Calpis menggandakan kebaikan sejati dan keseronokan dalam kalangan warga Malaysia menerusi peraduan media sosial

KUALA LUMPUR, 21 NOVEMBER 2018 – Calpis, minuman susu kultur pertama di Jepun, baru-baru ini telah melancarkan perisa terbaharunya – Laici – untuk rangkaian Calpis Fiber. Perisa Laici yang baharu ini merupakan penambahan yang menyegarkan bagi rangkaian produk Calpis Fiber sedia ada iaitu perisa Asli dan Oren yang juga mengandungi polidekstrosa, iaitu sejenis serat diet yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan mikroflora usus yang baik. Menerusi usaha yang berterusan untuk menyebarluaskan kebaikan sejati dan keseronokan dalam kalangan warga Malaysia, jenama tersebut telah membawakan peraduan ‘Calpis Lychee Battle’ yang menarik, kreatif dan mengujakan.

Peraduan tersebut dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat 1 mengetengahkan personaliti-personaliti yang berpengaruh dan popular seperti Elcah, Adira Salahudi, Atita Haris, Mia Sara, Hafidz Roshdi, Emma Maembong, Apple, dan Yang Bao Bei. Mereka telah merakamkan aksi kreatif mereka mengikut rentak irama ‘Calpis Jingle’ menerusi aplikasi TikTok, dan memuat naik rakaman tersebut ke laman Instagram masing-masing sambil menampilkan botol Calpis Fiber Laici dalam rutin mereka.

Seusai video-video tersebut dikongsikan oleh personaliti-personaliti ini di laman Instagram masing-masing, para peminat Calpis serta orang ramai kemudiannya telah digalakkan untuk mengundi aksi Calpis yang mereka anggap terbaik dan paling kreatif. Pengundian bagi Peringkat 1 telahpun berakhir baru-baru ini, ia telah berlanjutan dari 7 November hingga 13 November 2018.

Empat personaliti dengan undian yang terbanyak telah layak ke Peringkat 2. Ia akan menjadi lebih menarik di peringkat ini kerana peminat Calpis dan orang ramai turut dipelawa untuk menyertai peraduan ‘Calpis Lychee Battle’ bagi peringkat kedua ini dari 16 November hingga 6 Disember 2018. Syaratnya ialah, mereka perlu berduet dengan video personaliti yang berkenaan dan cuba meniru atau menghasilkan rutin tarian mereka yang sendiri mengikut rentak irama ‘Calpis Jingle’, dalam persaingan ‘Who Does It Better’. Peserta peraduan ini juga harus menampilkan sebotol Calpis Fiber Laici dalam video pertarungan duet tersebut.

Kemudian, semua peserta perlu memuat naik video pertarungan duet mereka ke dalam laman Instagram masing-masing dan menyertakan tanda pagar #calpislycheebattle, berserta tanda pagar unik milik personaliti pilihan mereka. 5 video Instagram dengan ‘like’ yang terbanyak daripada setiap pasukan personaliti tersebut akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Istimewa, setiap pemenang akan memperoleh wang tunai sebanyak RM250, dan satu karton Calpis Fiber Laici 350ml.

Bukan itu sahaja, seorang pemenang terakhir yang bertuah dengan video yang paling kreatif akan membawa pulang Hadiah Utama yang berupa wang tunai berjumlah RM1,000 dan satu karton Calpis Fiber Laici 350ml. Semua pemenang juga akan dipaparkan di dalam ‘story’ Instagram personaliti pilihan mereka.

“Sebagai salah satu minuman susu kultur terkemuka di Malaysia, matlamat kami adalah untuk memastikan warga Malaysia memupuk gaya hidup yang lebih sihat sambil mempromosikan kesihatan sistem pencernaan. Kami mahu menyebarkan mesej ini menerusi peraduan yang menyeronokkan dan kreatif tersebut. Dengan pengenalan peraduan ini dan berdasarkan kepopularan trend pembikinan video melalui aplikasi TikTok, kami percaya bahawa ia akan menarik minat para pengguna dan akan membantu mereka memahami betapa pentingnya kesihatan sistem pencernaan yang terjaga agar mereka dapat menjurusi gaya hidup yang lebih sihat,” jelas Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd.

“Ikhtisarnya, kami berharap para peserta dapat menggandakan kebaikan sejati dengan mendorong rakan taulan dan ahli keluarga mereka untuk turut menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” ujar beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan ‘Calpis Lychee Battle’, sila kunjungi laman Facebook Calpis Malaysia di https://www.facebook.com/CalpisMalaysia/.