Sesi Fotografi Fesyen Perkahwinan

Amirah Khairani, 25 tahun, Pelajar

Amirah adalah seorang model sambilan yang telah menceburi diri dalam bidang
peragaan sejak dua tahun yang lalu. Beliau meminati fesyen dan telah menjalani uji bakat untuk mencari pendapatan tambahan. Amirah telah menghabiskan ijazah dalam pengurusan kewangan.

Shazwani Yunus, 20 tahun, Pelajar

Wani telah memulakan kerja sambilan sebagai seorang peragawati sejak setahun yang lalu. Beliau telah dijemput oleh salah sebuah butik di Kuala Lumpur untuk memperagakan busana mereka. Beliau juga telah berpeluang untuk menghias muka depan majalah Dara. Selain kerjaya sambilan ini, Wani juga berjinak dalam menjual tudung secara dalam talian.

By | 2016-01-04T21:59:48+00:00 December 17th, 2015|Uncategorized|Comments Off on Sesi Fotografi Fesyen Perkahwinan