Art Market Malaysia di Balai Seni Visual Negara 27 – 31 Ogos 2016

Art Market Malaysia merupakan platform untuk artis seni  visual dan kurang upaya memasarkan bakat mereka. Art Market Malaysia memberi ruang percuma untuk  artis kurang upaya berada di pentas ini; menghasilkan karya dan menjualnya kepada umum.

Art Market Malaysia dengan tema Merdeka akan diadakan pada 27- 31 hb Ogos 2016 di Balai Seni Visual Negara dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Art Market Malaysia berhasrat menjadikan program ini sebagai program yang tidak membebankan para karyawan baru. Art Market Malaysia juga berhasrat menjadikan program ini istimewa untuk semua golongan. Berhasrat untuk melangkah lebih jauh,mengharapkan diberi peluang bekerjasama dengan sektor korporat untuk memperkenalkan seni Malaysia.

Di luar negara seni visual di hargai dan dipandang tinggi oleh sektor korporat  dan mengharapkan layanan yang sama. Pengkarya seni sama juga seperti ahli professional yang lain seperti jurutera dan doctor. Mereka mempunyai bakat yang tersendiri yang sukar untuk diganti. Kita harus mengiktiraf pengkarya seni sama seperti kita menghargai profesion lain.

Art Market Malaysia mengharapkan sokongan penaja untuk memastikan karyawan dapat menjana pendapatan tanpa kos yang membebankan. Art Market Malaysia merancang 5 hari program di sulami dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan.

Pada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi talian 03 92057769 atau 016 3980938 ( Pn Hazrita ).

[youtube id=”RsVkPh3j6Nc” width=”900″ height=”506″ autoplay=”no” api_params=”” class=””][/youtube][youtube id=”LwTGPt65Ock” width=”900″ height=”506″ autoplay=”no” api_params=”” class=””][/youtube]

By | 2016-11-04T22:27:41+00:00 August 1st, 2016|Siaran Media|Comments Off on Art Market Malaysia di Balai Seni Visual Negara 27 – 31 Ogos 2016