ianya baru sahaja dibuka pada tahun 2019, dan kini pelbagai jenis roti dihasilkan hampir setiap hari di sini khusus untuk pelanggan mereka. Lebih dikenali sebagai kedai roti berbanding kafe, ianya dibuka untuk pelanggan untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penempahan awal (pre-order) yang perlu dibuat 24 jam sebelum hari pengambilan dan penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +601112129101

Kalau sebelum ini kita merasa pastri Paris, kali ini kita rasakan pastri dari Itali pula. Salve! Ianya bermula dengan semangat sepasang adik beradik yang mula menghasilkan roti atas dasar hobi dan memberi hadiah kepada kenalan. Mereka mula membuka bakeri dalam tahun 2018 dan sejak dari itu mereka sibuk memenuhi permintaan dari pelanggan. Bakeri ini terkenal dengan produk bomboloni mereka, roti donat yang berasal dari Itali. Pelbagai perisa bomboloni boleh didapati di sini seperti strawberi, Nutella dan juga perisa Lotus Biscoff. Servis penghantaran juga disediakan untuk memudahkan pembelian anda sementara anda duduk di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi+601111422597

Mula beroperasi pada tahun 2020, FASO Patisserie merupakan bakeri yang juga menawarkan roti ala-ala Paris seperti, souffles mousses dan chocolate eclairs.  Bakeri yang terletak di Setia Alam ini juga didekorasikan dengan konsep yang unik dan menarik untuk pelanggan nikmati hidangan pastri di kafe mereka. Bukan sahaja konsep kafe yang unik, tetapi produk roti dan pastri mereka juga mempunya visual yang menarik di samping menggunakan bahan-bahan premium yang halal! Perkhidmatan penghantaran juga disediakan untuk pelanggan mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi+60194861231

Itali sudah, Paris juga sudah. Kali ini mari rasakan produk roti dan pastri yang berasaskan pastri Jerman pula! Terletak di tingkat bawah Hospital KPJ Ampang, bakeri ini menyediakan roti dan pastri dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja, dengan diperbuat dari resipi tradisional yang khas. Rangkaian produk roti dan pastri mereka termasuk Bavarian Spelt Vanille Hörnchen, Baguette, Kirschtasche (Cherry Danish), Croissant dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  https://www.derbackmeister.com/ atau hubungi+603-4265 0222

Baru dibuka pada tahun 2020, Dou Dou Bake adalah sebuah bakeri yang terletak di Petaling yang menawarkan pelbagai pastri buatan sendiri. Dou Dou adalah nama yang diberikan berasal daripada perkataan “Dough-Dough” tanpa huruf ‘gh’, yang mana huruf ‘gh’ tersebut telah ‘dimakan’ bagi menggambarkan keenakan pastri mereka. Dengan formula khas penapaian yang digunakan, bakeri ini menawarkan pastri dan roti termasuk sourdough, croissant, croque, pain au dan banyak lagi. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pesanan juga harus dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.doudoubake.com/ atau hubungi + 601169635817

Wah, senarai bakeri di atas sangat meliurkan! Untuk memastikan anda dan keluarga selamat ketika penularan wabak Covid-19, bakeri-bakeri di atas menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sendiri (pick-up). Anda tidak perlu risau dengan kualiti produk kerana setiap hari, mereka akan memastikan kek, pastri dan roti yang dipesan selamat sampai ke tangan anda dan mampu membuat anda tersenyum sebaik menerimanya.

Untuk terus membendung penularan wabak Covid-19, anda sentiasa diingatkan untuk terus ikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana sahaja anda pergi. Pastikan anda mendaftar masuk ke premis di Negeri Selangor melalui aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” dan mengikuti peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan cecair pembersih tangan.

Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor www.selangor.travel  untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

10 Bakeri Sekitar Negeri Selangor Yang Pasti Menepati Selera Anda! – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts