Restoran Sambal HijauRestoran Sambal Hijau
Lot 2990, Kampung Sungai Penchala,
(Sebelah Masjid Kuning),
Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

03-7731 2045
http://www.sambalhijau.my/
http://www.facebook.com/Restoran-Sambal-Hijau-127914977263067

Restoran Sambal Hijau

Jika anda teringin untuk menikmati masakan Melayu asli, kunjungi Restoran Sambal Hijau yang terletak di Kampung Sungai Penchala. Restoran yang terkenal ini menyediakan pelbagai masakan melayu asli. Bermula dari pukul 7.00 pagi, pelbagai sarapan pagi sudah tersedia menanti anda. Di antaranya nasi lemak, lontong, kuih muih, roti bakar, telur setengah masak dan sebagainya.

Juadah tradisional termasuk masak lemak cili api yang merupakan antara masakan kegemaran pengunjung restoran ini.

Beberapa usaha penambahbaikan telah dilakukan untuk memberikan ruang yang lebih selesa kepada pengunjung. Restoran ini sesuai untuk anda membawa famili atau teman-teman menikmati lebih daripada 80 jenis lauk pauk dan sayur sayuran diantaranya seperti ulam, sambal hijau, ayam goreng, ikan bakar dan sup ekor dengan harga yang berpatutan. Restoran ini menyajikan hidangan yang mahal, yang sederhana dan budget mengikut pilihan pengunjung. Terdapat juga pelbagai pilihan dessert dan kuih muih yang disediakan pada setiap hari.

Tempat letak kereta telah pun dikemaskini untuk kesenangan pelanggan yang datang dari jauh mahupun dekat. Masa yang paling sesuai untuk berkunjung untuk menikmati pelbagai hidangan makan tengah hari adalah di antara pukul 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang.

Waktu operasi setiap hari 7.00pagi – 2.00 pagi.

Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau