Cover Majalah RamaRama - YulduzKali pertama saya berjumpa dengan cover girl isu ini adalah semasa saya dan Pak Lan, jurugambar RamaRama, menyertai sesi fotografi berkonsepkan urban di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dari situ, saya dapat merasakan betapa senang untuk bekerjasama dan seterusnya menjemput Yulduz untuk menjayakan sesi fotografi Cover Girl untuk Isu RamaRama yang pertama.

Nama: Yulduz Atamuradova
Umur: 20
Asal: Tashkent, Uzbekistan

Yulduz menceritakan yang beliau sudah memasang impian untuk menjadi seorang model sejak berumur 11 tahun.  Beliau pernah ditawarkan peluang untuk menyertai sebuah agensi untuk model namun terpaksa ditolak kerana memerlukannya ke luar negara sedangkan beliau masih terlalu muda pada masa itu. Ibu bapanya berpesan yang pendidikan adalah lebih penting. Walaupun begitu, Yulduz tidak pernah berputus asa dan tetap meletakkan impian untuk menjadi seorang model.

Setelah berada di Malaysia, beliau sudah mencuba beberapa kali dan akhirnya berjaya mendapat peluang dijemput ke sesi-sesi fotografi.  Setelah ramai yang mengiktiraf bakat beliau, Yulduz juga telah ditawarkan untuk menjadi model catwalk dan sesi fotografi untuk butik-butik.  Beliau bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam industri ini.

[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”]


Cover Majalah RamaRama - YulduzTanya Yulduz

RamaRama: Apakah perkara yang utama dalam hidup anda?

Yulduz: Yang menjadi keutamaan dalam hidup saya ialah untuk mendapat pendidikan tinggi, berjaya dalam industri peragaan dan menjadi kebanggaan ibu bapa saya.

R: Namakan tiga aktiviti hujung minggu yang anda suka.

Y: Jika saya berpeluang untuk berehat di hujung minggu, saya akan menelefon ibu bapa saya untuk menceritakan berita gembira dan masalah saya. Walaupun mereka jauh dan sudah agak lama tidak berjumpa, kerinduan saya diisi dengan nasihat dan pesanan dari ibu bapa yang saya sayangi.

Saya juga gemar membeli-belah bersama kawan-kawan, dan memasak di rumah kerana saya dapat memasak makanan yang menyihatkan.

R: Nyatakan destinasi percutian kegemaran anda dalam Malaysia atau di rantau ini?

Y: Pada saya, Malaysia adalah negara yang cantik. Apa yang saya suka di sini ialah yang penduduknya yang peramah dan banyak tempat yang cantik dan bersejarah. Malaysia mempunyai pantai-pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti yang menarik. Kadang-kadang saya dan kawan-kawan akan lepak di Cameron Highlands untuk menikmati udara segar dan persekitaran semulajadi yang indah.

R: Apakah makanan kegemaran anda?

Y: Makanan kegemaran saya ialah makanan negara saya iaitu Plov. Tetapi setelah datang ke Malaysia, saya gemar makanan laut di sini kerana tidak banyak makanan laut di negara asal saya.

R: Siapakah inspirasi anda?

Y: Ibu bapa saya adalah inspirasi saya. Mereka sentiasa bersama saya dalam setiap momen dalam hidup saya dan sentiasa memberikan nasihat yang berguna. Mereka menyokong setiap keputusan yang saya buat dan menjadi pendengar setiap masalah yang saya hadapi walaupun mereka jauh dari saya.

R: Apakah cabaran yang anda hadapi dalam hidup?

Y: Cabaran utama saya ialah berada jauh dari ibu bapa saya. Saya tak dapat memeluk mereka, melihat mata mereka dan tak dapat bersama mereka. Walaupun saya suka berada di Malaysia, saya sangat merindui ibu bapa saya.

R: Apakah nasihat anda untuk wanita yang sebaya dengan anda?

Y: Letakkan objektif dan berusahalah untuk mencapai sasaran itu. Jangan lupakan ibu bapa anda kerana mereka sentiasa sayang dan menanti anda.

[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]