Menggunakan kamera tanpa cermin dengan format micro four thirds Olympus OMD EM-10 mampu menghasilkan kualiti gambar yang setaraf dengan kamera DSLR lain yang terdapat di pasaran.  Namun rekabentuk micro four thirds yang lebih ringan dan kecil mampu memberikan seseorang itu lebih kebebasan ketika mengambil gambar dan memudahkan dibawa melancong ataupun aktiviti santai lain.

Tips Pemilihan KameraRamai pengguna sekarang mahukan kamera yang mampu memberikan mereka kepuasan, dalam erti kata lain kamera yang bukan hanya berfungsi sebagai sebuah kamera tetapi juga mempunyai rekabentuk yang menarik serta dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti wifi, art filter (penuras seni) serta mesra pengguna.

Kamera sebegini semakin menjadi pilihan penggemar foto terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak di dalam seni fotografi.  Bagi mereka yang inginkan gambar cantik dan berkualiti tetapi masih kurang pengetahuan tentang fotografi, kamera sebegini adalah pilihan yang tepat kerana pengeluar seperti Olympus, Panasonic serta Fuji telah membuatkan fotografi menjadi lebih mudah.  Malah ramai juga jurugambar professional di luar sana yang menggunakan kamera dengan format micro four thirds ini sebagai kamera kedua mereka.

Tips Pemilihan Kamera