Lip Hop Memperkenalkan Koleksi  Gel Aqua Jelly

Lip Hop Memperkenalkan Koleksi  Gel Aqua Jelly, Rangkaian Penjagaan Diri Serba Lengkap untuk Kecantikan Rambut, Wajah dan Badan.

Lip Hop juga muncul dengan Rangkaian Pembersih Muka HAPPYCLEANSE dengan reka bentuk pek yang menarik.

SHAH ALAM, 3 Jun 2016 – Anda pernah bergelut dengan beg tangan yang sarat dengan pelbagai produk kecantikan namun tidak menjumpai apa yang anda perlukan sebenarnya?

Inilah masanya untuk anda mendapatkan Aqua Jelly, satu rangkaian produk serba lengkap untuk kecantikan rambut, wajah dan juga badan  daripada jenama Lip Hop k-care. Dengan fungsi 8 dalam 1nya, Aqua Jelly memberikan anda satu inovasi dalam penjagaan kecantikan, dimana ia boleh digunakan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Selain itu, Lip Hop juga memperkenalkan rangkaian produk HAPPYCLEANSE, pembersih muka lengkap untuk kegunaan harian dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

Diformulasi dan merupakan produk buatan Korea, koleksi Aqua Jelly dan HAPPYCLEANSE ini menggunakan ekstrak botani untuk memenuhi kehendak jenis kulit yang berbeza. Kesemua produk Lip Hop telah diuji dan terbukti secara dermatologi bagi membantu anda mengekalkan kejelitaan kulit agar kekal muda dan berseri.

Terdapat didalam pek yang cukup menarik dan berwarna-warni, koleksi produk daripada Lip Hop ini pasti akan mengujakan anda dan menjadikan rutin penjagaan kecantikan harian anda lebih  menyeronokkan.

Anda pastinya akan berasa sungguh bertuah jika memiliki rangkaian produk ini.

Terdapat dalam 4 varian berbeza, koleksi gel Lip Hop Aqua Jelly ini bakal menjadi set penjagaan kecantikan serba lengkap daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki dimana ia memberi anda 8 manfaat berbeza :

  1. Sebagai gel pelembap atau ‘mask’ untuk kulit wajah yang kering.
  2. Asas ‘make – up ‘ untuk wajah yang lebih berseri.
  3. Bertindak sebagai gel selepas bercukur, sesuai untuk muka, bawah lengan dan juga kaki bagi melembapkan kulit yang sensitif.
  4. Sebagai rawatan rambut tanpa rasa melekit.
  5. Digunakan sebagai ‘mask’ untuk penghidratan kulit selepas terdedah pada sinaran matahari.
  6. Untuk melembap dan memelihara kuku
  7. Pelembap serba lengkap dan ideal untuk mereka yang bekerja di persekitaran yang berhawa dingin. Lip Hop Aqua Jelly juga dapat melegakan kawasan mata anda dengan menyapunya menggunakan kapas.
  8. Bertindak sebagai pelembap bibir bagi mereka yang mempunyai masalah bibir pecah.

Rahsia produk ini adalah kandungan pelembapnya yang tinggi dengan formulasi berasaskan air selain diperkaya dengan ekstrak botani.

Lip Hop juga muncul dengan rangkaian penjagaan wajah k:skin buatan Korea, Lip Hop HAPPYCLEANSE. K:skin dan K:care adalah dua tren penjagaan kulit masa kini yang popular di Korea, yang menampilkan produk yang membersih serta melembap tanpa menjadikan kulit anda kering.

Rangkaian pembersih wajah ini didatangkan dengan lima varian bagi memenuhi kehendak jenis kulit yang berbeza. Pembersih wajah ini telah diuji dan terbukti secara dermatologi bagi membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih serta menambah keyakinan diri.

Cik Segolene Defline, Pengarah Jenama Korporat dan Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, berkata:

“Sambutan dan maklum balas terhadap koleksi Lip Hop Suncare yang diperkenalkan pada lewat tahun 2015 adalah sangat positif. Mereka teruja dengan pelbagai manfaat serta pek yang menarik. Ini menunjukkan bahawa terdapat pengguna diluar sana yang mahukan pengalaman penjagaan diri yang terbukti secara dermatologi dan dalam masa yang sama menyeronokkan dan penuh warna warni.

“Dalam arus pembangunan yang serba pantas ini, kami yakin bahawa Lip Hop Happy Cleanse dan Lip Hop Aqua Jelly mampu manambat hati pengguna muda yang memerlukan satu produk lengkap dan mudah dibawa kemana sahaja. Ini adalah produk yang efektif dan dapat membantu para pengguna agar tampil lebih cantik dan berkeyakinan serta dapat merangsang emosi mereka. Tambah beliau lagi, produk ini memenuhi gaya semasa dengan nilai estetik dan keberkesanan dari Korea”.

Lip Hop Aqua Jelly Aloe Moist, RM 19.90

Dapatkan manfaat kelembapan serta antioksidan dengan Lip Hop Aqua Jelly Aloe Moist yang diperkaya dengan ekstrak aloe vera; antara tumbuhan terbaik untuk rejim kecantikan, serta bahan semulajadi yang lain. Ia mampu memberi anda keseronokan dalam penjagaan rambut, wajah, tangan dan badan dengan rasa sensasi kesegaran.

Lip Hop Aqua Jelly Bamboo Soothe, RM 19.90

Ekstrak buluh daripada varian ini dapat melegakan kulit serta memastikan ia kekal sihat. Ia menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana mampu menghapuskan bahan tercemar, minyak dan bahan kimia yang terkumpul pada rambut, sekaligus menjadikan rambut lebih bersinar. Lip Hop Aqua Jelly Bamboo Soothe adalah apa yang anda perlukan bagi memperoleh kesemua manfaat tersebut. Varian ini juga diperkaya dengan madu, blueberry, Portulaca oleracea dan ekstrak witch hazel bagi memberikan pengalaman penjagaan rambut yang sihat dan menyeronokkan.

Lip Hop Aqua Jelly Ice Plant Water Cool, RM 19.90

Legakan diri anda daripada terik matahari dengan Lip Hop Aqua Jelly Ice Plant Water Cool. Varian ini mampu membaiki kulit yang rosak akibat terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, ia juga mempunyai ekstrak teratai putih serta witch hazel untuk melembapkan kulit.

Lip Hop Aqua Jelly Dragon Blood Fresh, RM 19.90

Dapatkan khasiat dragon blood dengan Lip Hop Aqua Jelly Dragon Blood Fresh. Ia kaya dengan antioksida fenol bagi menyembuhkan luka. Varian ini juga diperkaya dengan ekstrak kulit kayu Morus Alba yang mampu meningkatkan keserian kulit.

Lip Hop HAPPYCLEANSE Moisturising Manuka Honey Cleaning Gel, RM 12.90

Madu manuka bukanlah seperti madu biasa kerana ia mampu bertindak sebagai pembersih wajah anda dan menjadikannya lebih menawan. Serikan muka anda dengan varian Lip Hop HAPPYCLEANSE Moisturising Manuka Honey Cleaning Gel. Gel pembersih ini diperkaya dengan ekstrak bunga teratai yang dapat mencerahkan muka anda agar lebih berseri dan cerah. Manakala, ekstrak Portulaca oleracea memberikan manfaat antioksida yang menjadikan kulit wajah lebih muda.

Lip Hop HAPPYCLEANSE Ultra-Soothing Aloe Vera Cleansing Gel, RM 12.90

Aloe vera sememangnya diketahui umum mempunyai pelbagai kebaikan untuk penjagaan kulit. Kini anda boleh mendapatkan manfaatnya dengan Lip Hop HAPPYCLEANSE Ultra-Soothing Aloe Vera Cleansing Gel. Pembersih wajah ini mengandungi 200 kali ganda lebih banyak ekstrak aloe vera untuk penghidratan kulit wajah anda. Diformulasi secara khusus dengan soapwart water, varian ini akan melindungi anda daripada wajah kusam yang disebabkan oleh faktor persekitaran serta menjadikan kulit anda lembab dan segar selepas penggunaan.

Lip Hop HAPPYCLEANSE Antioxidant Green Team Foam Cleanser, RM 12.90

Esktrak teh hijau telah diperakui mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit anda. Lip Hop HAPPYCLEANSE Antioxidant Green Tea Foam Cleanser mengandungi kombinasi bahan semulajadi yang terdiri daripada teh hijau, lavender dan rosemary. Terbukti secara dermatologi, pembersih wajah ini mampu melembutkan kulit dan kandungan antioksida di dalamnya pula dapat melindungi anda daripada radikal bebas bagi menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat.

Lip Hop HAPPYCLEANSE Sebum-Control Amazon Clay Foam Cleanser, RM 12.90

Tanah liat bukan hanya boleh digunakan untuk membuat perhiasan tembikar, tetapi juga boleh digunakan untuk menjaga kecantikan wajah anda. Lip Hop HAPPYCLEANSE Amazon Clay dapat membersihkan minyak daripada liang pori wajah anda dan menjadikannya lebih berseri.Ia diformulasi secara khusus dengan Korean Botani Seed Complex untuk meningkatkan kelembapan kulit dan Pro-Soother untuk melembutkan kulit. Varian ini membersih tanpa mengeringkan kulit wajah anda.

Lip Hop HAPPYCLEANSE Deep-Cleansing Bamboo Charcoal Foam Cleanser, RM 12.90

Selain menjadi salah satu bahan asas untuk barbeku, arang juga boleh digunakan untuk kecantikan wajah. Arang menjadi salah satu pilihan utama sebagai bahan yang boleh mengeluarkan kekotoran daripada wajah dan Lip Hop HAPPYCLEANSE Deep-Cleansing Bamboo Charcoal mampu melakukannya! Ia membersihkan wajah anda secara menyeluruh dan mengeluarkan kekotoran dan sebum berlebihan daripada liang roma kulit wajah. Pembersih muka ini diperkaya dengan Vitamin E untuk melembap dan melembutkan kulit. Diformulasi daripada ekstrak bahan semulajadi, varian istimewa ini akan menjadikan kulit wajah anda lebih bersih dan lembap selepas digunakan.

 Terdapat di semua outlet Guardian seluruh Malaysia.

About Guardian Malaysia

From a 200-sqft pharmaceutical retail outlet catering to the expatriate community to emerging as the leading Pharmacy, Health and Beauty retail chain in Malaysia, Guardian now operates a chain of over 400 stores, providing unrivalled variety of Pharmaceutical, Health and Beauty products to more than 2.5 million Malaysian customers a month, across the country.

Guardian’s commitment to its customers’ needs is also reflected in a dedicated team of pharmacists, who impart professional advice and consultation to customers. Committed to strong corporate governance, which upholds responsible and ethical dispensing at all times.

Guardian is also an advocate of corporate philanthropy and believes in giving back to the community. Guardian celebrates four decades of success by making a pledge to contribute to worthy causes by getting involved in the efforts that help to provide and promote the care, development and well-being of the local communities and supporting programs that are dedicated towards those in need namely, women and children.

About Dairy Farm

Dairy Farm is a leading pan-Asian retailer.  At 30th June 2014, the Group and its associates and joint ventures operated over 5,800 outlets and employed over 100,000 people.  It had total annual sales in 2013 exceeding US$12 billion.

The Group operates under a number of well-known brands across four divisions.  The principal brands are:

Food

  • Supermarkets – Wellcome in Hong Kong, Taiwan and the Philippines, Cold Storage in Singapore and Malaysia, Giant in Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei, Hero in Indonesia;
  • Hypermarkets – Giant in Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and Vietnam;
  • Convenience stores – 7-Eleven in Hong Kong, Singapore, Southern China and Macau;

Health and Beauty

  • Mannings in Greater China and Guardian in the rest of Asia;

Home Furnishings

  • IKEA in Hong Kong, Taiwan and Indonesia; and

Restaurants

  • Maxim’s in Hong Kong, mainland China and Vietnam.

Dairy Farm International Holdings Limited is incorporated in Bermuda and has a standard listing on the London Stock Exchange as its primary listing, with secondary listings in Bermuda and Singapore.  The Group’s businesses are managed from Hong Kong by Dairy Farm Management Services Limited through its regional offices.  Dairy Farm is a member of the Jardine Matheson Group.

By | 2016-11-04T22:27:41+00:00 June 3rd, 2016|Siaran Media|Comments Off on Lip Hop Memperkenalkan Koleksi Gel Aqua Jelly