• Penetapan tarikh!

Tentu dan sahkan tarikh majlis pernikahan dan resepsi seberapa awal yang boleh untuk membuat tempahan jurunikah, tempat majlis akan dilangsungkan, katering, jurumekap dan lain-lain.

  • Penyediaan baget

Senaraikan butiran untuk semua perbelanjaan majlis perkahwinan. Anda perlu berfikiran realistik dengan mengambil kira kemampuan serta harga pasaran semasa di dalam menyediakan bajet. Lakukan sedikit kajian tentang berapakah perbelanjaan yang diperlukan. Adalah wajar untuk berada di bawah bajet dan bukan sebaliknya.

  • Pembahagian tugas

Sekiranya mempunyai sumber insan dan kewangan yang mencukupi, lakukan pembahagian tugas sesama ahli keluarga dan rakan-rakan. Seseorang pengantin tidak perlu melakukan semua kerja keras semasa membuat persiapan terutama sekali pada hari perkahwinan anda! Ahli keluarga dan rakan-rakan sepatutnya membantu dan melayan anda seperti seorang raja. Kadang-kadang, adalah lebih baik untuk berbelanja sedikit daripada melakukan segala-galanya sendiri.

  • Perancangan teratur

Perancangan yang teratur adalah amat penting. Sediakan satu jadual masa yang merangkumi semua aktiviti termasuk masa untuk mencetak dan mengagihkan kad jemputan serta senarai jemputan untuk tujuan kiraan bagi tempahan makanan, tempat, cenderahati dan lain-lain lagi.

  • Belanja dengan bijak

Perbelanjaan perlu dirancang dengan bijak dan jangan hanya tertumpu kepada majlis perkahwinan saja kerana perkahwinan merupakan satu komitmen jangka panjang.

Sumbangan: Alif Jamaluddin, Kinang – Weddings & Such

By | 2015-12-20T13:25:14+00:00 November 17th, 2015|Uncategorized|Comments Off on Tips Persediaan Untuk Majlis Perkahwinan