Ayam Brand Memperkenalkan Ketulan Sotong di dalam Kicap

Dapatkan Sajian Kegemaran Ramai Dengan Lebih Mudah!

Shah Alam, 26 Mei 2016 – Ayam Brand™, satu jenama isi rumah di Malaysia sekali lagi telah memudahkan orang ramai bagi mendapatkan sajian kegemaran mereka apabila memperkenalkan dua produk terbarunya, Ketulan Sotong di dalam Kicap serta Ketulan Sotong di dalam Kicap berserta Cili.

Secara tradisinya, sotong kicap telah menjadi hidangan kegemaran bagi keluarga mahupun yang masih bujang dalam mencari satu sajian yang mudah disediakan serta kaya dengan khasiat. Sesuai dimakan bersama nasi dan beberapa hirisan timun, ia adalah satu hidangan yang istimewa.

Ayam Brand™ memilih sotong bersaiz besar dengan kualiti premium bagi mendapatkan ketulan sotong yang terbaik. Ketulan ini kemudiannya di perap didalam cecair kicap dan dimasak dengan segera bagi memastikan rasa, kesegaran dan kebaikan nutrisnya tidak hilang. Bagi mereka yang mahukan rasa lebih pedas, bolehlah memilih untuk mencuba ketulan sotong didalam kicap bersama cili.

Manfaat Nutrisi

Sotong diketahui umum mempunyai kadar protein tanpa lemak yang tinggi. Setiap sajian 100g sotong mempunyai 16g protein. Kandungan lemak yang rendah menjadikan sotong pilihan terbaik untuk sumber protein tanpa lemak jika dibandingkan dengan sumber haiwan lain seperti ayam atau daging. Protein sangat penting dalam diet seseorang dimana ia dapat membina serta membaiki tisu badan.

Sotong juga tinggi dengan Vitamin B2 B12 dan beberapa Vitamin B yang lain, dikenali sebagai B-complex. Mereka bertindak sebagai pemangkin yang membantu meningkatkan metabolisma agar karbohidrat, protein dan lemak dapat ditukar kepada tenaga. Vitamin ini juga memainkan peranan penting untuk sistem saraf, dimana struktur yang melindungi gentian saraf dapat dijaga seterusnya menggalakkan pertumbuhan normal.

Selain daripada itu, sotong merupakan sumber terbaik bagi mendapatkan Selenium. Ia mampu melawan radikal bebas yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel. Selenium mampu meneutralisasikan radikal bebas berkenaan yang boleh memberi kesan negatif kepada membran dan DNA sel-sel sihat yang meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung, keradangan dan penuaan pra-matang.

Zat besi amat penting bagi menggalakkan sistem peredaran darah yang sihat dimana darah yang membawa bekalan oksigen yang cukup mampu mengekalkan sistem tubuh badan yang sihat secara keseluruhannya.

Dapatkan kebaikan nutrisi untuk diri anda sendiri dan juga keluarga dengan kedua-dua sajian istimewa ini. Sangat lazat jika dimakan begitu sahaja atau tambahkan dengan beberapa hiris bawang, sedikit sayur dan cili padi untuk kelazatan yang lebih nyata!

Cadangan Hidangan

Ketulan Sotong didalam Kicap Ayam Brand™ dan Ketulan Sotong didalam Kicap berserta Cili Ayam Brand™ adalah sesuai untuk semua jenis masakan, tidak kira dimana tahap kemahiran memasak anda. Untuk sesuatu yang lebih tradisional, anda boleh mencuba Rendang Sotong Ayam Brand™, sambal tumis sotong Ayam Brand™ dan kari sotong Ayam Brand™, sesuai untuk pelbagai jenis acara dan majlis.

Ayam Brand Memperkenalkan Ketulan Sotong di dalam Kicap

Kari Sotong Ayam Brand™

Bahan –Bahan 

1/2 cawan minyak
Beberapa helai daun kari
1/2 tin  Ketulan Sotong Dalam Soya Sos Ayam Brand™ 425g, ditapis
1 tomato, dipotong dadu
1 tin Puri Tomato Ayam Brand™ 425g
2 kacang bendi, dipotong
1 terung kecil, dipotong
1/4 cawan jus asam jawa
140ml  Santan  Ayam Brand™
Garam dan lada

Dikisar

  • 5 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 sudu besar Tepung Kari Ayam Brand™

 

Cara Memasak

  1. Dalam pot, panaskan minyak dan tumis daun kari. Kemudian, tumis barangan yang dikisar.
  2. Masukkan potongan tomato, kacang bendi dan terung.
  3. Kemudian, tambah puri tomato, jus asam jawa dan separuh santan. Masukkan garam dan lada secukup rasa.
  4. Untuk kari yang pekat, boleh biarkan lebih lama. Masukkan sotong dan santan yang selebihnya untuk menambah aroma kelapa.
  5. Biarkan masak untuk 2-3 minit lagi dan kacau pelahan.

Hidang bersama nasi.

Ayam Brand Memperkenalkan Ketulan Sotong di dalam Kicap

Rendang Sotong Ayam Brand™

Bahan-bahan

1 tin besar ketulan sotong besar dalam kicap  Ayam Brand – asingkan sos kicap
4 sudu besar santan Ayam Brand
½ sudu besar gula
2 sudu besar air asam jawa
½ sudu besar serbuk pati ayam (mengikut citarasa)
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit – hiris
1 helai daun limau purut , dihiris
sedikit garam jika perlu
50 ml minyak masak

Bahan Kisar
2 batang serai – dikupas dan dihiris
½ inci lengkuas – dikupas dan dihiris
1 inci kunyit hidup – dikupas dan dihiris
1 inci halia – dikupas dan dihiris
4 biji bawang merah – dikupas dan dihiris
3 ulas bawang putih – dikupas dan dihiris
( kisar bersama sedikit air )

Cara Memasak:
1) Sotong dihiris terlebih dahulu dan ketepikan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah kari.  Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos kicap, santan, gula, air asam, perasa, kerisik dan daun kunyit. Kacaukan sedikit.
4) Apabila kuah sudah agak kering, masukkan sotong, sedikit garam jika perlu dan daun limau purut. Kacau lagi hingga sebati dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

* Hidangan untuk = 5 orang
Masa memasak = 15 minit

Ayam Brand Memperkenalkan Ketulan Sotong di dalam Kicap

Sambal Tumis Sotong Ayam Brand™

Bahan-bahan

1 tin besar sotong dalam kicap – asingkan sos kicap dari sotong
1 labu besar – bawang besar – kupas kulit dan hiris bulat 1 sm tebal
1 labu tomato buah – hiris dadu kasar
1 ½  sudu makan gula ( ikut selera)
3 sudu makan air asam jawa
½ sudu makan serbuk pati ayam
*garam jika perlu
minyak untuk menumis

Bahan untuk diKisar
15 tangkai lada kering – rendam
1 inci kunyit hidup – kupas kulit dan hiris
4 biji bawang merah – kupas kulit
4 ulas bawang putih – kupas kulit
sedikit belacan

Cara Memasaknya:
1) Sotong  dihiris @ dikoyak-koyakkan. Ketepikan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Masakkan hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos kicapnya,  gula, air asam jawa, serbuk pati ayam, sotong, bawang besar dan tomato buah. Kacaukan sedikit dan biarkan sambal pekat sedikit  dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
4)  Sedap dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih biasa.

Hidangan untuk = 5 orang
Masa memasak = 20 minit

Harga dan kebolehdapatan:

Ketulan Sotong Ayam Brand™  didatangkan dengan dua jenis perasa iaitu Ketulan Sotong didalam Kicap serta Ketulan Sotong didalam Kicap Berserta Cili dengan dua saiz hidangan; 425g dan 170g.

Ketulan Sotong Ayam Brand™ terdapat di kesemua pasaraya utama seluruh Malaysia. Harga jualan adalah RM11.66 (425g) dan RM6.15 (170g).

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, nama yang meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia dan Asia selama 120 tahun, terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang berkualiti dan menyihatkan

Ayam Brand berada pada kedudukan senarai 10 ke atas untuk dua tahun berturut-turut dalam tahun 2013 dan 2014 dalam kategori jenama barang pengguna laris (FMCG) yang paling menjadi pilihan di Malaysia menurut kaji selidik Kantar Worldpanel’s  Brand Footprint Study.

Pada tahun 2009, Ayam Brand telah dianugerahi “The Brand Laureate Awards 2008-2009” (Jenama-jenama Dunia Terbaik di Asia Pasifik).

Untuk dua tahun berturut-turut iaitu 2006 dan 2007, Ayam Brand berada pada kedudukan teratas jenama Asia kategori makanan dalam tin dalam satu kaji selidik konsumer oleh Synovate Research (1000 Jenama Terbaik Asia) yang dijalankan oleh Media Magazine Hong Kong.

By | 2016-11-04T22:27:42+00:00 May 28th, 2016|Siaran Media|Comments Off on Ayam Brand Memperkenalkan Ketulan Sotong di dalam Kicap