Siri OPPO Reno Dilancarkan di Malaysia di Tengah-tengah Kemeriahan dan Glamor

OPPO melantik selebriti tempatan Neelofa sebagai duta siri Reno dan hos TV Owen Yap sebagai Reno 10x Zoom Explorer mereka.

May 27, 2019 Kuala Lumpur – OPPO, jenama peneraju telefon pintar global terkemuka, melancarkan siri revolusinya Reno 10x Zum di Malaysia hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), memperkenalkan era baharu dalam fotografi telefon pintar. Sama seperti telefon dalam siri Reno, Reno 10x Zum merangkumkan teknologi terkini dan fotografi yang luar biasa ke dalam rekabentuk yang astetik dan unik.

The newly launched OPPO Reno 10x Zoom in Ocean Green and Jet Black

Menambahkan lagi kehangatan dan glamor kepada pelancaran tersebut, OPPO telah memilih selebriti tempatan dan usahawan Noor Neelofa binti Mohd Noor (Neelofa) sebagai duta siri OPPO Reno, dan personaliti  TV dan pengacara Owen Yap sebagai Ikon OPPO Reno 10x Zoom Explorer.

OPPO Reno series ambassador Neelofa, poses with the OPPO Reno 10x zoom at the official media launch

Mempunyai ramai peminat di Malaysia, Neelofa merupakan seorang personaliti yang amat dikenali dalam industri hiburan dan fesyen, sama ada melalui prestasi cemerlang beliau di skrin atau menerusi jenama hijab globalnya, Naelofar Hijab. Bagi seseorang yang bercita-cita tinggi dan tidak takut untuk mengekspresi diri, siri OPPO Reno amat sesuai dengan persona kreatif dan gaya hidupnya. “Sebagai seorang pereka, saya sentiasa membayangkan mereka yang memakai rekaan tersebut; bagaimana rekaan tersebut dapat menaikkan seri wajah dan memberikan keyakinan diri kepada seseorang, jadi rekaan tersebut harus mempunyai citarasa yang klasik dan abadi. Rekabentuk OPPO dan gabungan warnanya sentiasa memberikan inspirasi kepada koleksi rekaan saya, di mana siri Reno itu sendiri juga memberikan inspirasi dalam konteks kreativiti,” kata Neelofa pada majlis pelancaran siri OPPO Reno.

OPPO Reno series ambassador Neelofa, poses with the OPPO Reno 10x zoom at the official media launch

Bukan seseorang yang takut mencuba sesuatu yang baharu, bagi personaliti TV dan emcee Owen Yap, OPPO Reno 10x Zum merupakan teman bagi sesuatu perjalanan dan pengembaraan. “Memandangkan saya begitu menggemari pengembaraan, OPPO Reno 10x Zum benar-benar membuka mata saya untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas. Sekarang saya boleh melihat dan menangkap gambar dari pelbagai sudut. Tak kira bila dan di mana saya mengembara, saya bukan sahaja dapat melihat dunia dari pelbagai sudut tetapi juga perspektif saya melalui gambar-gambar yang saya ambil adalah berbeza dari orang lain.” kata Owen Yap.

Berbangga dengan konsep produk yang serba baharu, falsafah rekabentuk dan model komunikasi, OPPO Reno 10x Zum direka untuk perintis muda yang sentiasa bercita-cita tinggi mengejar impian dan tidak takut untuk mengekspresi diri dan mencipta trend baharu.

Ken Ng, Product Manager of OPPO Malaysia describing the features of the OPPO Reno 10x Zoom

Kamera tersembunyi inovatif dilengkapi dengan simetri elegan

Siri Reno menggunakan bahasa rekabentuk OPPO berdasarkan konsep penyembunyian kreatif, memberikan para pengguna rekaan bentuk badan yang lebih sempurna. Siri Reno dilengkapi dengan skrin panorama penuh, dengan Reno 10x Zum yang memberikan paparan skrin OLED 6.6 inci yang besar. Bahagian bawah siri Reno ini hanya berukuran 3.5mm, memberikan nisbah skrin yang mengagumkan sehingga 93.1%. Siri Reno juga dilengkapi dengan Corning® Gorilla Glass generasi keenam, sekaligus meningkatkan ketahanan paparan.

Untuk merealisasikan rekaan bentuk badan yang sempurna, OPPO meletakkan sepenuhnya kamera belakang di bawah casis kaca, dengan panel kaca 3D melengkung memberikan cengkaman yang selesa. Siri Reno didatangkan dengan dua warna, Ocean Green dan Jet Black, memaparkan tekstur matte di bawah panel kaca belakang. Kesemua barisan siri Reno secara inovatif menyembunyikan kamera menghadap hadapan, cahaya lembut dan cahaya kilat belakang di dalam struktur kamera terangkat pivot yang menaik mengikut permintaan. Struktur ini hanya memerlukan 0.8 saat untuk naik atau turun sepenuhnya, serta bergerak secara lancar dan senyap. Siri Reno juga dilengkapi dengan sensitif-cahaya, sensor cap jari di bawah skrin (Hidden Fingerprint Unlock 2.0). Sensor sistem pencahayaan dan algoritma serba baharu meningkatkan kadar kejayaan membuka kunci cap jari sebanyak 20%-30%.

Fotografi cemerlang dengan 10x Zum

Oppo Reno 10x Zum melangkaui batasan dalam arena fotografi, dilengkapi dengan tri-lensa kamera belakang panjang fokus penuh, termasuk lensa utama 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra-lebar 8MP. Kamera-kamera tersebut bekerjasama untuk merealisasikan panjang fokus penuh 16mm-160mm, lalu mencapai 10x Zum Hibrid dan 60x Zum Digital. Kamera utama 48MP menggunakan penstabilan imej optik (OIS) dan motor tertumpu gelung-tertutup untuk menangkap semua detik istimewa hidup dengan jelas dan dalam masa nyata tanpa tertinggal sebarang butiran.

Untuk menggabungkan lensa telefoto sambil mengekalkan rekabentuk badan telefon yang nipis, OPPO Reno 10x Zum menggunakan tiga inovasi utama: penjajaran melintang bagi periskop lensa telefotonya, pengurangan ketebalan lensanya melalui teknologi D-Cut, dan rekabentuk motor yang menggabungkan dua motor bebas terdahulu (motor lensa utama dan lensa ultra-lebar), bagi mengurangkan ruangan dalaman. Inovasi ini membolehkan lensa 5.75mm ultra-nipis, memudahkan keupayaan zum yang kuat dalam peranti yang bersaiz selesa. Untuk memastikan kualiti dalam fotografi zum jarak jauh, Reno 10x Zum juga menggunakan rekabentuk dual OIS dalam lensa utama dan lensa telefotonya bagi mengurangkan getaran peranti.

Siri Reno dilengkapi dengan sensor Sony 48MP IMX586, menjadikannya mudah untuk sesiapa sahaja mengambil gambar waktu malam seperti seorang jurukamera professional. Selain itu, fungsi terbaru Mod Malam Ultra 2.0 meningkatkan lagi kejelasan dan kecerahan imej melalui pengurangan bunyi komposit pelbagai bingkai dan teknologi HDR pelbagai bingkai. Ini membolehkan siri Reno memproses wajah dan latar belakang secara berasingan untuk menawarkan kesan tona kulit lalu memberikan hasil gambar yang lebih realistik. Reno 10x Zum juga menawarkan rakaman video 4K UHD pada 60fps, lengkap dengan penstabilan imej optikal dan elektronik.

Perkakasan dan perisian lebih maju yang memberikan prestasi yang berkuasa OPPO Reno 10x Zum dikuasakan oleh platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 855, simpanan 8GB + 256GB, dan bateri 4,065mAh, bersama-sama memberikan pengalaman pengguna berprestasi tinggi yang menakjubkan. Edisi Reno 10x Zum juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 yang baharu, yang membolehkan pengecasan pantas voltan rendah semasa bermain permainan atau penstriman video, tanpa mengalirkan haba berlebihan atau menghadkan prestasi peranti.

Siri Reno menyediakan penyelesaian pengoptimuman sistem berperingkat, Hyper Boost 2.0, dibangunkan secara sendiri oleh OPPO. Hyper Boost 2.0 merangkumi tiga modul berasingan, Game Boost, System Boost dan App Boost, yang memberikan penambahbaikan masing-masing kepada prestasi permainan, kelajuan system dan kelajuan pembukaan aplikasi. Semua model siri Reno menggunakan ColorOS 6 yang baharu, yang direka sempurna untuk digunakan pada paparan tanpa sempadan dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih mendalam dan seimbang melalui susun atur UI yang disesuaikan, warna, jenis tulisan, dan ciri-ciri utama lain.

Dolby Atmos dan penambahbaikan audio mudah alih baru yang luar biasa memberikan siri Reno kualiti bunyi yang lebih besar dan lebih baik di mana sahaja yang anda inginkan. Dilengkapi dengan pembesar suara stereo, tiga mikrofon untuk pengambilan bunyi stereo, fungsi NFC dan aksesori perkakasan lain, siri OPPO Reno memberikan pengalaman yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna di serata dunia.

Harga bagi OPPO Reno (versi standard) adalah RM1,999 sementara harga bagi OPPO Reno 10x Zum adalah RM3,399. OPPO Reno (versi standard) akan mula dijual mulai esok (28 Mei 2019) di Kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO dan secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, kedai rakan e-commerce di Lazada atau Shopee dan juga rakan telco telefon pintar seperti Celcom, Digi dan Maxis.

Bagi OPPO Reno 10x Zum, para pelanggan boleh membuat tempahan pra-pesanan bermula dari 27 Mei 2019, pukul 1PM sehingga 17 Jun 2019 dan akan menerima hadiah pra-tempahan tambahan bernilai sehingga RM877 (Smartphone Gimbal Stabilizer berharga RM599; lanjutan setahun jaminan dan jaminan perlindungan skrin bernilai RM139 setiap satu). Platform pra-tempahan boleh didapati di Kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO dan secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, kedai rakan e-commerce di Lazada atau Shopee. Para pelanggan pra-tempahan boleh mengambil telefon mereka bermula dari 18 Jun 2019.

Bersiap sedia untuk diinspirasikan oleh siri OPPO Reno #OPPOReno #FurtherYourVison

© 2023 BlackButterfly DesignArts