Pulau Redang Destinasi Pilihan Kami Kehadiran hujung minggu yang panjang sempena cuti umum Hari Buruh pada awal bulan Mei yang lalu telah memberikan kesempatan kepada kami sekeluarga untuk berkunjung ke Pulau Redang. Coral Redang Island Resort telah menjadi pilihan penginapan kami semasa berada di pulau tersebut iaitu selama empat hari dan tiga malam. Pulau Redang merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Pantai Timur Malaysia baik untuk pelancong tempatan maupun dari luar negara terutama sekali ketika musim cuti sekolah dan cuti umum.

Pulau Redang Destinasi Pilihan Kami Kehadiran air laut yang jernih, langit yang cerah dan pantai yang bersih menyambut ketibaan kami di Pulau Redang.  Selain daripada itu, pendekatan baru yang lebih teratur dan berpusat telah diperkenalkan dalam mengurus ketibaan dan penghantaran tetamu ke tempat penginapan masing-masing di pulau ini. Pendekatan ini berjaya meminimakan kadar pencemaran yang mungkin akan berlaku jika ketibaan bot dibenarkan secara terbuka.

Pulau Redang Destinasi Pilihan KamiKemesraan kakitangan di Coral Redang Island Resort semasa menyambut kami menghilangkan rasa penat dalam mengharungi perjalanan ke pulau ini. Kami turut terpesona dengan pengubahsuaian yang telah dilakukan ke atas unit penginapan yang memberikan keselesaan yang sesuai mengikut keperluan termasuk untuk sebuah keluarga dengan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Pemilihan menu untuk buffet bukan sahaja menyelerakan malah sesuai serta memenuhi setiap citarasa untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Pulau Redang Destinasi Pilihan KamiAktiviti snorkeling di mana pengunjung di bawa dengan bot laju ke taman – taman laut yang berlainan diberikan sentuhan peribadi menerusi layanan dan penjagaan tersendiri oleh kakitangan resort berkenaan. Apa yang paling menarik untuk kami sekeluarga ialah apabila kami terpaksa berjalan kaki dari pantai menuju ke bot laju dengan mengharungi air laut sehingga ke paras pinggang.  Keadaan ini memerlukan pengunjung menggunakan beg kalis air untuk memastikan barangan yang dibawa mereka tidak basah. Pihak resort amat prihatin dengan aspek keselamatan di mana mereka sentiasa memastikan kami sekeluarga memakai jaket keselamatan sepanjang lawatan ke taman laut yang terbabit.

Pulau Redang Destinasi Pilihan KamiAktiviti snorkeling telah membawa kami ke tempat-tempat yang mempunyai hidupan laut seperti ikan, rumpai laut dan juga penyu.  Pendekatan yang terkawal serta tidak terlalu berteraskan komersil menjadikan aktiviti snorkeling lebih menarik oleh kerana tiada kesesakan berlaku yang disebabkan oleh kehadiran terlalu ramai pengunjung pada satu-satu masa.  Kami telah berpeluang untuk menikmati satu pengalaman snorkeling yang indah dengan air yang jernih yang membolehkan kami melihat batu karang dan hidupan marin yang berwarna warni.  Anak-anak saya telah menikmati satu pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan apabila berpeluang memberikan makanan roti kepada ikan-ikan yang pelbagai warna dan saiz.  Anak saya begitu teruja apabila melihat “Little Nemo” berenang di antara rumpai laut dan batu karang.

Pulau Redang Destinasi Pilihan KamiPulau Redang Destinasi Pilihan KamiPengalaman melihat matahari terbit di tepi pantai adalah pengalaman yang menakjubkan. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah ini dengan kamera masing-masing. Kewujudan persisiran pantai yang panjang juga memberikan peluang kepada pelancong untuk melakukan aktiviti beriadah seperti berjalan dan juga berjoging setiap hari.

Pulau Redang Destinasi Pilihan KamiPulau ini semestinya dapat memberikan pengalaman percutian yang amat sempurna dan menyenangkan jauh dari suasana hiruk pikuk kehidupan bandar Kuala Lumpur. Kami berharap untuk dapat melawat Pulau Redang dan menginap di resort yang sama di masa hadapan.

Teks: Nurlina Hussin