realme Malaysia melancarkan realme 3: telefon pintar segmen pertengahan yang menampilkan reka bentuk Gradient Unibody terbaharu

Rekaan Gradient Unibody menerajui konsep “muda kreatif estetik” dalam industri telefon mudah alih
Prestasi tertinggi dalam kelas seumpamanya serta hayat bateri yang sangat tahan lama
Penggambaran profesional yang bermutu tinggi selepas kamera realme 3 dinaik taraf dengan mod Nightscape dan Chroma Boost
Diskaun eksklusif bagi realme 3 sempena Jualan Hari Jadi ke-7 Lazada!

PETALING JAYA, 21 Mac 2019 – Hari ini, realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaharu, iaitu realme 3. realme Malaysia merupakan jenama telefon pintar yang beriltizam mencipta pengalaman bermutu tinggi buat anak muda dengan mendukung slogan ‘Proud To Be Young”. realme akan menawarkan diskaun eksklusif bagi realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM) sempena Jualan Hari Jadi Ke-7 Lazada pada 27 Mac 2019.

“Siri Realme telah mencatatkan jualan lebih 5 juta unit di seluruh dunia. Sebagai produk terbaharu dalam siri realme, realme 3 bakal menerajui kejayaan jenama ini buat tahun 2019 susulan kejayaan dicapai oleh realme2, realme 2 Pro dan realme C1.

realme 3 mencerminkan usaha kami dalam mempertingkatkan prestasi dan rekaan bagi membawa pelbagai produk dan pengalaman baharu kepada golongan muda. Inilah sebabnya dalam segmen harga ini, kami terus menjadi pilihan pertama dalam kalangan golongan tersebut,” demikian kata  Tiffany Teh, Pengurus Jenama, realme Malaysia.

“Kami berbesar hati kerana realme telah memilih untuk meneruskan pertumbuhan pesatnya dalam pasaran Malaysia melalui gandingan dengan Lazada. Melalui tawaran eksklusif realme sempena Jualan Hari Jadi Ke-7 Lazada, kami mampu membekalkan pelanggan dengan teknologi terkini pada harga yang menarik. Walaupun ianya hari jadi kami, tapi sambutan majlis ini adalah milik anda,” demikian kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.

Rekaan Gradient Unibody menghasilkan rupa bentuk yang lebih anggun, serta badan yang lebih licin dan ringin

realme 3 memaparkan rekaan Gradient Unibody dengan warna-warna berpadanan bagi memberi nafas baharu kepada rekaan telefon pintar, sekaligus membawa pengalaman sentuhan dan visual yang terbaik kepada pengguna dalam segmen ini.

Dalam model terbaharu ini, rekaan badan bersepadu akan menggantikan format rekaan ‘sandwic’ tradisional yang dicirikan oleh skrin di tengah serta bingkai di belakang, maka bingkai tengah tidak lagi diperlukan. Malah, rekaan sebegini juga menjadikan rupa bentuk telefon lebih licin dan ringan pada keseluruhannya bagi menjamin pegangan yang paling sempurna.

Demi memberikan pengalaman visual terbaik kepada pengguna muda, realme3 menggunakan pemadanan warna gradasi, iaitu Dynamic Black dan Radiant Blue. Dynamic Black terdiri daripada gabungan warna hitam dan biru yang dihasilkan melalui semburan cat sebanyak tiga kali untuk mencapai gradasi semula jadi. Warna biru tersebut menggunakan sejenis cat khas yang akan berubah-rubah mengikut perubahan sudut penglihatan. Ia nampak seakan-akan bertukaran warna antara biru dan ungu. Tambahan pula, penggunaan serbuk manik memberikan penutup belakangnya warna yang lebih terang dan mendalam.

Warna Radiant Blue menawarkan satu lagi kesan visual, iaitu kesan cermin yang dihasilkan melalui proses NCVM dengan mengewapkan lapisan reflektif perak ke atas penutup belakang. Kemudian, dakwat biru-hijau lut cahaya disembur ke atasnya bagi menghasilkan kesan warna gradasi.

Nisbah skrin kepada badan yang sangat tinggi, manakala skrin ‘dewdrop’ memberikan pengalaman lebih hebat

Berdasarkan realme 2, realme 3 telah mempertingkatkan skrin takuknya kepada skrin ‘dewdrop’ yang hadir dengan kamera hadapan, sensor cahaya serta sensor jarak. Gagangnya menerapkan “dewdrop” kecil di bahagian atas skrin, sekaligus memberikan nisbah skrin setinggi 88.3%.

realme 3 baharu memberikan sudut pandangan yang lebih luas, maklumat yang dipertingkatkan, serta pengalaman visual yang lebih menakjubkan semasa melihat imej dan video.

Kuasa pemprosesan yang lebih tinggi

Dari segi prestasi, realme 3 dijana pemproses MediaTek Helio P60 yang menggunakan teknologi process 12nm FinFET TSMC terkini. Ia menunjukkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah berbanding cip proses 10nm, sekaligus memberikan realme 3 prestasi tertinggi dalam segmen ini.

Berbanding teknologi proses 14nm sebelum ini, penggunaan kuasa telah dikurangkan sehingga 15%. Di samping itu, P60 menerapkan struktur lapan teras berasaskan empat Cortex-A53 serta empat Cortex-A73 yang berprestasi tinggi. Ia dapat mencecah frekuensi sehingga 2.0GHz. Pemprosesan grafik memerlukan 800MHz/900MHz ARM Mali-G72 MP3 GPU untuk operasi yang sangat lancar.

Di samping itu, P60 dilengkapi APU multi-teras dan multi-berulir, termasuk satu pemproses multi-teras dan pemproses logik kawalan pintar dengan NeuroPilot serta penjadual multi-berulir pintar baharu. Penggunaan kuasanya adalah lebih daripada 2

kali ganda GPU, dan kuasa pemprosesannya mampu mencapai 280 GMAC sesaat – prestasi pemprosesan AI terminal yang tertinggi dalam segmen ini. Dengan teknologi CorePilot 4.0, realme 3 dapat menguruskan tugas berasaskan perkakasan secara lebih berkesan, mengoptimumkan pengurusan kuasa, serta memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan stabil.

Hayat Bateri yang Panjang

realme 3 hadir dengan bateri 4230mAh berkapasiti tinggi yang menggabungkan fungsi penjimatan kuasa pintar untuk prestasi yang bertahan lama. Di samping itu, teknologi CABC (Kawalan Lampu Belakang) dapat menyelaraskan kontras skrin secara dinamik untuk penjimatan kuasa.

Nightscape dan Chroma Boost untuk penggambaran profesional

Perkakasan realme 3 telah dioptimumkan, misalnya dwi-kamera belakangnya telah dinaik taraf kepada kamera sekunder 13MP + 2MP dengan apertur bersaiz f/1.8 dan cermin 5P. Penambahbaikan ini telah memberikan peningkatan yang cukup besar dari segi resolusi, julat dinamik, prestasi warna dan lain-lain.

Lebih-lebih lagi, ia dilengkapi teknologi AI yang mampu memilih pendedahan cahaya yang sesuai berdasarkan latar belakang bagi meningkatkan mutu gambar pada keseluruhannya. Mod Slo-mo pula menyokong rakaman video 90fps/720P, sekaligus menawarkan satu lagi cara menyeronokkan untuk merakam detik-detik indah dalam kehidupan.

Ini adalah kali pertamanya Realme 3 membawa mod Nightscape kepada segmen harga ini, dengan menerapkan teknologi AL, sintesis multi-bingkai serta algoritma anti-gegaran untuk meningkatkan lagi pendedehan cahaya dalam keadaan yang malap. Oleh itu, Nightscape meningkatkan keupayaan kamera untuk digunakan dalam suasana gelap. Selain itu, tahap keperincian gambar juga boleh ditingkatkan dengan menyelaras tumpuan cahaya serta bahagian gelap. Malah, realme 3 juga mampu mengawal gangguan dalam gambar bagi meningkatkan lagi kejelasan gambar pada keseluruhannya.

Bagi memenuhi keperluan golongan muda terhadap kualiti imej, warna dan gaya fotografi, realme 3 juga memperkenalkan mod Chroma Boost yang merangkumi teknologi AI untuk mengenal pasti dan mengoptimumkan latar belakang. Di samping itu, ia mampu meningkatkan julat dinamik, tahap keperincian gambar termasuk bayangan dan cahaya, sekaligus menghasilkan gambar yang lebih seimbang.

Sesetengah warna boleh dioptimumkan untuk mencapai gambar yang lebih jelas, terang, dan menarik berdasarkan pelbagai latar belakang. realme 3 menggunakan algoritma swafoto yang boleh memperbaiki kelihatan kulit, mata, rambut dan lain-lain melalui ciri 296 titik pengesanan wajah. Pengguna juga boleh menyelaras tahap kecantikan berdasarkan citarasa masing-masing.

Antara Muka yang Mesra Pengguna
realme 3 hadir dengan sistem operasi Color OS 6.0 terkini serta menampilkan rekaan tanpa batasan yang menggunakan lebih ruang kosong dan bukannya garis pemisah, untuk mengurangkan ‘retakan’ visual, sekaligus menjadikan antara mukanya lebih berkesan. Di samping itu, realme 3 menggabungkan warna-warna yang jernih lagi lembut bagi meningkatkan lagi tekstur visual dan ciri estatiknya.

realme 3 telah menerapkan pelbagai fungsi yang lebih mudah digunakan untuk memenuhi keperluan pengguna di rantau-rantau berbeza. Contohnya, laci aplikasi di desktop membolehkan pengguna ‘menyimpan’ aplikasi yang jarang digunakan dalam laci mengikut kesukaan mereka. realme 3 juga menyokong nagivasi Andriod P (butang ‘Home’ + kunci kembali). Butang ‘Home’ boleh diluncurkan ke atas untuk multitugas, manakala ‘slider’ boleh ditarik ke kiri dan kanan untuk menukarkan aplikasi secara pantas.

realme 3 telah menambah baik sebanyak 20 fungsi sistem berdasarkan cadangan pengguna serta maklum balas daripada media sosial dan orang ramai, seterusnya meningkatkan lagi kemudahan penggunaannya secara komprehensif.

realme telah berganding tangan dengan pengamal seni cat air tempatan, Joee Cheong, untuk mereka dua kes telefon edisi terhad yang eksklusif bagi realme 3. Koleksi kes telefon ini dinamakan “Galaxy Inspired Collection” menzahirkan tafsiran kreatif Joee terhadap galaksi, berdasarkan rekaan warna gradasi telefon ini. Ia akan ditawarkan sebagai hadiah percuma bagi 50 pelanggan bertuah yang membeli realme 3.   Pertandingan Bakat Muda Realme Dalam usahanya untuk terus bekerjasama dengan para pelajar di seluruh negara, realme akan menganjurkn pertandingan Bakat Muda buat julung kali, bermula hari ini hingga 8 April untuk mendengar tafsiran kreatif mereka berkaitan soalan “Siapa itu realme?” dan “Apakah tafsiran anda untuk perkataan ‘Muda’?” dalam bentuk penyertaan video, foto, dan seni (seni cat air, coret dan lukisan).   Pertandingan ini terbuka kepada para pelajar universiti di Malaysia dari Sunway University, University Malaya, One Academy, INTI University serta Management & Science University (MSU). Mereka berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti telefon pintar realme 2 Pro serta baucer Shopee bernilai RM 100. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myrealme.my/young-talent-contest/   Tempat Jualan dan Harga realme 3 realme 3 boleh didapati dalam dua versi: 3GB RAM + 32GB ROM, dan 4GB RAM + 64GB ROM. Ia didatangkan dalam tiga warna: Classic Black, Dynamic Black dan Radiant Blue.   Pelanggan boleh mendapatkan realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM) di jualan kilat Lazada pada 27 Mac dengan harga istimewa RM549. Untuk maklumat lanjut tentang jualan dalam talian Lazada, sila layari https://bit.ly/2Wm3AWZ  

Rekaan kes telefon eksklusif

Mereka juga boleh mendapatkan realme 3 daripada lebih 1,000 wakil jualan realme di seluruh Malaysia bermula 6 April dengan harga permulaan: realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM): RM 599realme 3 (4GB RAM + 64GB ROM): RM 699

Untuk senarai lengkap wakil jualan realme, sila layari https://myrealme.my/locate-us/

© 2023 BlackButterfly DesignArts