Tentang RAMARAMA 2016-11-04T22:51:52+00:00

TENTANG RAMARAMA

RAMARAMA ialah portal maya buatan Malaysia dengan perkongsian kisah inspirasi dari usahawan dan individu luarbiasa dalam medium video temubual. Objektif RAMARAMA adalah untuk memberikan inspirasi kepada usahawan yang baru bermula dengan tips dan panduan ringkas dari perkongsian eksklusif usahawan berjaya dan mengetengahkan maklumat berguna terutamanya dalam bidang perniagaan.

Daripada Usahawan Kepada Usahawan

RAMARAMA dimiliki oleh BlackButterfly DesignArts (Co. No: 002093315-W)

Untuk Pemasaran dan Pengiklanan, sila hubungi: Harman Harison, harman@blackbutterfly.com.my

Untuk liputan acara/majlis, emel kepada: info@ramarama.my

Jika anda ingin berkongsi/menyumbang bahan berita kepada RAMARAMA, emel kepada: info@ramarama.my

Laman web: http://www.ramarama.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ramaramamy
Instagram: https://www.instagram.com/ramaramamy
Twitter: https://www.twitter.com/ramaramamy
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/ramarama-digital-magazine
Google+: https://www.google.com/+RamaramaMyX
Youtube: https://www.youtube.com/+RamaramaMyX

Harman Harison Bin Mazlan
Harman Harison Bin MazlanPengasas / Pengarah Kreatif
Dengan pengalaman melebihi sedekad bekerja dalam persekitaran antarabangsa, membolehkan Harman mengukuhkan lagi kepakaran beliau dalam bidang rekaan grafik dan pemasaran.  Ini turut menyokong minat beliau yang mendalam dalam penjenamaan produk dan pengukuhan pasaran untuk majalah dalam dan luar talian. Fotografi dan media sosial merupakan kekuatan beliau yang membuatkan beliau bersemangat dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Noraziah Binti Marhami
Noraziah Binti MarhamiPengurus Rantau, Selatan
Minat yang mendalam dalam keusahawanan telah menjadi motivasi untuk Noraziah bertukar profesion dari dunia korporat ke menjalankan perniagaan sendiri. Pengetahuan dan pengalaman dalam perakaunan banyak membantu beliau untuk lebih maju dalam dunia perniagaan yang kompetitif.
Mazlan Bin Abdul Rahman
Mazlan Bin Abdul RahmanJurugambar
Pembabitan beliau di dalam bidang perbankan tidak menghalang Mazlan untuk menceburi bidang fotografi yang diminatinya. Bermula dari hobi kecil-kecilan, Mazlan membina kepakarannya dalam genre portrait, fesyen dan perkahwinan sehingga kini beliau telah menjadikannya sebagai kerjaya professional.