LINE Memperkenalkan Ciri Panggilan Suara Kumpulan Baharu

LINE Memperkenalkan Ciri Panggilan Suara Kumpulan Baharu

Berbual bersama Teman, Keluarga, dan Rakan Kerja untuk Urusan Perniagaan atau Bersuka-ria

Panggilan Kumpulan Mampu Menampung sehingga 200 Orang

Kuala Lumpur – March 14, 2016 – LINE Corporation hari ini mengumumkan penambahan ciri panggilan kumpulan baru untuk aplikasi LINE versi terkini (iPhone dan Android v.5.11 dan Window Desktop v.4.5), membolehkan pengguna berhubung menggunakan panggilan suara dalam kumpulan mereka atau berbual dengan beberapa pengguna serentak.*[1]

LINE dilancarkan pada Jun 2011 sebagai perkhidmatan komunikasi kumpulan yang boleh didapati merentasi pelbagai jenis peranti dan penyedia rangkaian, membolehkan pengguna di seluruh dunia berhubung dengan mudah bersama teman, keluarga, dan rakan setugas mereka. LINE melancarkan perkhidmatan panggilan suara percumanya pada Oktober tahun yang sama, dan panggilan video pada September 2013, dalam usaha meningkatkan hubungan komunikasi antara masyarakat.

Hari ini, dengan pelancaran LINE 5.11 untuk iPhone dan Android, LINE kini memasukkan perisian yang menyokong panggilan suara dalam kumpulan atau perbualan berbilang pengguna. Kemaskini ciri kumpulan ini turut disokong LINE Windows Desktop versi (v.4.5).

Ciri ini menawarkan perbualan suara percuma bersama sehingga 200 pengguna. Panggilan boleh dibuat dari dalam perbualan kumpulan atau perbualan berbilang pengguna, dan satu mesej pemberitahuan akan dihantar kepada semua pengguna yang menyertai perbualan. Jumlah pengguna yang menyertai panggilan juga boleh disahkan dari dalam ruang berbual. Sebuah ikon akan dipaparkan di atas ikon pengguna yang sedang berbual pada masa itu, membolehkan pengguna berkomunikasi dengan mudah antara satu sama lain.*[2]

Ciri panggilan kumpulan boleh digunakan tanpa sebarang caj selagi pengguna menggunakan aplikasi LINE*[3], memudahkan komunikasi antara komuniti pengguna di seluruh dunia. Perkhidmatan ini sesuai digunakan untuk bertanya khabar dengan teman, keluarga, dan juga digunakan bagi membuat panggilan persidangan penting untuk tujuan kerja. Ia membolehkan anda berkomunikasi secara efektif dengan menghapuskan halangan tradisional sekaligus membuka pelbagai kemungkinan.

“Kami sentiasa mencipta fungsi baru untuk pengguna kami berkomunikasi dengan teman dan keluarga mereka, dan ciri terbaharu ini memberikan cara tambahan kepada pengguna kami untuk merapatkan hubungan dengan teman dan keluarga mereka. Dengan setiap pengemaskinian, kami berusaha meningkatkan lagi kualiti pengalaman bagi memenuhi keperluan serta kehendak pengguna kami,” kata SunHaeng Cho, ketua perancang bagi panggilan kumpulan.

Selain daripada ciri panggilan kumpulan yangg baharu, LINE versi 5.11 juga telah mereka bentuk semula skrin ‘More’. Susun atur ikon-ikon menu di dalam antara muka pengguna juga telah diubah suai bagi meningkatkan ketampakan dan pengalaman pengguna yang lebih hebat. Susun atur terbaharu ini boleh didapati bagi Android dan iOS.

LINE Corporation akan terus membangunkan ciri-ciri serta perkhidmatan baru dan meningkatkan yang sedia ada bagi memudahkan lagi pengguna berkomunikasi di seluruh dunia.

Pautan Berguna: Laman Utama LINE PC:http://line.naver.jp/en/
Mobile:http://line.naver.jp/app/en/
Untuk Rakan Kongsi LINE http://line.naver.jp/partner/pc/index/en
Laman Facebook LINE Malaysia http://www.facebook.com/line.malaysia
Blog Rasmi LINE http://en.lineblog.naver.jp/
YouTube Rasmi LINE www.youtube.com/lineappglobal

Mengenai LINE Corporation
LINE Corporation berpangkalan di Jepun dan mengendalikan aplikasi mesej LINE, sebuah perkhidmatan global yang digunakan di lebih 230 negara. Ia menawarkan penghantaran mesej percuma secara perseorangan dan juga berkumpulan. Panggilan suara dan video domestik serta antarabangsa yang percuma juga turut ditawarkan. Selain aplikasi penghantaran mesej yang digunakan untuk menghantar pelekat virtual popular -emotikon berwarna-warni- syarikat itu turut menawarkan pelbagai perkhidmatan bukan-mesej daripada permainan hingga kepada aplikasi perkongsian foto. Untuk maklumat lanjut mengenai LINE, sila lawati laman http://linecorp.com/en/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
LINE Malaysia Patricia Yeoh | +603 2035 9607 | patricia.yeoh@linecorp.com
essence Burson-Marsteller
David Joshua Lau | +6012 207 9960 | david@my-essence.com
Michelle Wong | +6013 751 2701 | michelle@my-essence.com
Farzli Fahmi Othman | +6018 280 6365 | farzli@my-essence.com

[1] Perkhidmatan ini akan dikeluarkan kepada negara-negara selain daripada Jepun, Thailand, Taiwan, dan Indonesia. Perkhidmatan ini akan diperluaskan ke Thailand, Taiwan, dan Indonesia, dengan Jepun berikut selepas. Selain itu, perkhidmatan ini akan diperluaskan kepada versi Mac daripada LINE.

[2] Versi terbaru LINE (5.11) diperlukan untuk pengguna menggunakan panggilan kumpulan. Pengguna dengan versi yang sebelum ini akan menerima pesanan untuk mengemaskini kepada versi terkini.

[3] Rangkaian yang disokong: Wi-Fi, 3G, 4G. Panggilan yang dibuat ke atas 3G dan 4G mungkin dikenakan caj penghantaran data tambahan.

By | 2016-11-04T22:27:44+00:00 March 14th, 2016|Siaran Media|Comments Off on LINE Memperkenalkan Ciri Panggilan Suara Kumpulan Baharu