NIVEA Menampilkan Keunikan Ros Hokkaido yang Mewah Dalam Deodoran Whitening Deep Serum yang Baharu

Formula Intensif Yang Memulihara Kulit Bawah Lengan Secara Mendalam, Dengan Esen Ros Hokkaido Untuk Haruman Berkekalan Dan Kesegaran Sepanjang Hari

Kuala Lumpur, 31 Julai 2019 – Keindahan Ros Hokkaido, yang bermekar hanya setahun sekali, adalah tumpuan utama dalam Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baharu, menawarkan cara yang baru untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari!

Deodoran ini menggunakan formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan, untuk memberikan pengguna 3x tindakan iaitu, ia memulih dari dalam, menjadikan kulit bawah lengan yang lebih cerah dan licin, serta mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari.

“Sebagai jenama dan peneraju nombor satu dalam pasaran deodoran, NIVEA dengan bangganya memperkenalkan produk baru ini yang mengandungi esen Ros Hokkaido yang sangat unik dan berharga kepada wanita Malaysia. Dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif, formula eksklusif ini memulihara dan mencerahkan kulit, dan pada masa yang sama menawarkan haruman yang mewah lembut. Dengan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baharu ini, wanita akan menikmati wangian yang tahan lama untuk kesegaran dan keyakinan sepanjang hari, “kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Keunikan Ros Hokkaido ini bersertakan rangkaian produknya yang mengujakan telah memberikan inspirasi kepada pereka fesyen terkenal Malaysia, Melinda Looi untuk merekakan koleksi ‘bespoke’ eksklusif yang merangkumi enam busana menawan.

“Kisah Ros Hokkaido yang menarik telah memperhalusi visi saya untuk koleksi istimewa ini dengan menangkap keunikkan serta kemewahan intipati bunga tersebut. Yang pasti, saya mahu setiap wanita untuk merasai keunikan dan kecantikan bak bunga Ros Hokkaido sebaik saja menyarung salah satu rekaan saya”, jelas beliau.

Artis tempatan Farah Nabilah turut menyerikan majlis pelancaran dengan mengabungkan busana yang dipakai bersama inspirasi utamanya, Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose.

“Saya amat menyukai cara pakaian saya menonjolkan yang terbaik pada diri saya, sementara Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose menyerlahkan keyakinan saya dengan aroma mewahnya. Ia amat mengujakan untuk meraikan kekuatan dalaman yang ada dalam setiap wanita; kita semua berhak untuk merasai sentuhan kemewahan dalam kehidupan, sama ada menerusi pakaian dari pereka fesyen untuk acara istimewa mahupun sentuhan wangian Ros Hokkaido yang menawan dan boleh membantu kita mengharungi setiap hari dengan penuh keyakinan”, jelas Farah.

Turut hadir menyerikan majlis pelancaran adalah penyanyi popular Joey Chua, pengguna dan peminat rangkaian terbaru Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum.

“Selepas menggunakan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose, saya mendapati kulit bawah lengan saya kelihatan lebih licin dan berseri. Ini sangat penting bagi saya sebagai penghibur yang sentiasa berada di atas pentas, kerana menggunakan deodoran NIVEA memberikan saya keyakinan dan kesegaran setiap kali saya membuat persembahan atau berada di atas pentas. Tambahan pula, saya suka sangat wangiannya! “jelas Joey.

Nikmati Keyakinan Ros!

Dari 31 Julai hingga 4 Ogos, orang ramai dialu-alukan untuk menikmati pengalaman bertemakan ros di concourse North Court, Mid Valley Megamall yang kini digubah menjadi Concourse Floral yang tersergam indah dengan taman ros mini. Acara di concourse ini mempamerkan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose dan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura, selain produk-produk NIVEA lain yang berinspirasikan bunga ros. Ketahui lebih lanjut tentang bunga kegemaran dunia ini, dan gubah jambangan ros mini untuk setiap pembelian sebanyak RM40! Akhir sekali, tangkap gambar akan momen-momen ini, menggunakan tanda pagar #rosyconfidence dan #mynivea!

Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose and Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam roll-on 50ml dan botol semburan 150ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM12.50 dan RM17.50. Ikuti www.facebook.com/mynivea untuk informasi terkini atau untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA, sila layari https://www.nivea.com.my/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts