Kuala Lumpur, 18 Julai 2018 – Sebagai syarikat nutrisi perdana global yang matlamatnya menjadikan dunia lebih sihat dan lebih ceria, Herbalife Nutrition menggerakkan 1,134 orang untuk berperanan sebagai pasukan Herbalife Nutrition Breakfast Troopers (Troopers) di 185 lokasi di seluruh Malaysia untuk mempromosikan konsep sarapan yang sihat.

Di setiap lokasi, anggota Troopers akan mendekati orang ramai, memberikan mereka panduan dan petua mengenai kepentingan memakan sarapan yang berkhasiat. Orang ramai juga dimaklumkan mengenai jenis makanan berkhasiat yang diperlukan untuk mengekalkan berat yang sihat untuk menikmati kehidupan sihat dan ceria. Sebagai sebahagian daripada acara, anggota Troopers akan mengagihkan sampel minuman  Herbalife Nutrition Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink kepada orang ramai.

Acara di seluruh negara ini adalah susulan penemuan baru-baru ini daripada Kaji Selidik Sarapan Sihat Asia Pasifik Herbalife Nutrition, yang diadakan pada Februari lalu dengan lebih daripada 5,500 responden di 11 pasaran termasuk 500 rakyat Malaysia. Hasil kaji selidik itu mendedahkan rakyat Malaysia gemar memakan makanan sarat dengan karbohidrat dan lemak semasa bersarapan, bukan protein seperti yang disarankan.

“Berdasarkan penemuan daripada Kaji Selidik Sarapan Sihat Asia Pasifik, kami menyedari bahawa adalah penting untuk kami mencetuskan kesedaran dan bimbingan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan sarapan sihat dan seimbang khasiatnya. Bergabung tenaga dengan anggota bebas kami yang berkongsi semangat yang sama, yang berperanan sebagai Troopers di 185 lokasi di seluruh negara, kami mahu mendekati seberapa ramai rakyat dan memberitahu mereka bahawa sarapan yang bagus adalah caranya untuk anda memulakan hari anda dengan betul,’’ kata Steven Chin, Pengarah Urusan/ Pengarah Herbalife Nutrition, Malaysia.

Beliau menambah, “Sebagai satu kaedah mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat, kami melaksanakan `Kempen Sarapan Berkhasiat’ awal tahun ini. Kami berharap dengan menggerakkan Herbalife Nutrition Breakfast Troopers, kami dapat melakukan perubahan positif dari segi cara orang ramai mengambil makanan berkhasiat dan kalori mereka. Menerusi keseimbangan makanan berkhasiat dan mengamalkan gaya kehidupan sihat dan aktif, kita pastinya akan membentuk Malaysia yang lebih sihat dan ceria.”

Menurut Falsasah Herbalife Nutrition, pengambilan kalori bagi setiap pemakanan hendaklah terdiri daripada 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak, bersama 25 gram serat dan lapan gelas air minuman sehari untuk mengalakkan kesejahteraan menyeluruh. Dilengkapi dengan pengetahuan terhadap kombinasi optimum ini, rakyat Malaysia akan membuat pilihan makanan lebih baik, dan seterusnya menikmati kehidupan lebih sihat, lebih bahagia.