OPPO Find X Telefon Futuristik Terbaik dilancarkan di Malaysia, Penanda Aras bagi Tren Industri Telefon Pintar

Kuala Lumpur, 17 Julai 2018 – Jenama global telefon pintar OPPO telah melancarkan OPPO Find X di Setia City Convention Centre hari ini. Find X  merupakan telefon pintar terbaik dengan gabungan pelbagai teknologi inovatif dan reka bentuk canggih yang mencerminkan usaha dan penerokaan berterusan syarikat bagi masa depan telefon pintar.

OPPO telah berkembang dengan baik dalam pasaran Malaysia selama empat tahun setengah dan telah meninggalkan tanda aras mereka yang tersendiri dari segi inovasi dan penggunaan. Peranti-peranti OPPO telah dioptimumkan bagi memberikan prestasi yang lebih baik supaya boleh dihargai oleh setiap pengguna telefon pintar dan OPPO mahu terus memacu pencapaian tertinggi dengan pelancaran OPPO Find X yang futuristik di Malaysia.

“Pasaran Malaysia terus berkembang jadi kami perlu kekal bersaing di hadapan. OPPO Find x telah direka dengan baik bagi memberikan pengguna bukan sahaja sebuah peranti yang cantik dipandang tetapi juga memberikan suatu pengalaman yang hebat,” kata William Fang, CEO OPPO Malaysia.

“Walaupun kami telah merasai kejayaan dan telah menerima pengiktirafan dari para pengguna kami di Malaysia melalui OPPO F7 dan OPPO R15 Pro, kami masih lagi mahu terus memperbaiki dan memberikan pengalaman-pengalaman yang mengagumkan kepada para pengguna kami. Dengan membawakan Find X ke Malaysia, kami berharap untuk bertapak di pasaran premium telefon pintar Malaysia dan membawakan lebih banyak kemungkinan kepada para pengguna telefon pintar. Sebagai balasan kepada sokongan pengguna, kami mahu meneruskan perjalanan kami kearah kesempurnaan untuk mengangkat pengalaman pengguna kami, kerana kami percaya bahawa telefom pintar bukan sekadar alat komunikasi tetapi juga sebuah karya seni. Saya dengan bangganya mengatakan bahawa Find X adalah bukti falsafah ini.” akui William.

Semasa pelancaran, Pengurus Negara (Country Manager) Qualcomm® bagi Malaysia, Thailand dan Filipina telah hadir bagi menyatakan visi beliau dan berkongsi pencapaian-pencapaian yang telah dicapai semasa kerjasama dengan OPPO.

Selain itu, OPPO juga telah mengumumkan satu kerjasama strategik global dengan Automobil Lamborghini S.p.A (“Lamborghini”) pada pelancaran Find X. Ini adalah kerjasama pertama ekslusif diantara jenama telefon pintar terkemuka dan jenama kereta hebat premium. Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini telah diumumkan pada majlis tersebut.

“Kerjasama dengan Automobil Lamborghini ini adalah penanda aras utama bagi OPPO untuk kami melangkah lebih jauh dalam perniagaan global kami disamping memberikan para pengguna kami telefon pintar yang tiada bandingan dan berkualiti tinggi.“ tambah beliau.

 

OPPO Find X Telefon Futuristik Terbaik dilancarkan di Malaysia

OPPO Find X melengkapi Perlakuran Seni dan Teknologi

Dikuasakan oleh platform mudah alih Qualcomm® Snapdragon™ 845, OPPO Find X didatangkan dengan skrin gerbang panaromik 6.42 inci dengan nisbah skrin pelopor industri sebanyak 93.8 peratus dan menampilkan kamera stealth 3D penuh di hadapan dan belakang badan telefon pintar. Kamera-kamera stealth 3D  menggunakan struktur menggelongsor yang memberikan telefon reka bentuk yang lebih berkelim dan semula jadi untuk pengendalian yang tiada tandingan.  Tambahan lagi, OPPO Find X juga menampilkan Dwi Kamera 16MP dan 20MP serta Sistem Color OS 5.1 AI Intuitive yang mengagumkan.

Find X menampilkan teknologi pengecaman wajah 3D OPPO yang menggunapakai lampu berstruktur bagi pengenalan wajah.  Teknologi ini adalah 20 kali lebih selamat dari sekuriti cap jari dan berguna bagi pembayaran-pembayaran mudah alih. Teknologi pengecaman wajah 3D OPPO juga menyediakan kesan kamera lifelike dan 3D bagi pengeditan gambar yang lebih canggih dan fungsi ekspresi wajah 3D Omoji bagi aplikasi sosial dan chat.

OPPO dan Automobili Lamborghini Membina Kerjasama Strategik Global, Berfaedah kepada Pengguna-pengguna Seluruh Dunia

Kerjasama diantara OPPO dan Automobili Lamborghini akan meliputi pelbagai bidang termasuk produk, reka bentuk, teknologi, operasi perniagaan dan pemasaran. Kerjasama ini akan memberikan pengguna seluruh negara produk-produk yang lebih hebat dan kedua-dua syarikat akan sepenuhnya menggunakan kekuatan masing-masing dalam menghasilkan penjenamaan bersama telefon pintar dan produk-produk.

Bagi edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini, kerjasama diantara dua syarikat  menampilkan teknologi Pengecasan Pantas SuperVOOC dan menampilkan tekstur fiber karbon kecerunan yang telah dibina menggunakan teknik istimewa. Pada masa hadapan, OPPO dan Automobili Lamborghini akan terus menerokai kemungkinan menggunakan teknologi OPPO VOOC untuk kereta-kereta Automobili Lamborghini.

 

OPPO Find X Telefon Futuristik Terbaik dilancarkan di Malaysia

OPPO Memasuki Eropah, Menambah Empat Negara kepada Perniagaan Globalnya.

Bermula dari Perancis, Itali, Sepanyol dan Netherlands, OPPO merancang untuk berkembang ke banyak lagi pasaran di Eropah selangkah demi selangkah. Untuk lebih memahami tentang keperluan para pengguna di Eropah, OPPO akan menubuhkan pasukan di mana 90 peratus tenaga kerjanya merupakan warga  tempatan serantau.

OPPO sudah mengenalpasti lima pasaran serantau untuk operasi perniagaan luar negaranya termasuk Eropah, Asia Pasifik, Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika (MEA).  OPPO akan melantik ketua perniagaan serantau untuk setiap pasaran iaitu seorang yang boleh membina dan memimpin pasukan pengurusan, operasi dan produk.

Dengan harga RM3,699, pra-pesanan untuk OPPO Find X boleh dibuat bermula dari 17 haribulan Julai 2018 samada dibuat terus di Kedai Konsep OPPO atau melalui laman web rasmi OPPO dan dari rakan-rakan jualan e-commerce OPPO seperti Lazada, 11Street dan Shopee. Pelanggan juga boleh terus ke Celcom Blue Cube sebagai pilihan. Pelanggan yang membuat pesanan secara pra-pesanan akan menerima sebuah Olike Neo berharga RM376.

OPPO Find X Telefon Futuristik Terbaik dilancarkan di Malaysia

By | 2018-07-18T20:08:21+00:00 July 17th, 2018|Siaran Media|Comments Off on OPPO Find X Telefon Futuristik Terbaik dilancarkan di Malaysia, Penanda Aras bagi Tren Industri Telefon Pintar