Ayam Brand™ berkongsi tips untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan tuna mampan

Shah Alam, 26 April 2017 –Jika anda sukakan tuna ketahuilah bahawa anda bukan keseorangan kerana tuna adalah antara ikan kegemaran dunia. Ramai dalam kalangan kita menikmati tuna di dalam salad, sanwic, kari, sushi dan inti piza.

Tuna bukan sahaja mempunyai rasa yang lazat, ia juga baik untuk kesihatan. Tuna merupakan sumber terbaik untuk “lemak sihat” termasuklah DHA & EPA dan Omega-3 yang amat penting tetapi asid lemak berkenaan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Omega-3  boleh membantu untuk mencegah penyakit jantung koronari; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; memperbaiki penyerapan vitamin; menjaga sistem imunisasi yang sihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Omega 3  juga amat penting dalam perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Dalam kalangan kepulauan Pasifik terutamanya bagi pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian Nauru (PNA) yang mengawal penangkapan ikan tuna skipjack mampan, tuna adalah sumber pendapatan utama kerajaan-kerajaan di kepulauan berkenaan serta menjadi sumber makanan utama untuk para penduduknya.

Tuna liar yang hidup dalam kumpulan besar merupakan tangkapan yang paling sesuai untuk bot perikanan komersil dan ini menyebabkan ia menghadapi ancaman kepupusan akibat penangkapan yang tidak terkawal.

Bagi meningkatkan kemungkinan untuk generasi masa hadapan menikmati kelazatan, khasiat dan kebaikan ekonomi ikan yang menakjubkan tersebut, bermula pada tahun ini, setiap 2 Mei telah diiktiraf sebagai Hari Tuna Sedunia oleh masyarakat antarabangsa bagi memberikan penekanan terhadap kepentingan sosio-ekonomi ikan yang banyak dimakan oleh manusia di seluruh dunia.

Seperti yang diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung PBB, Hari Tuna Sedunia akan menjadi petanda kepada komitmen badan dunia berkenaan untuk meningkatkan kesedaran global mengenai “peranan penting tuna”dalam keselamatan makanan dan kesejahteraan ekonomi kebanyakan negara serta terhadap ancaman serius yang dihadapi oleh kemampanan jangka panjangnya.

Tiada spesis ikan yang lain diberikan hari untuk diiktiraf peringkat antarabangsa.

Seiring dengan hari tuna antarabangsa, Ayam Brand™ yang merupakan salah satu daripada pembekal utama tuna dalam tin akan berkongsi dengan anda tips-tips untuk membantu lebih ramai orang merasai keenakan serta mendapatkan khasiat kesihatan tuna di samping membantu negara-negara yang bergantung kepada tangkapan tuna secara mampan.

Kenali Tuna Anda

Ikan tuna skipjack masih banyak terdapat di lautan dunia dan tidak ditangkap secara berleluasa. Skipjack ialah tuna kecil yang mampu membiak serta membesar dengan pantas tetapi mempunyai jangka hayat pendek, menjadikan sepsis ini mampu bertahan terhadap tekanan tangkapan.

Bagi memberikan perubahan terhadap usaha menjaga kemampanan tuna, Ayam Brand™ menggalakkan pembelian tuna daripada spesis yang tidak terancam serta tidak ditangkap secara berlebihan. Produk tuna dalam tin Ayam Brand™ mengutamakan penggunaan ikan tuna skipjack.

Lokasi Tuna Yang Betul

Lokasi memainkan peranan penting dalam kemampanan tuna. Di sesetengah lokasi kawasan, tuna mungkin menghampiri kepupusan berbanding lokasi-lokasi lain. Spesis yellowfin ditangkap secara berlebihan di Lautan India tetapi ia banyak terdapat di Lautan Pasifik. Tuna yellowfin dan skipjack di dalam produk tuna dalam tin Ayam Brand™ ditangkap di kawasan yang diselia oleh Suhanjaya Perikanan Pasifik Barat dan Tengah (WCPFC) serta Persatuan Pengurusan Perikanan Wilayah (RFMO) di Lautan Pasifik supaya tidak ditangkap secara berlebihan. Pada setiap pembelian tuna Ayam Brand™ kegemaran anda, terdapat maklumat untuk menyedarkan para pengguna tentang pemilihan tuna yang betul bagi membantu kemampanannya serta memperkasakan komuniti perikanan kecil.

Ditangkap Dengan Betul

Joran, tali tangsi serta tali tangsi tangan adalah kaedah tradisional yang mesra secara sosial dan alam sekitar. Menggunakan kaedah “seorang nelayan, sebentuk kail, seekor ikan” para nelayan menangkap seekor ikan pada satu-satu masa. Kaedah yang menggunakan para nelayan yang berkemahiran ini mampu mencegah penangkapan tuna secara berlebihan serta memastikan mereka mempunyai sumber pendapatan.

Kaedah-kaedah ini juga memastikan bekalan tuna dipelihara di samping memelihara spesis-spesis lain seperti jerung, paus, ikan lumba-lumba dan penyu dengan menghalang hidupan-hidupan ini daripada terperangkap di dalam pukat.

Perhatikan label “joran dan tali tangsi” atau “ditangkap secara tangan” ketika memilih tuna untuk dibeli agar anda mendapat kelegaan dengan mengetahui bahawa ikan tersebut ditangkap daripada sumber mampan dan dalam masa sama anda menyokong  komuniti perikanan kecil.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nicholas Nyeow berkata, jenama tersebut menyokong penuh dan memperakui bahawa hari tuna antarabangsa merupakan satu langkah untuk menyedarkan orang ramai agar mereka lebih  menghargai makanan yang dimakan.

“Kerap kali kita tidak menghargai makanan yang diambil. Hari Tuna Antarabangsa membantu kita untuk menghargainya. Walaupun tuna amat enak dan menyihatkan, ia perlu di tangkap secara mampan agar generasi masa hadapan juga boleh menikmatinya serta membantu komuniti yang bergantung terhadapnya sebagai sumber utama kehidupan mereka dapat dipelihara. Ayam Brand™ berbangga untuk menyokong Hari Tuna Sedunia dan akan berkongsi tips-tips untuk memberikan pengguna pilihan tuna mampan,” kata beliau.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™ sila lawati pautan http://www.ayambrand.com.my/about-us/sustainability

By | 2017-04-28T23:38:02+00:00 April 28th, 2017|Siaran Media|Comments Off on Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Isytihar 2 Mei Adalah Hari Tuna Sedunia Sebagai Pengiktirafan Kepada Peranan Penting Tuna