Universiti Utara Malaysia Dinobatkan Universiti Pengurusan Terbilang yang Terbaik di Malaysia oleh Global Brands Magazine untuk Tahun 2016

LONDON, 19 Mei 2016 /PRNewswire/ — Anugerah Global Brands Magazine, antara anugerah penjenamaan paling diiktiraf di dunia, mengumumkan Universiti Utara Malaysia sebagai pemenang Universiti Pengurusan Terbilang yang Terbaik diMalaysia untuk tahun 2016 .  Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan universiti dalam menetapkan penanda aras penawaran pengajian dalam bidang perniagaan dan pengurusan.

Gobal Brands Awards mengiktiraf institusi pendidikan yang menetapkan penanda aras kecemerlangan dan bertindak balas terhadap perubahan dengan pantas.  Universiti-universiti yang dinilai ini diberikan anugerah kerana komitmen yang tinggi dalam kecemerlangan, penjenamaan, prestasi dan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang mantap di rantau mereka.  Data yang dikumpul dan dikaji oleh agensi luar yang bebas menjadikan kajian ini benar-benar mantap.

Anuregah Global Brans Magazine tahunan ini meraikan jenama terbaik dalam kelasnya, dan Universiti Utara Malaysia menerima puji-pujian bagi aktiviti kecemerlangan dan penjenamaannya tahun lepas.  Anugerah ini bermatlamat untuk mengenal pasti dan mewujudkan kesedaran tentang tambahan nilai ekonomi yang besar oleh institusi tersebut dan memberi ganjaran kepada prestasi mereka, yang akhirnya mencapai pengiktirafan global.

Jay Reddy , ketua penjenamaan Global Brands Magazine berkata, ” Pada tahun ini sahaja, kita telah menilai lebih 250 universiti di seluruh dunia.  Sejak penubuhannya pada 1984, UUM telah meletakkan kedudukannya sebagai institut peneraju dalam kalangan rakan kecemerlangannya.  Pengiktirafan ini merupakan satu bukti kepada persekitaran pembelajaran yang bertaraf dunia dan kualiti  pengajaran yang tinggi dengan penghasilan penyelidikan bertaraf dunia yang tekal.  Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Universiti Utara Malaysia kerana membangunkan jenama yang sangat mengagumkan dan cemerlang dalam setiap bidang – pertumbuhan dan kepimpinan.”

Latar Belakang Global Brand Awards:

Global Brands Awards ditubuhkan dengan bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam prestasi dan mengganjari Syarikat merentasi berbagai-bagai sektor. Anugerah ini mengiktiraf syarikat yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam bidang kewangan, pendidikan, hospitaliti, automobil, gaya hidup, serta hartanah dan teknologi.  Anugerah ini disampaikan bagi mengiktiraf para pemain utama yang memburu kecemerlangan serta menyediakan sebuah platform bagi pengiktirafan.

Lebih 5000 Syarikat dinilai sebagai sebahagian daripada kajian terkini yang dijalankan.

Velvet X Wood Coffee Scrub Untuk Kulit Lebih Mulus

Latar Belakang Universiti Utara Malaysia:

Universiti Utara Malaysia (UUM), yang ditubuhkan dengan rasminya pada 16 Februari 1984, merupakan universiti awam Malaysia yang keenam.  Ia merupakan satu-satunya universiti yang ditubuhkan khusus untuk bidang pendidikan pengurusan sejak dari awal penubuhannya.

By | 2016-11-04T22:27:42+00:00 May 19th, 2016|Siaran Media|Comments Off on Universiti Utara Malaysia Dinobatkan Universiti Pengurusan Terbilang yang Terbaik di Malaysia oleh Global Brands Magazine untuk Tahun 2016