Membawa Perubahan PAWsitif

PURINA perkasakan pemilik haiwan peliharaan dengan pengetahuan dan inovasi untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan haiwan kesayangan mereka.

Selangor, 1 Disember 2018:  Memahami bagaimana haiwan peliharaan menjadi sebahagian integral dalam kehidupan keluarga moden, PURINA melancarkan kempen ‘Make a PAWSitive Difference’ untuk memperkasakan pemilik haiwan peliharaan dengan inovasi dan pengetahuan yang akan membantu mereka membuat pilihan yang lebih baik dan lebih bermakna, dan seterusnya membawa perubahan positif ke dalam kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan mereka.

Kempen yang dilancarkan di Sunway Nexis ini dimulakan dengan perbincangan panel bersama pakar-pakar industri; dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan; serta kehadiran selebriti Bujibu Chempel, Johan and his cats dan The Als Malaysian Cat. PURINA bersama pakar dan selebriti ini memperlihatkan inovasi baharu PURINA dan memberikan nasihat mengenai kesihatan dan interaksi kucing.

“Semenjak 85 tahun, PURINA berpegang teguh pada kepercayaan bahawa haiwan peliharaan dantuan mereka melangkapi satu sama lain. Ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus menambah baik pemakanan haiwan peliharaan, dan hari ini, kami dengan bangganya melancarkan tiga inovasi baharu, iaitu PURINA ONE, FancyFeast, dan Felix sebagai sebahagian daripada kempen ‘Makea PAWsitve Difference’ (Lakukan Perubahan Positif) kami. Inovasi ini dibuat dengan mengambil kira nutrisi haiwan peliharaan anda, dan dengan itu mengandungi ramuan yang sewajarnya dan berkualiti, yang diperlukan oleh haiwan peliharaan anda untuk kekal aktif dan sihat,” kata LamPui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Purina Petcare, Nestlé Purina Malaysia

Dengan PURINA ONE, pemilik kucing dapat melihat perubahan ketara pada kucing mereka dalam masa tiga minggu. Sejak minggu pertama, pemilik boleh melihat kucing mereka lebih bertenaga dan sistem penghadaman yang lebih sihat pada minggu kedua. Pada minggu ketiga, mereka dapat melihat bulu kucing mereka lebih berkilat. Purina ONE mengandungi ramuan berkualiti tinggi dengan lebih 30% protin, di mana daging merupakan ramuan utama.

Memahami bahawa kucing menggemari pelbagai makanan tekstur yang berperisa lazat, Fancy Feast Dry Gourmet Food kini boleh didapati dalam bungkusan lebih besar untuk menambah kemudahan. Bersama dengan pelbagai pilihan Makanan Basah, Fancy Feast DryGourmet Food melengkapkan pengalaman kuliner makanan yang digemari oleh kucing. Ini terbukti apabila Fancy Feast menjadi pilihan kucing selebriti Malaysia, Bujibu Chempel.

Makanan basah Felix baharu, dibuat berlandaskan resipi Jepun, ia mengandungi ketulan daging panggang dalam jeli perang keemasaan dengan bau yang menambah selera. Felix boleh didapati dalam enam jenis — Tuna untuk kucing dewasa, Salmon, Ayam, Makerel, Sardin dan Tuna untuk anak kucing.

Selain daripada itu, semua produk makanan kucing PURINA disahkan ‘SUCI BERSIH’. Ini bermakna semua ramuan yang digunakan mematuhi Undang-Undang Syariah. Logo yang dipaparkan pada bungkusan telah diluluskan oleh Islamic Food Research Centre(Hong Kong) Co., Ltd., ahli Majlis Halal Dunia.

Untuk membantu pemilik haiwan peliharaan memahami nutrisi secara lebih baik, PURINA telah menjemput Dr Hasliza Abu Hassim, pensyarah kanan yang bertugas di Jabatan Sains Praklinikal Veterinar, Universiti Putra Malaysia untuk berkongsi pengetahuannutrisi haiwan peliharaan. Semasa perbincangan panel, Dr Hasliza menjelaskan jenis-jenis makanan yang sesuai dimakan oleh kucing. Beliau juga menekankan kepentingan pemahaman keperluan nutrisi kucing dan manfaat pemberian makanan kucing daripada sisa makanan manusia.

“Pada zaman sekarang kita sering dihujani pelbagai maklumat dalam talian dan luar talian, hampir mustahil untuk kita mengetahui maklumat betul yang patut kita ikuti. Oleh itu, kami teruja dengan kehadiran Dr Hasliza dan Johan di sini bersama kami untuk memberi nasihat dan menceritakan pengalaman mereka kepada pemilik haiwan peliharaan untuk membantu mereka lebih memahami keperluan haiwan peliharaan masing-masing dan membawa perubahan PAWsitif dalam haiwan peliharaan,”kata Pui Yuee.

PAWS Animal Welfare Society(PAWS) berada di kempen untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang adopsi haiwan, mendidik orang ramai tentang cabaran operasi tempat perlindungan haiwan, dan sumbangan yang boleh diberi oleh orang ramai. Ini dilakukan melalui aktiviti di gerai mereka dan melalui sesi perkongsian oleh pengurus perlindungan PAWS, Edward Lim.

Sempena pelancaran inovasi dan produk baharunya, PURINA akan membekalkan makanan haiwan peliharaan kepada PAWS (Persatuan Kebajikan Haiwan) untuk 100 haiwan peliharaan selama 100 hari, dengan harapan haiwan ini akan mendapat nutrisi secukupnya dan memastikan mereka kekal sihat. PURINA akan juga menyumbangkan 12% daripada jumlah jualan produk di laman Shopee dari 1hbhingga 12hb Disember 2018 kepada PAWS. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Purina untuk kempen ‘Make a PAWSitive’ difference’.

© 2023 BlackButterfly DesignArts