Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia bakal Anjurkan Walk-A-Mile ke-15

[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ last=”yes” spacing=”yes” center_content=”no” hide_on_mobile=”no” background_color=”” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” background_position=”left top” hover_type=”none” link=”” border_position=”all” border_size=”0px” border_color=”” border_style=”” padding=”” margin_top=”” margin_bottom=”” animation_type=”” animation_direction=”” animation_speed=”0.1″ animation_offset=”” class=”” id=””][fusion_title size=”2″ content_align=”left” style_type=”default” sep_color=”” margin_top=”” margin_bottom=”” class=”” id=””]

Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia bakal Anjurkan Walk-A-Mile ke-15
Meningkatkan Kesedaran terhadap Kesihatan Jantung

[/fusion_title][fusion_text]KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Ogos, 2016 /PRNewswire/ — Bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mula menjaga kesihatan jantung mereka dan bukannya hanya ketika simptom penyakit jantung telah dikenal pasti, jenama-jenama seperti Nestle Omega Plus mempunyai satu misi untuk menjadi penyokong kesihatan jantung di Malaysia . Tanggal 3 September bersamaan dengan hari Sabtu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan muda dan berusia akan berhimpun di Lake Gardens (Taman Botani Perdana) sempena program Walk-A-Mile, iaitu aktiviti berjalan kaki terpanjang diMalaysia sebagai sokongan terhadap kesihatan jantung, dianjurkan secara bersama oleh Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM).[/fusion_text][fusion_images picture_size=”auto” hover_type=”zoomin” autoplay=”yes” columns=”5″ column_spacing=”13″ scroll_items=”” show_nav=”yes” mouse_scroll=”no” border=”yes” lightbox=”yes” class=”” id=””][fusion_image link=”” linktarget=”_self” image=”http://ramarama.my/wp-content/uploads/2016/08/Nestle-Omega-Plus-dan-Yayasan-Jantung-Malaysia-01.jpg” alt=”Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia bakal Anjurkan Walk-A-Mile ke-15″/][/fusion_images][fusion_text]Walk-A-Mile oleh Susu Nestle Omega Plus dan YJM menggalakkan rakyat Malaysia bergerak aktif untuk menjamin kesihatan jantung.

“Sejak 14 tahun lalu, Nestle Omega Plus telah berusaha mendekati rakyat Malaysiauntuk menjaga dan mengambil berat terhadap jantung mereka melalui program Walk-A-Mile dengan kerjasama YJM. Kami dengan penuh sukacita berharap dapat berkongsi aktiviti berkaitan kesihatan jantung dengan semua pihak sempena Walk-A-Mile. Usaha menjaga jantung tidak semestinya melibatkan langkah yang amat besar, namun cukup dengan menaiki anak tangga atau menukar makanan yang manis dengan buah-buahan segar, selain meminum dua gelas Nestle Omega Plus yang mempunyai tambahan sterol tumbuhan pada setiap hari bagi menjaga tahap kolesterol demi meningkatkan tahap kesihatan jantung anda,” kata Ng Su Yen , Pengurus Eksekutif Perniagaan, Milks of Nestle Malaysia.

Usaha pencegahan bagi menjaga kesihatan jantung tidak dititikberatkan oleh kebanyakan golongan dewasa di Malaysia , memandangkan penyakit jantung sering dilihat sebagai penyakit yang hanya dihidapi oleh warga tua 1 . Kajian membuktikan bahawa hal ini tidak benar, sebaliknya rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan tiga puluhan kini lebih cenderung mempunyai pembuluh darah yang serupa dengan mereka yang berusia tujuh puluh tahun disebabkan oleh gaya hidup mereka 2 . Kenyataan yang menyedihkan ialah rakyat Malaysia mula mengalami penyakit jantung pada usia muda.

Bagi ibu tunggal, Linda Chan , 57, waktu kerja yang panjang ketika muda, serta menikmati hidangan makanan laut yang kerap bersama keluarga apabila makan di luar menjadi cabaran buatnya untuk menjaga kesihatan jantungnya. Bagi memastikan keseimbangannya, beliau akan cuba menjaga pemakanannya dengan lebih baik pada keesokan harinya, seperti hanya memilih hidangan makanan yang dikukus di rumah dan meminum susu dengan tambahan sterol tumbuhan bagi menghalang penyerapan kolesterol.

“Beberapa orang rakan saya telah meninggal dunia ketika sedang tidur pada usia 37 tahun disebabkan oleh masalah jantung,” kata beliau. “Penyakit jantung atau kematian tidak hanya berlaku pada individu yang seusia dengan saya. Kolesterol dan masalah jantung tidak berlaku serta merta dan saya pasti akan menggesa anak perempuan saya untuk berusaha menjaga kesihatan jantung seawal mungkin.”

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2015 mendedahkan bahawa hampir 20 juta rakyat Malaysia berusia melebihi 18 tahun berisiko mengalami penyakit tidak berjangkit (NCD), yang seterusnya mungkin menyebabkan berlakunya masalah jantung. Satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah tinggi kolesterol. Penyakit jantung mula berlaku dalam pelbagai cara, sama ada serangan jantung, penyempitan saluran arteri, ritma jantung yang tidak normal, injap jantung atau otot jantung yang rosak serta kemerosotan fungsi saluran darah, antara lainnya. Secara keseluruhan, kesemua ini dikenali sebagai penyakit jantung kardiovaskular atau CHD.

Pengurusan kesihatan jantung secara holistik melibatkan pemeriksaan perubatan secara tetap, senaman setiap hari dan mengambil makanan yang seimbang.

[/fusion_text][fusion_images picture_size=”auto” hover_type=”zoomin” autoplay=”yes” columns=”5″ column_spacing=”13″ scroll_items=”” show_nav=”yes” mouse_scroll=”no” border=”yes” lightbox=”yes” class=”” id=””][fusion_image link=”” linktarget=”_self” image=”http://ramarama.my/wp-content/uploads/2016/08/Nestle-Omega-Plus-dan-Yayasan-Jantung-Malaysia-02.jpg” alt=”Nestle Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia bakal Anjurkan Walk-A-Mile ke-15″/][/fusion_images][fusion_text]Terdapat 3 faktor utama bagi menjaga kesihatan jantung secara holistik. Sasarkan untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari – Persatuan Jantung Amerika mencadangkan kombinasi antara aktiviti yang sederhana dan bertenaga selama tiga puluh minit setiap hari, lima kali seminggu. Apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh dan dapat membakar kalori dianggap sebagai aktiviti fizikal. Berjalan kaki dengan lebih kerap juga merupakan kaedah berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung.

Walaupun anda tidak mengalami sebarang masalah berkaitan jantung, penting untuk anda melakukan pemeriksaan tahap kesihatan jantung bersama doktor anda. Dapatkan maklumat berkenaan angka anda berkaitan: tekanan darah, kolesterol, kadar jantung, gula dalam darah dan berat. Kesemua angka ini akan membantu menyediakan penanda aras bagi menjalani pemeriksaan yang seterusnya.

Ambillah makanan yang seimbang. Ketika di meja makan, penuhkan separuh daripada pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, minumlah susu dengan tambahan sterol tumbuhan bagi menghalang penyerapan kolesterol ke dalam saluran darah. Sterol tumbuhan amat berkesan bagi merendahkan tahap kolesterol. Menurut Heart UK, Cholesterol Charity, sterol tumbuhan dapat merendahkan tahap kolesterol sehingga 10% apabila diambil dalam dos optimum dan menjadi sebahagian daripada pemakanan rendah lemak tepu hanya dalam tempoh 3 minggu. Sterol tumbuhan ini dianggap sebagai satu-satunya nutrien paling berkesan yang dapat merendahkan tahap kolesterol menerusi cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sterol tumbuhan terdapat dalam jumlah yang sedikit dalam kebanyakan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kacang dan bijian. Namun begitu, anda perlu mengambil jumlah yang tinggi bagi kesemua bahan ini bagi memastikan sterol tumbuhan memberi kesan terhadap tahap kolesterol anda. Dengan Nestle Omega Plus, anda hanya perlu mengambil dua gelas susu setiap hari bagi mengawal tahap kolesterol anda.

Jagalah kesihatan jantung anda sekarang dan daftarlah melalui https://mro.myraceonline.com/wohd16/registrations untuk menyertai Walk-A-Mile 2016[/fusion_text][fusion_text]

1 Caring For The Heart. Prof Datuk Paduka Dr Wan Azman Wan Ahmad, Profesor Perubatan dan Kardiologi. 21-Dis-15 17:10
Diambil daripada http://www.bfm.my/wan-azman-wan-ahmad-cardiology-caring-for-heart.html
2 Renganayar, C. (2016, April 24). Young people, ageing arteries. New Straits Times Online.
Diambil daripada http://www.nst.com.my/news/2016/04/141124/young-people-ageing-arteries

[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

© 2023 BlackButterfly DesignArts