[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ last=”yes” spacing=”yes” center_content=”no” hide_on_mobile=”no” background_color=”” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” background_position=”left top” hover_type=”none” link=”” border_position=”all” border_size=”0px” border_color=”” border_style=”” padding=”” margin_top=”” margin_bottom=”” animation_type=”” animation_direction=”” animation_speed=”0.1″ animation_offset=”” class=”” id=””][fusion_title size=”2″ content_align=”left” style_type=”default” sep_color=”” margin_top=”” margin_bottom=”” class=”” id=””]Velvet X Wood Coffee Scrub Untuk Kulit Lebih Mulus[/fusion_title][fusion_text]Kuala Lumpur – Impikan kulit tubuh yang lebih cerah berseri? Impian anda boleh dipenuhi daripada jenama yang prihatin terhadap anda, Velvet X Wood dengan lahirnya produk penjagaan diri terbarunya iaitu skrub kopi.

Velvet X Wood Coffee Scrub diperkaya dengan kombinasi hebat bahan berkualiti tinggi yang diperoleh daripada sumber semula jadi iaitu biji kopi premium dari Brazil, madu, aloe vera, minyak zaitun dan garam laut. Ia 100 peratus organik. Hasil daripada penggunaan berterusan memberi pelbagai manfaat kepada kulit tubuh.

Menariknya Velvet X Wood Coffee Scrub ini lahir atas keinginan pengasas, Puan Intan untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu mengetahui mengenai produk penjagaan diri yang digunakannya. Walaupun mengetahui kewujudan pelbagai produk skrub tubuh di pasaran, Intan tidak pernah gentar dalam persaingan kerana dia percaya bahawa skrub kopi yang dihasilkan mempunyai kelebihan yang pastinya tidak sama dengan produk seumpamanya.

Menyedari bahawa ramai wanita mahukan kulit yang cerah, lembut, halus, anjal dan berseri, Intan cuba memenuhi keinginan para wanita namun tidak sesekali mengabaikan faktor keselamatan. Baginya penting untuk kulit tubuh bukan sahaja cantik tetapi juga sihat dan dilihat sempurna.[/fusion_text][fusion_text]

“Velvet X Wood Coffee Scrub melalui proses formulasi selama setahun setengah bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ia juga telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin selamat kerana menggunakan bahan semula jadi. Jadi pengguna tidak perlu risau kerana ia bebas bahan kimia yang lazimnya mendatangkan kesan negatif kepada kulit,” katanya.

[/fusion_text][fusion_imageframe lightbox=”yes” gallery_id=”” lightbox_image=”http://ramarama.my/wp-content/uploads/2016/05/Velvet-X-Wood-Coffee-Scrub-Untuk-Kulit-Lebih-Mulus-1-300×270.jpg” style_type=”none” hover_type=”zoomin” bordercolor=”” bordersize=”0px” borderradius=”0″ stylecolor=”” align=”none” link=”” linktarget=”_self” animation_type=”fade” animation_direction=”down” animation_speed=”0.1″ animation_offset=”” hide_on_mobile=”no” class=”” id=””] Velvet X Wood Coffee Scrub Untuk Kulit Lebih Mulus[/fusion_imageframe][fusion_text]Layanan haruman Velvet X Wood Coffee Scrub merangsang perasaan dan ‘mengejutkan’  tubuh.  Bukan sahaja mencetuskan ketenangan kepada pengguna dengan memberi aura tenaga positif, dengan ciri agen pengelupasan biji kopi dan gabungan  garam laut, ia berkesan  membuang sel-sel kulit mati menjadikan kulit lebih bersih berseri dan lembut. Malah bauan istimewa ini membantu mengatasi masalah bau badan.

Kaya dengan kandungan mineral dan tinggi antioksidan serta anti toksin, skrub kafein ini  mencegah penuaan pramatang kulit. Ia juga merangsang peredaran aliran darah dan  membantu mengurangkan kemunculan masalah kulit seperti selulit, ekzema, psoriasis, parut, jerawat, kesan rekahan, tompok penuaan serta vena varikos.

Dengan tambahan minyak zaitun dan susu, ia menjaga kelembapan kulit secara menyeluruh, mencerah, menghalus, menyegar dan mencerahkan tubuh. Manakala sentuhan madu pula berfungsi melindungi, melembap dan meremajakan kulit agar tubuh lebih anjal dan licin bak sutera.

Menerangkan mengenai cara penggunaan Velvet X Wood Coffee Scrub, menurut Intan, ia begitu mudah digunakan. Hanya dengan sapuan ringkas mampu memberikan hasil yang diingini pengguna kerana sifat skrub mikro yang bertindak lebih pantas.[/fusion_text][fusion_text]

“Ambil amaun yang diingini dan sapukan pada kulit yang separa lembap. Memandangkan tekstur skrub ini kering dan mikro, pengguna dinasihatkan supaya tidak menyapu butiran skrub pada kulit yang terlalu basah kerana ia akan segera larut.”

[/fusion_text][fusion_imageframe lightbox=”yes” gallery_id=”” lightbox_image=”http://ramarama.my/wp-content/uploads/2016/05/Velvet-X-Wood-Coffee-Scrub-Untuk-Kulit-Lebih-Mulus-2-300×157.jpg” style_type=”none” hover_type=”zoomin” bordercolor=”” bordersize=”0px” borderradius=”0″ stylecolor=”” align=”none” link=”” linktarget=”_self” animation_type=”fade” animation_direction=”down” animation_speed=”0.1″ animation_offset=”” hide_on_mobile=”no” class=”” id=””] Velvet X Wood Coffee Scrub Untuk Kulit Lebih Mulus[/fusion_imageframe][fusion_text]Lebih istimewa, skrub ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak, malah untuk semua jenis kulit. Ia boleh dipakai di seluruh tubuh dan juga bahagian muka serta bibir.[/fusion_text][fusion_text]

“Skrub dua hingga tiga kali seminggu untuk kulit yang sihat dan lembut. Ia tidak merengsakan kulit. Jika anda mempunyai kulit sensitif, hanya gunakan satu hingga dua kali seminggu sahaja. Menyental tubuh ini jika dijadikan rutin juga mampu memberi kebaikan kepada kesihatan dengan melancarkan peredaran darah.

“Selain itu, skrub ini mempunyai kelebihan apabila membantu mengecilkan saiz molekul lemak dan mengurangkan kuantiti sel lemak yang lazimnya menghantui para wanita terutamanya di bahagian perut dan muka. Hasilnya tubuh terbentuk cantik, wajah kelihatan lebih runcing dan tiada lagi masalah dagu berlapis,” ujarnya.

[/fusion_text][fusion_imageframe lightbox=”yes” gallery_id=”” lightbox_image=”http://ramarama.my/wp-content/uploads/2016/05/Velvet-X-Wood-Coffee-Scrub-Untuk-Kulit-Lebih-Mulus-3-195×300.jpg” style_type=”none” hover_type=”zoomin” bordercolor=”” bordersize=”0px” borderradius=”0″ stylecolor=”” align=”none” link=”” linktarget=”_self” animation_type=”fade” animation_direction=”down” animation_speed=”0.1″ animation_offset=”” hide_on_mobile=”no” class=”” id=””] Velvet X Wood Coffee Scrub Untuk Kulit Lebih Mulus[/fusion_imageframe][fusion_text]Cara penggunaan untuk bahagian tubuh:

Lembapkan bahagian kulit yang ingin disapu seperti lengan, pinggang, perut dan paha. Paling berkesan adalah dengan menggunakan air suam.

Ambil secubit skrub dan ratakan pada tempat yang bermasalah, urut membulat dengan arah lawan jam.

Sambil mengurut, picitkan bahagian yang berlemak. Biarkan beberapa minit.

Untuk kesan yang lebih optimum, salutkan bahagian bermasalah dengan pembalut plastik. Biarkan ia menyerap selama 20 minit.

Kemudian, bilas dengan air suam untuk kesan yang lebih baik, cepat dan menyerap masuk ke dalam liang roma kulit.

Cara penggunaan untuk bahagian wajah:

Cuci muka dengan pembersih wajah, kemudian sapukan skrub Velvet X Wood.

Untuk mengatasi masalah dagu berlapis dan meruncingkan dagu, gosok di bahagian bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan.

Untuk membentuk wajah menjadi bujur, urutkan pipi dan rahang dengan tapak tangan secara membulat mengikut arah lawan jam.

Produk ini dijual secara dalam talian melalui ejen-ejen yang dilantik. Didatangkan dalam jar dengan rekaan yang fleksibel dengan berat 100gm, Velvet X Wood dijual pada harga RM79 termasuk kos penghantaran untuk Semenanjung Malaysia manakala RM82 untuk Sabah dan Sarawak.[/fusion_text][/fusion_builder_column][fusion_builder_column type=”1_1″ last=”yes” spacing=”yes” center_content=”no” hide_on_mobile=”no” background_color=”” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” background_position=”left top” hover_type=”none” link=”” border_position=”all” border_size=”2px” border_color=”#ab208e” border_style=”dashed” padding=”20px” margin_top=”” margin_bottom=”” animation_type=”fade” animation_direction=”down” animation_speed=”0.1″ animation_offset=”” class=”” id=””][fusion_text]Latar belakang Syarikat

Velvet X Wood diasaskan oleh Intan, 28, melalui syarikat yang ditubuhnya, Velvet X Wood by Lileantan Beauty Ent.

Mengangkat Velvet X Wood sebagai satu penjenamaan yang tampak antarabangsa. Velvet bermakna baldu sementara Wood bermaksud kayu. Gabungan elemen kelembutan dan maskulin ini menunjukkan bahawa ia sesuai untuk kegunaan unisex; lelaki dan wanita.

Cerita di Sebalik Logo

Matahari dan gunung bermaksud satu permulaan hari yang baik, perjalanan yang indah dan membawa satu harapan. Gunung bermakna perjalanan syarikat ini untuk menuju ke puncak. Walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan halangan, kami akan tetap melangkah maju ke hadapan.

Ia juga membawa imej alam semula jadi, iaitu kriteria yang kami ingin tekankan dalam setiap pembuatan produk Velvet X Wood.[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]